Tetiba rasa macam nak nangis
Sabtu, 24 Disember 2011
34,271 calon PMR 2011 mendapat Gred A
Tahniah kepada adik-adik kita yang baru menerima keputusan PMR mereka semalam. Ada yang gembira, ada yang duka nestapa. Semua itu adat dunia. Baru PMR dik, masih jauh lagi langkah nak kena atur…
Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan pada tahun ini didapati lebih baik daripada tahun lepas di mana GPN yang dicatatkan adalah 2.74.
Seramai 34,271 daripada 441,137 calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010. Berlaku peningkatan sebanyak 0.75 peratus. Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini. calon yang mendapat minimum gred D (tidak termasuk A) pula meningkat sebanyak 1.49 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu.
bilangan calon luar bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lepas. Calon bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas. Keseluruhannya pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar.
Jumaat, 23 Disember 2011
Pemilihan Opsyen SBPA dan Umur Bersara
Bermula hari ni hingga 6 januari 2012
warga UKM dah boleh buat pilihan opsyen untuk SBPA
ada dua perkara yang perlu dipilih;
pertama umur bersara sama ada 60 tahun atau kekal 58 tahun
kedua, memilih SBPA atau kekal dengan opsyen lama seperti SSM
aku pilih bersara umur 60 tahun
mungkin masa tu muka dah kecut, gigil-gigil bawa tongkat
namun, andai kepala otak aku masih boleh pakai
untuk bangunkan Negara, insyaAllah akan dimanfaatkan
namun, sekiranya bila sampai umur bersara 55 tahun
tetiba aku rasa macam nak enjoy menikmati hidup sebagai nenek
(Errr…ada peluang tak jadi nenek, kalau bakal Atoknya pun belum ada lagi?)
boleh saja aku mohon bersara dan
pencen tetap akan dibayar pada umur 55 tahun.
kira opsyen ni lebih baik dari opsyen bersara sebelum ini, iaitu:
kalau dah mintak bersara umur 58, tetiba nak bersara umur 56,
kena tunggu umur 58 baru boleh dapat pencen
dua tahun tu nak makan apa?
dengan pilihan bersara umur 60 tahun sekarang ni,
masih lagi ada peluang untuk bersara awal dan mendapat pencen
tak rugi kan?
Bila memilih SBPA, apa jadi dengan gaji kita?
semak tangga gaji terakhir bulan disember 2011,
semak pula jumlah gaji terhampir dalam tangga gaji SBPA
(ambil jumlah tertinggi paling dekat),
(ambil jumlah tertinggi paling dekat),
kemudian langkah satu tangga gaji lagi ke hadapan
untuk kenaikan gaji pada 2012 nanti
gaji baru itu akan diterima mengikut tarikh pergerakan gaji tahunan nanti
sebelum sampai tarikh pergerakan gaji tahunan kita,
gaji kita hanyalah jumlah gaji yang belum dilangkah satu anak tangga dalam SBPA
(errr…kenapa aku rasa macam berbelit semacam aje ayat ni!)
Tarikh pergerakan gaji setiap orang juga ada yang akan berubah
sebelum ni, kenaikan gaji aku pada bulan oktober
masa semak pagi-pagi tadi aku dapati dah diawalkan
aku akan terima tangga gaji baru pada hari April Fool nanti
Huh! Betul-betul kejutan tu la la la
bolehlah aku merendaQ dengan Cik Bintang kat Popeye di Mines ya
ratah burger dan kentang yang sedap tu
ramai yang masih tertanya-tanya
apa jadi kalau tak pilih SBPA?
berdasarkan semua maklumat yang aku dah khatamkan bacaannya
dan kongsikan juga dalam entri-entri lepas
“tak pilih bermakna tak setuju”
bermakna, kekal dengan opsyen lama di bawah ssm atau lainnya
apa maknanya tu?
“tiada pergerakan tangga gaji berbanding pengikut SBPA
Sedangkan semua opsyen lain,
secara automatik tetap kena ikut seperti SBPA;
berbeza hanya dari sudut pergerakan dan tangga gaji sahaja”
aku pernah tanya kepada senior yang pernah tak ikut
perubahan opsyen sebegini dalam perkhidmatan awam
katanya:
banyak yang rugi
susah naik gaji, payah naik pangkat
apa-apa kelebihan tak dapat walaupun ada dalam opsyen lama
semuanya termansuh dengan sendiri
pendek kata, (panjang tak kata apapun!): disisihkan dari segala nikmat
sebagai seorang penjawat awam (ayat ni aku tambah sendiri)
sebagai seorang penjawat awam (ayat ni aku tambah sendiri)
masa masih ada
nak istiharahpun masih sempat
nak menung teropong bulan sambil berfikirpun masih dan lagi
buatlah keputusan yang terbaik
setiap opsyen ada kelebihan dan kelemahannya
bila kita perlu memilih sebegini, kenalah terima kedua-dua itu
namun, kita mengharapkan Yang terbaik untuk semua pihak
usahlah nanti ada orang tertentu teraniaya
dek orang tertentu yang ada peluang untuk berbuat demikian
(selama inipun bukan tak pernah jadi kan?
jangan salahkan opsyen, salahkan orang yang pegang kuasa tu!)
