Isnin, 13 Februari 2012

Mi Goreng Panas Pedas Pada Hari Yang Panas

tak sedap manapun tapi hati berbunga-bunga
makan tengahari dengan mi goreng basah
tuang kicap, campak cili api
....berasap ke telinga hu  hu hu 
Nikmat!


Sila! sila! Jommmm makan!
Bismillah...


Ooopssss! termasin sikit hu hu hu
redha ajelah ya

Ahad, 12 Februari 2012

Pelajar Malaysia Tak Minat Sains?

Hari ini, ramai dikejutkan dengan berita 
Ratu muzik pop dunia, Whitney Houston
Yang terbabit dalam penggunaan dadah berlebihan
meninggal dunia pada usia 48 tahun di Hotel Beverly Hilton
dengan punca kematian masih lagi dalam siasatan

namun, bagi aku…
lebih terkejut bila baca Berita Minggu online
kemerosotan ketara minat pelajar dalam jurusan sains di sekolah
Timbalan Perdana Menteri kata akan buat kajian secara menyeluruh
Baguslah tu…kalau dibiarkan lama,
Akan ada masalah besar nanti

Zaman aku jadi budak sekolah dulu
Dapat masuk aliran sains memang sangat membanggakan
Macam dah terjamin masa depan
Padahal tu baru tingkatan empat
Sebabnya: pelajar yang dapat masuk aliran sains dikatakan
Pelajar yang pandai
Walaupun taklah semua pandai sangatpun (akulah tu!)

Bayangkan, kalau pelajar di Malaysia sekarang ni
Dah tak minat lagi perah kepala otak dengan semua formula,
Semua dah malas nak masuk makmal buat ujikaji
Semua dah tak kuasa nak hafal teori dan angka
Apa jadi ya?
Siapa nak jadi jurutera?
Siapa nak jadi saintis?
Siapa nak jadi angkasaawan?
Siapa nak jadi doctor?
Siapa nak jadi…siapa nak jadi…
Huih! Banyak bidang pekerjaan kat Malaysia
Kena import dari luar nanti

aku yang dulu-dulu zaman Tok Janggut masuk aliran sains pun
bila kerja, taklah pula jadi saintis
jadinya, kalau tak minat sains, adakah mereka ini mampu
untuk jadi saintis?

Errrrr…kalau tak suka mata pelajaran sains,
Mereka suka belajar apa ek?

Opsssss! jangan bagi tahu aku mereka suka nak jadi artis
Dan masuk rancangan reality TV je!




Sabtu, 11 Februari 2012

Upin Ipin Vs Boboyboy



Nanti nak kena beli baju Burung Merah yang Marah
untuk si kembar anak buah yang tinggal kat Kulim
entah apa mimpinya budak kembar tu merengek dengan adik
adik pula bukannya sempat nak jelajah pasar malam
atau tempat jual burung merah ni
alang-alang aku selalu ke nilai
akulah pulak yang kena beli
masalahnya, makcik ni bukannya reti sangat nak anggarkan saiz baju

dulu gila Upin dan Ipin, lepas tu meroyan pulak dengan boboyboy
sekarang ni dia gila nak baju angry bird pula
kalau beli, tak kan nak beli dua tu je?
Macam mana dengan yang lain-lain?
Inilah masalah terbesar orang ada ramai anak buah hu hu hu
[13 pun dah ramai kalau nak kena beli baju setiap orang
Ngalahkan musim nak raya pula]



Pssst: Maksud entri ini adalah; Jommmmmmm Cik Bintang kita pi nengok SeeFood. 
Dah lama tak masuk panggung nengok kartun…winduuuu!

