Selasa, 13 Disember 2011

Bila Burung Dah Marah...


Sejak balik dari Melaka berkarnival
Cik Bintang dah dapat penyakit baru
Gara-gara virus yang menular tu,
Mukanya pun dah jadi macam ni…


Nak marah pun tak jadi…
biasanya aku yang ketagih game online
kali ni penangan burung yang tengah marah tu
buatkan Cik Bintang goyah akar umbi hu huhu

Isnin, 12 Disember 2011

Best Berkayuh Berdua Berperahu Bersama

Ohhhhh tajuk nan indah!

sambil pening kepala serabut otak
sepanjang masa layan youtube berdikir bagai
kalau boleh, waktu sekarang ni
aku nak sangat berada di sini...


 

 sila abaikan keseksian dan kecomelan Nancy Ajram,
daku hanya nak berkolek berkayuh bersantai berdua 
di tengah tasik nan indah sebegitu sahaja...
ada sesiapa handal berkolek begitu?
naik rakitpun tak apa hu hu hu


Selangor bercuti hari ni
aku ada masa sehari suntuk ini untuk siapkan kerja
tesis ni dah sangat nazak untuk disiapkan
aku abaikan tanpa sentuh satu ayatpun dalam masa dua bulan lepas
walaupun aku memang dah tahu tak akan siap punya
tapi kena juga tekan GEAR 5 TURBO
kalau ada sesiapa nak derma enjin JET tu
sangat-sangat dialu-alukan
rasa macam kehabisan nafas dah!

benda yang aku cuba selesaikan ni sebenarnya
paling cepat boleh siap dengan lengkap dalam masa sebulan
itupun kalau semua benda dah ada
kalau baru nak terkial-kial cari
paling cepat tiga bulan
dan aku TURBOkan semua tu mahu siapkannya dalam masa empat hari
kalau tak siap sepenuhnya, paling kurang 80 peratus
boleh dapat 100 peratus lagi aku suka hu hu hu


Ahad, 11 Disember 2011

Jadi Pungguk Live Teropong Bulan Gerhana


Boleh letak tajuk macam tu? Macam tak boleh blah kan?
Bermula 7.34 malam tadi, gerhana bulan dah pun bermula sikit
Tapi tak Nampak pun dengan mata kasar
Aku nampak cantik je tergantung masa pergi depan tadi
Tapi, awan mendung meliputi bumi bangi ni…
Belah bulan naik tu sikit je ada ruang untuk tengok bulan senyum
Sejam dua lagi tak pasti nampak ke tidaknya gerhana

Jangan risau, masanya memang panjang…hingga jam 1.30 pagi nanti
Gerhana dijangka boleh dilihat dengan mata kasar jam 8.46 malam nanti
…ah tak lama lagi tu (huh! Macam siaran langsung pulak!)
Fasa umbra pula bermula jam 10.06 malam dan akan berlangsung
Selama 51 minit. Taklah jauh malam sangat, sempat nak skodeng pun.

Sumber: Lunar malaysia Eclipse

Selain jenguk melalui tingkap dan sesekali ke beranda
Sambil menjenguk bilik air (errrr…tak tahan econ,
Mesti nak ulang alik bilik air. Kalau tak pasang…terperuap pula bahang
Tak kan nak buka tingkap memalam buta ni
Kang ada pula yang menegur dari belakang hutan tu…)
Sambil itu juga aku selalu berada di FB 'Lunar Malaysia Eclipse'
Bukan selalu ada kesempatan untuk tengok,
Kalau gerhana masa tengah malam buta macam tahun lepas
Memang kira selamatlah ya
Selamat malam dan selamat bermimpi hu huhu
Jadi, bila berlaku awal-awal malam ni…tambah pula
aku cadang tak nak tidur malam ni
(cita-cita memang tinggi, entah-entah awal lagi dah terbungkang)
Banyak kerja nak kena siapkan sebelum joli sakan pada Rabu depan

Kalau ada kesempatan dan muat nak masuk kamera cap ayam belanda tu
Adalah gambar gerhananya,
Kalau nun jauh atas langit sana (macamlah
bulan tu boleh turun depan aku kejab untuk posing  jadi model)
kira aku cari ajelah yang di skodeng dek sesapa
guna kamera besar gedabak teropong lensa sehasta panjang
dah tentu gambar yang mereka ambil tu lagi cantik angun ayu bergaya
kacak jelita berbanding sebesar biji sawi yang aku tangkapkan?

Bila jenguk kat luar sekejab tadi,
Tak ada apa yang Nampak kecuali kilat yang memancar sekali sekala
Ohhhhh bulan malu kat aku, sembunyi balik awan!

Jom ramai-ramai kita skodeng di FB je
hampir tiga ribu orang serbu dalam satu-satu masa...agak berat sikit
kena banyak bersabar...kalau tak sabar:
sila main game online hu hu hu

klik untuk menonton gerhana bulan secara live
gerhana bulan di Ranau pun ada


Ini dia umbra pertama, lokasi di Melaka
sumber dah lengkap kat gambar ya...

memang sangat ok tengok online, lebih jelas
maklumlah mata kasar kita susah nak tengok apalagi kalau awan tebal
macam tak percaya je boleh tengok bulan berputar laju macam tu
huihhhhh! takut den...padahal bumipun gerak laju jugak
bayangkan kalau kita boleh terasa gerakan tu
kan dah huru hara hidup...



Add caption

sumber: planetarium negara

Apa kata kita dengar sedikit kutbah tentang gerhana bulan ni 

 

Jom, saksikan sedikit saat-saat gerhana penuh berlaku
Subhanallah...sangat indah terutama yang aku tengok secara live tu...
insaf diri sekejab hu hu hu

Sabtu, 10 Disember 2011

Laman Web Kementerian Kewangan, LHDN, KWSP SESAK Kena Serbu!


ingatkan laman web airasia je tengah sesak
gara-gara tawaran tiket serendah 10 sen sempena
sambutan 10 tahun syarikat penerbangan tambang murah itu
rupanya ada tiga laman web lain juga turut alami kesesakan teruk
iaitu Kementeria Kewangan, LHDN dan KWSP
(itu yang sempat aku jelajah sejak pagi tadi)
semuanya gara-gara mencari Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
yang kononnya boleh diperolehi secara online
laman web kementerian kewangan malaysia alami kesesakan
sangat lambat untuk klik klik selongkar cari borang tersebut
kesesakan juga turut dialami di laman web KWSP dan
Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN)
tak boleh masuk langsung, HANG je memanjang! Adussss stressss deh!
JPA memang dah sesak sejak minggu lepas lagi
terutama pergerakan dan tangga gaji baru
sampai sekarangpun aku masih lagi tak tahu
errrr memang kena tahu cepat, mudah nak plan bayar hutang hu hu hu

aku pun tak faham kenapa mereka janjikan
borang untuk tuntutan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
boleh dimuat turun pada hari Sabtu
bukan Sabtu tu cuti untuk perkhidmatan awam ke?
sedangkan kalau tengok talian hangat (hotline) (BR1M)
hanya pada waktu pejabat sahaja.

Kalau capaian secara online ada masalah
memang masalah juga sebab di kampung aku
hujan turun lagi dengan lebat
payah juga nak harung banjir semata-mata nak dapatkan borang
untuk rakyat marhaen macam kami, RM500 tu besar maknanya
dah boleh baiki atap rumah bocor,
dah boleh joli beli cat rumah, dah boleh melaram beli perabut hu hu hu
(opsssss ayah kan warga emas yang sedang nikmati keselesaan hidup
setelah berkurun banting tulang berjuang harung dugaan
bagi je lah dia peluang rasa rumah cat baru kaler kuning la la la
dia tau aku kata lagu tu…mampuihhhh kena perli
apa daaaa …bukan reti nak hulur serial samah
kutuk lagi ada hu huhu
ohhhh usah ikut perangai anak si Tenggang ni ya)

Rasanya, Isnin kot baru boleh download,
Isnin rakyat Selangor bercuti suka ria joli katak ya
sempena hari Keputeraan Sultan Selangor
hu hu hu tapi aku keja juga
lebih kuat berbanding hari-hari yang lain
oooHhhhhhh sangat sadis ya kawan-kawan
hujung tahun memang selalu macam ni kan
keja kena lebih kuat tapi klaim payah nak dapat
tunggu akaun tahun depan buka baru boleh dapat
bermakna: aku perlu puasa menguruskan perut!
Ohhhh sangat besar dugaan itu!