(selama inipun bukan tak pernah jadi kan?
jangan salahkan opsyen, salahkan orang yang pegang kuasa tu!)
aku dah buat pilihan pagi tadi
dah cetakpun pilihan tersebut 3 salinan
(untuk simpanan dan hantar ke JPA sebagai rujukan)
apa yang utama pada hujung tahun begini
niat dan matlamat kita kerja biar betul
sempena tahun baru yang bakal datang ini
niat aku tetap sama sahaja, tetapi keazaman kian mantap
walaupun apa orang buat kat aku
aku tetap juga akan kerja dengan lebih gigih
sebab aku suka kerja aku
sebab aku kerja bukan untuk gaji sahaja
semua cantas, kadah keting, boikot dan fitnah untuk aku
hanyalah daki yang tidak cacatkan matlamat
biarlah mereka dapat apa yang mereka nak di dunia
aku mahukan kedua-duanya
(tak bermakna aku boleh terima sikap haloba dan tamak itu)
rezekiku Allah yang beri
sampai masa yang sesuai…hasilnya insyaAllah akan kutuai jua
Huh! Panjanggggggggggggggggnye aku bebel
Nak sambung kerja dah!
Selamat memilih!
opsssss! macam nak mengundi pula.
SENARAI KEMUDAHAN disediakan kepada penjawat awam dalam SBPA
CUTI
Cuti Kerana Perkhidmatan
1. Cuti Rehat
2. Cuti Rehat (APMM)
3. Cuti Separuh Gaji
4. Cuti Tanpa Gaji
Cuti Sebab Perubatan
5. Cuti Sakit
6. Cuti Sakit Lanjutan
7. Cuti Kerantina
8. Cuti Bersalin
9. Cuti Kecederaan
10. Cuti Tibi, Barah dan
Kusta
11. Cuti Perubatan Khas
Cuti Tidak Berekod
12. Cuti Gantian
13. Cuti Latihan
Pasukan Sukarela
14. Cuti Menghadiri
Latihan Atau Khemah Tahunan Pertubuhan/ Persatuan
15. Cuti Lain-lain
Kursus:
(i) Kursus Kepimpinan
Belia dan Bina Semangat
(ii) Kursus Kesatuan
Sekerja
16. Cuti Menghadiri
Latihan Syarikat Kerjasama
17. Cuti Untuk
Mengambil Peperiksaan
18. Cuti Menghadiri
Mesyuarat Persatuan Ikhtisas
19. Cuti Mengambil
Bahagian Dalam Olahraga/ Sukan
20. Cuti Tugas Khas
Perubatan
21. Cuti Bagi Pegawai Yang
Dipilih Untuk Mengambil Bahagian Dalam Lawatan Kebudayaan Dan Pertandingan
Bulan Bahasa Kebangsaan
22. Cuti Tanpa Rekod
Dan Bergaji Penuh Bagi Menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
23. Cuti Tanpa Rekod
Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Organ
24. Cuti Tanpa Rekod
Untuk Menghadiri Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan Dan Majlis Bersama Jabatan
25. Cuti Isteri
Bersalin
26. Cuti Urusan
Kematian Ahli Keluarga Terdekat
27. Cuti Tanpa Rekod
Untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Jurulatih Program Latihan
Khidmat Negara
28. Cuti Tanpa Rekod
Bagi Tujuan Menghadiri Mahkamah Di Luar Stesen
29. Kemudahan Cuti
Kursus Sambilan Kepada Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan Di
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara
Cuti-Cuti Lain
30. Cuti Menjaga Anak
31. Cuti Haji
32. Cuti Tanpa Gaji
Bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Mereka Bertugas Atau Berkursus Di Dalam
Atau Luar Negeri
33. Cuti Sabbatikal
34. Cuti Membuat Kerja
Penyelidikan
35. Cuti Sambilan
36. Cuti Berkursus
37. Cuti Rehat Selepas
Berkursus Lebih 12 Bulan
38. Kebenaran Tidak
Hadir Kerja Atas Sebab Kecemasan Am
39. Syarat-Syarat Dan
Peraturan Bagi Mendapatkan Cuti Bagi Mengikuti Kursus Luar Kampus Di Malaysia
PERUBATAN
40. Kelayakan Wad
41. Pemeriksaan Kesihatan
Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam
42. Rawatan Di Luar
Stesen
Rawatan Perubatan
43. Rawatan Untuk
Keluarga
44. Rawatan Untuk Ibu
Bapa
45. Pembekalan Ubat,
Alat, Perkhidmatan Perubatan Dan Rawatan Penyakit Buah Pinggang
46. Rawatan Kemandulan
Di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
47. Rawatan Kecemasan
Di Klinik/ Hospital Swasta
48. Rawatan Kepakaran
di Klinik/ Hospital Swasta
49. Rawatan Di Institut
Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB)
50. Rawatan Perubatan
Di Luar Negeri
51. Sijil Sakit Yang
Dikeluarkan Oleh Hospital/ Klinik Di Singapura
Lain-Lain Kemudahan Perubatan
