Memaparkan catatan dengan label keputusan PMR 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keputusan PMR 2011. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Disember 2011

34,271 calon PMR 2011 mendapat Gred A

Tahniah kepada adik-adik kita yang baru menerima keputusan PMR mereka semalam. Ada yang gembira, ada yang duka nestapa. Semua itu adat dunia. Baru PMR dik, masih jauh lagi langkah nak kena atur…

Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan pada tahun ini didapati lebih baik daripada tahun lepas di mana GPN yang dicatatkan adalah 2.74.

Seramai 34,271 daripada 441,137 calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010. Berlaku peningkatan sebanyak 0.75 peratus. Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini. calon yang mendapat minimum gred D (tidak termasuk A) pula meningkat sebanyak 1.49 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu.

bilangan calon luar bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lepas. Calon bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas. Keseluruhannya pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar.