Memaparkan catatan dengan label pemilihan opsyen SBPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemilihan opsyen SBPA. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Disember 2011

Pemilihan Opsyen SBPA dan Umur Bersara

Bermula hari ni hingga 6 januari 2012
 warga UKM dah boleh buat pilihan opsyen untuk SBPA
ada dua perkara yang perlu dipilih;
pertama umur bersara sama ada 60 tahun atau kekal 58 tahun
kedua, memilih SBPA atau kekal dengan opsyen lama seperti SSM

aku pilih bersara umur 60 tahun
mungkin masa tu muka dah kecut, gigil-gigil bawa tongkat
namun, andai kepala otak aku masih boleh pakai
untuk bangunkan Negara, insyaAllah akan dimanfaatkan
namun, sekiranya bila sampai umur bersara 55 tahun
tetiba aku rasa macam nak enjoy menikmati hidup sebagai nenek
(Errr…ada peluang tak jadi nenek, kalau bakal Atoknya pun belum ada lagi?)
boleh saja aku mohon bersara dan
pencen tetap akan dibayar pada umur 55 tahun.
kira opsyen ni lebih baik dari opsyen bersara sebelum ini, iaitu:
kalau dah mintak bersara umur 58, tetiba nak bersara umur 56,
kena tunggu umur 58 baru boleh dapat pencen
dua tahun tu nak makan apa?
dengan pilihan bersara umur 60 tahun sekarang ni,
masih lagi ada peluang untuk bersara awal dan mendapat pencen
tak rugi kan?

Bila memilih SBPA, apa jadi dengan gaji kita?
semak tangga gaji terakhir bulan disember 2011,
semak pula jumlah gaji terhampir dalam tangga gaji SBPA
(ambil jumlah tertinggi paling dekat),
kemudian langkah satu tangga gaji lagi ke hadapan
untuk kenaikan gaji pada 2012 nanti
gaji baru itu akan diterima mengikut tarikh pergerakan gaji tahunan nanti
sebelum sampai tarikh pergerakan gaji tahunan kita,
gaji kita hanyalah jumlah gaji yang belum dilangkah satu anak tangga dalam SBPA
(errr…kenapa aku rasa macam berbelit semacam aje ayat ni!)

Tarikh pergerakan gaji setiap orang juga ada yang akan berubah
sebelum ni, kenaikan gaji aku pada bulan oktober
masa semak pagi-pagi tadi aku dapati dah diawalkan
aku akan terima tangga gaji baru pada hari April Fool nanti
Huh! Betul-betul kejutan tu la la la
bolehlah aku merendaQ dengan Cik Bintang kat Popeye di Mines ya
ratah burger dan kentang yang sedap tu

ramai yang masih tertanya-tanya
apa jadi kalau tak pilih SBPA?
berdasarkan semua maklumat yang aku dah khatamkan bacaannya
dan kongsikan juga dalam entri-entri lepas
“tak pilih bermakna tak setuju”
bermakna, kekal dengan opsyen lama di bawah ssm atau lainnya
apa maknanya tu?
tiada pergerakan tangga gaji berbanding pengikut SBPA
Sedangkan semua opsyen lain,
secara automatik tetap kena ikut seperti SBPA;
berbeza hanya dari sudut pergerakan dan tangga gaji sahaja

aku pernah tanya kepada senior yang pernah tak ikut
perubahan opsyen sebegini dalam perkhidmatan awam
katanya:
banyak yang rugi
susah naik gaji, payah naik pangkat
apa-apa kelebihan tak dapat walaupun ada dalam opsyen lama
semuanya termansuh dengan sendiri
pendek kata, (panjang tak kata apapun!): disisihkan dari segala nikmat
sebagai seorang penjawat awam (ayat ni aku tambah sendiri)

masa masih ada
nak istiharahpun masih sempat
nak menung teropong bulan sambil berfikirpun masih dan lagi
buatlah keputusan yang terbaik
setiap opsyen ada kelebihan dan kelemahannya
bila kita perlu memilih sebegini, kenalah terima kedua-dua itu
namun, kita mengharapkan Yang terbaik untuk semua pihak
usahlah nanti ada orang tertentu teraniaya
dek orang tertentu yang ada peluang untuk berbuat demikian
(selama inipun bukan tak pernah jadi kan?
jangan salahkan opsyen, salahkan orang yang pegang kuasa tu!)

aku dah buat pilihan pagi tadi
dah cetakpun pilihan tersebut 3 salinan
(untuk simpanan dan hantar ke JPA sebagai rujukan)
apa yang utama pada hujung tahun begini
niat dan matlamat kita kerja biar betul
sempena tahun baru yang bakal datang ini
niat aku tetap sama sahaja, tetapi keazaman kian mantap
walaupun apa orang buat kat aku
aku tetap juga akan kerja dengan lebih gigih
sebab aku suka kerja aku
sebab aku kerja bukan untuk gaji sahaja
semua cantas, kadah keting, boikot dan fitnah untuk aku
hanyalah daki yang tidak cacatkan matlamat
biarlah mereka dapat apa yang mereka nak di dunia
aku mahukan kedua-duanya
(tak bermakna aku boleh terima sikap haloba dan tamak itu)
rezekiku Allah yang beri
sampai masa yang sesuai…hasilnya insyaAllah akan kutuai jua

Huh! Panjanggggggggggggggggnye aku bebel
Nak sambung kerja dah!
Selamat memilih!
opsssss! macam nak mengundi pula.