52. Rawatan Perubatan
Dan Pergigian Di Hospital/ Klinik Kerajaan Kepada Pegawai Contract For Service
53. Panel Perubatan Di
Singapura
54. Pemanjangan
Kemudahan Perubatan Kepada Keluarga Bagi Pegawai Bukan Warganegara Yang
Dilantik Secara Kontrak
PERUMAHAN
55. Asrama Kerajaan
56. Kediaman Rasmi
Penjawat Tinggi Kerajaan
57. Rumah Biasa
Kerajaan
58. Rumah Biasa Jabatan
59. Rumah Khas Jabatan
60. Rumah Khas Jawatan
PAKAIAN
61. Bayaran Pakaian
Seragam Review Order (SPRM)
62. Bayaran Pakaian
Black Tie
63. Bayaran Pakaian
Istiadat
64. Bayaran Pakaian
Menghadiri Upacara Rasmi
65. Peruntukan Bekalan
Pakaian Seragam
66. Bayaran Pakaian
Panas Bilik Komputer
67. Pembekalan Baju
Vest Bagi Penghantar Notis
TAMBANG
68. Tambang Ehsan
69. Tambang Mengiringi
Jenazah Kepada Keluarga Pegawai Yang Bertukar Wilayah
70. Tambang Mengunjungi
Wilayah Asal
71. Tambang Percuma
Balik Ke Kampung (KUP Sabah)
72. Tambang Percuma Ke
Sabah dan Semenanjung (KUP Sarawak)
73. Tambang Percuma Ke
Kuala Lumpur dan Hong Kong (KUP Sabah)
74. Tambang Percuma Ke
Luar Negeri Bagi Gred Utama A Dan Ke Atas, Gred Khas A Serta Yang Setaraf
75. Tambang Percuma Ke
Luar Negeri (KUP Peruntukan Perintah Am 37 Bab ‘C’ 1956)
76. Tambang Percuma Ke
Luar Negeri (KUP Sarawak)
77. Tambang Percuma Ke
Semenanjung Malaysia (KUP Sabah)
78. Tambang Percuma Ke
Semenanjung Malaysia (KUP Sarawak)
PINJAMAN
79. Pinjaman Kenderaan
80. Pinjaman Komputer
81. Pinjaman Perumahan
KENDERAAN
82. Kemudahan Kereta
Rasmi
83. Kemudahan Pembelian
Kereta Rasmi Semasa Bersara Untuk Pegawai Kerajaan Yang Berkhidmat Di Luar
Negara
KEMUDAHAN LAIN
84. Bantuan Mengurus
Jenazah dan Bayaran Pengangkutan Jenazah
85. Bekalan Elektrik,
Air, Gas Bermeter dan Perkhidmatan Pembentungan Percuma
86. Keahlian Kelab
Rekreasi dan Sukan
87. Kebenaran Untuk
Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja
88. Pelepasan Bertugas
Rasmi Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Petugas Lembaga
Tabung Haji Di Tanah Suci Semasa Musim Haji
89. Pelepasan Waktu
Bekerja Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Darah
90. Pelepasan Waktu
Bekerja Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menjalankan Tugas Rondaan Di
Bawah Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga
91. Pemberian Subsidi
Yuran Pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Di Tempat Kerja Sektor Awam
92. Penyeragaman Waktu
Bekerja Berperingkat Bagi Semua Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri-Negeri
Yang Hari Rehat Mingguannya Ialah Hari Jumaat
93. Perlindungan
Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negeri
Atas Urusan Persendirian
94. Pemanjangan
Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang
Berkhidmat Di Luar Negara
95. Waktu Bekerja Bagi
Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Mempunyai Anak Kurang Upaya
96. Sajian Tunai
Khamis, 22 Disember 2011
UPDATE!!! Video Taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA
Berikut adalah video rakaman penerangan tentang SBPA yang dibuat Jabatan Pendaftar UKM untuk pelbagai kategori, iaitu;
Semua Penolong Pendaftar PTJ (sedikit masalah suara hingga minit ke 6)
Staf Akademik
Guru Bahasa
Boleh download Dokumen Maklumat SBPA bagi UKM dalam bentuk pdf power point.
video lain yang berkaitan SBPA:
Video CEUPACS 1
Video CEUPACS 2
Keterangan lanjut tentang SBPA boleh dilihat di Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Hotline SBPA mulai 15 Disember 2011 8.30 pagi - 9.00 malam (Hari Bekerja)
KATEGORI HOTLINE
Pencen dan Persaraan: 03-8885 3293
Pembangunan Organisasi, Perjawatan, Skim Perkhidmatan: 03-8885 3072
Dasar Perkhidmatan, Prestasi, PROSPEK: 03-8885 3201, 03-8885 3227
Elaun, Gaji, Kemudahan Cuti/Perubatan: 03-8885 3232
Lain-lain Perkhidmatan: 03-8885 3283
Langgan:
Catatan (Atom)