Khamis, 8 Disember 2011

Intipati Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Sekarang ni, penjawat awam
bukan sahaja tak sabar menunggu bonus yang akan mereka dapat
19 disember 2011 nanti, sesuai sangatlah untuk dibelanjakan
sesi persekolahlah pun dah nak dekat
tak terasa pun cuti sekolah dah berminggu ya…
mereka juga dok kalut mencari maklumat terkini
tentang Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
maklumlah…semua ini libatkan masa depan juga
bukan hanya bab bayaran bonus, kenaikan gaji tahunan tetapi juga
peluang kenaikan pangkat dan pencen nanti

Eelobor dalam entrinya tentang Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
ada letakkan rakaman penerangan tentang hal ini
kalau kalian nak tahu lebih lanjut, bolehlah ke entri tersebut
rakamannya berdurasi sejam satu minit dan beberapa saat
aku dah dengar dengan penuh iktizam sampai habis
bermanfaat untuk sesiapa yang bersemangat waja
maklumlah bila line internet terkemut-kemut
sangat mengujakan untuk terus mendengar hu hu hu

Walaupun penerangan dari orang kuat CUEPACS
Datuk Omar Osman (Presiden CUEPACS) tidak sepenuhnya tentang SBPA
namun sedikit sebanyak penerangan itu boleh beri gambaran awal
bila Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Putrajaya
mengedarkan makluman dalam sidang medianya pada 7 disember 2011
sempena Pelancaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
oleh Ybhg. Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,
aku terus sahaja terjah intipati pelaksanaan SBPA ni
dan akan kongsikan dengan anda semua
di bawah aku tampal semua intipati berkenaan
yang aku dapat kat Facebook Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA
buat makluman anda semua, penjawat awam cemerlang
(kalau tak cemerlang, depa tak teringin pun nak tahu semua ni
apa benda skim pun dia orang buat tak tahu je hu hu hu)

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah:

1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan

19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)


Mmmmmmm puas hati tak?
Mestilah belum. Mana pulak nak puas hati kalau
bab berapa banyak dan macam mana sistem kenaikan pangkat,
kenaikan gaji dan semua insentif belum dijelaskan secara terperinci.
Ya tak?

Bagi aku, orang bagi aku terima
kalau kata aku tak layak walaupun sebenarnya aku layak
ada masa aku terima, ada masa aku latah
ada masa yang lain aku boikot
apa-apa sistem sekalipun dilaksanakan, tetap ada tiris
kalau dapat bos jenis kena ampu,
sampai mati aku tak ampu, jadi…memang dah tahu
tak akan naik ke atas punya
kalau bos aku nanti tu kaki sudi dicucuk
aku tetap jadi mangsa cucuk juga
sebab aku bukan yang akan cucuk orang lain
selalunya aku lah mangsa
kenapa tak bantai? lemahkah aku?
kalau bantahan aku tu akan rumitkan lagi suasana
tak ada faedahpun aku bantah, buat penat sahaja
selagi kerja aku tak diganggu
aku biarkan ajelah
biarpun bukan bermakna aku suka kena aniaya
tapi malas nak bertekak, sebabnya:
bila tiba masa aku bertekak,
aku akan berhenti bila jadi JUARA
kang dah payah tu…
jadi, langkah terbaik aku biarkan ajelah
segala yang orang aniaya atau pekena aku tu
kita tunggu ajelah aku buka kaunter
di Mahsyar, sebelah Titian MustaQim.

Ohhhhhh! Panjangnya entri ni…
entah bilalah tangga gaji baru akan diedarkan ya
bukan aku sorang je tak sabar, ramai lagi ni tak sabar


kalau anda nak dapatkan maklumat lanjut tentang 
jadual pemindahan gaji SBPA 2012
bolehlah ke web rasmi JPA khusus tentang SBPA ni
kat situ banyak maklumat tambahan anda boleh dapat
kena pilih dulu kategori yang nak...ada tiga kat situ
pekeliling SBPA untuk umum, guru dan PDRM
boleh semak jadual pemindahan gaji
untuk pelbagai kategori dari profesional, lulusan diploma, STPM
SPM, PMR dan macam-macam lagi
hanya jadual tangga gaji je belum dimuat
lambat sikit yang ni...nak kena kira duit dulu ya
sila bersabar! 

2 ulasan:

eelobor berkata...

nak abiskan entri nie kena minum air kopi o kawww 3 gelas

anyss berkata...

Eelobor: dok la setaro dengar entri ore tu...1 jam 1 minit ntah brapa saat tahhh...gula kuba pong dan lagi la la la