Jumaat, 10 Februari 2012

Aku Dah Tonton Hafalan Shalat Delisa

Entri hari Jumaat, moga dapat manfaat…

Akhir tahun lepas, aku ada tulis entri tentang
tragedi tsunami di Aceh telah difilemkan dalam Hafalan Shalat Delisa

Sinopsis Filem Hafalan Shalat Delisa:

Lokasi atau latar dalam filem atau novel ini di Pantai Lok Nga,
Salah sebuah pantai yang indah di Aceh.
dengar cerita, untuk filem ni mereka tak buat penggambaran di Aceh
DELISA watak utama filem ini, berumur 5 tahun
Tinggal bersama 3 kakak dan umminya, manakala Abinya
Berkerja di atas kapal yang hanya sesekali menghubungi melalui telefon.
Delisa dijanjikan kalung berloketkan huruf D [bermakna Delisa]
sekiranya berjaya menghabiskan hafalan bacaan di dalam solat.
Delisa bersungguh-sungguh menghafal bacaan dalam solatnya
Dia berpegang kepada nasihat ustaznya yang mahukan dia kusyuk,
tidak hiraukan keadaan sekeliling waktu itu apabila ujian amali solat dijalankan
Namun, semasa dia kusyuk menyelesaikan bacaan solat berkenaan,
berlaku gempa dan tsunami hingga meragut nyawa ahli keluarganya;
Kak Fatimah, Kak Zahrah, Kak Aisyah dan juga Umminya.

Hebatnya filem ini kerana kuatnya watak Delisa
Berdepan dengan kehidupannya walaupun tsunami mengambil semua kakak
dan umminya, malah menyebabkan kakinya terpaksa dipotong
dia kudung kaki kanan
dialognya "kaki Delisa dibawa air"
buatkan hati jadi sangat sebak
padahal kakinya terpaksa dipotong untuk selamatkan nyawanya

Astro dah tayang filem hebat ni, sesiapa yang langgan astro boleh tengoklah ya
Aku hanya tengok di youtube sahaja
Terima kasih banyak-banyak kepada insane baik hati
Yang muatnaikkan filem ini untuk ditonton lebih ramai
dan dimanfaatkan bersama,
Anda boleh tengok filem hebat ini kat bawah;


Filem Hafalan Shalat Delisa

   

Sayu je dengar lagu yang dialunkan dalam filem ni
Syahdu dan sendu…
OST Hafalan Shalat Delisa  

Setiap kali menonton sesebuah filem yang hebat,
Aku suka tengok bagaimana filem tersebut dihasilkan
 Boleh tengok The Making Of Hafalan Shalat Delisa di bawah ni:

 

Aceh sangat akrab di hatiku
Banyak entri tentang Aceh aku paparkan dalam blog ni
Semuanya kenangan, semuanya pengalaman baru
Antaranya ada dalam entri pasal AngelinaJolie bertudung
Andai kalian nak tengok gambar-gambar Pantai Lhok Nga
Boleh geledah entri menoleh ke belakang

Selamat menikmati sejuta rasa dalam filem ringkas ini,
namun...sangat mengesankan.

Khamis, 9 Februari 2012

Enteri Suka-Suka Yang Tak Berapa Nak Suka

Kita (akulah tu…) selalu anggap
Apa yang kita suka, orang lain pun suka juga
Apa yang sedap di lidah kita, sedap juga di lidah orang lain
Apa yang cantik di mata kita, cantik juga di mata orang
Apa yang wangi di hidung kita,
Wangi juga di hidung orang lain
Apa yang kita selesa lakukan, orang lain pun selesa juga

Lalu, bila orang lain bertoleransi dengan kita dalam apa-apa hal
Kita anggap orang itu sealiran dengan kita
Kita anggap orang itu suka apa yang kita suka
[belum kira lagi yang kita paksa orang untuk suka apa yang kita suka]
Gemar apa yang kita gemar
Padahal, dia sebenarnya mahu kita jadi diri kita yang sebenar
Padahal, dia suka bila hati kita suka
Padahal, dia cuba untuk suka apa yang kita suka
Padahal dia hanyalah sekadar ambil hati kita
[berapa banyak sukaaa daaaaaa!]

Kenapalah kita selalu saja alpa bahawa
Orang lain pun ada kesukaan mereka sendiri
Orang lain pun mahu kita sukakan apa yang dia suka
Sama seperti dia cuba untuk suka apa yang kita suka

Ini hanyalah entri suka-suka, moga anda juga suka.