Ehhhh...tadak sapa-sapa ka nak serbu blog aku ini
biar jem macam tiga laman web kerajaan tu
aku suka! aku suka! kalau jem macam tu kat blog aku
Huh! itu ayat orang tengah serabut kepala, sila abaikan!


sampai dah nak malam pun masih tak boleh dapat 
borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
kalau hari ini je web JPA kena serbu hampir 50 ribu pelawat
apa tak jemnya, lupa pulak nak print skrin tadi
aku aje berkampung kat sana entah berapa kali keluar masuk


akhirnya, aku tak payah geledah semua blog orang
semata-mata nak download borang BR1M tu
esok pagi-pagi lagi kakak akan balik kampung dengan beberapa salinan borang tu
yang dia dapat masa ada orang datang kedai fotostat hu huhu
selesai masalah aku. Bagi kalian yang belum lagi selesai
sila teruskan meronda seluruh blog dan laman web ya...
gigih dan usaha itu tangga jaya
dah ramai blogger letak link untuk muat turun borang
tapi bila aku pergi ke link tersebut
GELAP je...entah-entah jem kena serbu juga
kalau kalian nak link untuk download borang BR1M kat sini
sila lupakan sahaja ya...Tak ada!


Ramai Sangatkah Gila K-pop?

Mazidul yang terkenal itu kata
selain isu perkhidmatan di sebilangan hospital kerajaan,

gay dan lesbian, k-pop juga sensitif untuk disentuh.

sejak khamis, dunia maya di Malaysia heboh
dengan pendedahan kes Amira Afiqah
yang menjadi mangsa buli siber
identitinya di Facebook telah dicuri
kemudian menggunakan identiti itu di blog Budak Gigi Rabbit
laporan polis telah dibuat di IPD Kulaijaya, Johor.
butiran terperinci tentang kes ini boleh dibaca di blog sdr. Hazrey



Blogger Kak Yong menyeru kita semua untuk klik abuse blog berkenaan
bagi sesiapa yang nak tahu kempen ni sila ke blog Kak Yong

seingat aku, kegilaan dengan artis Korea muncul awal 2000
bermula dengan Winter Sonata,
kemudian mencurah-curah telenovela lain berada di pasaran
Full House, Secret Garden, Meteor Garden, Coffee Prince,
Princes Hour, Stairway to heaven, You’re Beautiful,
My Girl, Cinderella Man, Hello! Miss,
 macam-macamlah hingga ke Oh! My Lady

seorang yang pernah jadi kawan aku
tengok sampai habis semua VCD 21 keping
cerita Autumn In My Heart dalam satu malam
dengan sekotak tisu hingga mata bengkak-bengkak esoknya
bagi aku hanya itu perkara paling dahsyat pernah dibuat peminat cerita Korea
rupanya ada lagi yang lebih gila dari itu hu hu hu 






aku? bukan sahaja cerita Korea yang aku suka
tetapi semua negara yang pelakonnya bermata sepet
sebab nilai kacak hensome seorang lelaki itu
terletak pada mata yang sepet hu hu hu
cuba tengok pelakon popular korea seperti Park Yong-Ha
(opppsss! ni artis korea Winter Sonata yang bunuh diri tu)
Won Bin, Kim Hyun Joong, Lee Min Ho,
tetapi artis wanita mereka nampak cantik kalau bermata besar
Kim Tae Hae, Kim Ha Neul, Shin Se Kyung,
jadinya aku peminat tegar cerita Hong Kong, China, Jepun, Korea
kalau pelakon dari Zimbabwe tu sepet matanya pun
aku boleh tengok hu hu hu

namun untuk habiskan duit beratus ringgit
semata-mata buat koleksi drama korea
aku memang tak sanggup. aku tak sesetia mana
aku lebih tak sayang untuk beli buku dari beli CD
semua drama aku tengok di tv sahaja,
yang itupun tak sempat nak tengok
bila masa lah pulak nak tengok Vcd atau DVD
paling rajin, tengok ajelah kat youtube

mungkin…aku dah terlalu tua untuk takjub
dan taksub dengan benda-benda begini
k-pop, biar sebanyak manapun aku minat
ia tetap berada pada tahap “tak minat” bagi penggemar muzik ini
kalau aku kata tak minat, tak tahulah maksudnya macam mana kan?