Jumaat, 9 Disember 2011

Uitm International Centre (UIC) Pula Banjir, Entri Rojak Macam-macam Adaaaa!


ada yang kata buaya pun timbul kat depan Metro kajang tu
tengahari semalam giliran di UiTM International Centre (UIC) Shah Alam pula tenggelam
akibat banjir kilat berhampiran pintu masuk belakang Universiti Teknologi Mara (UiTM)
air naik  hingga paras lutut selepas hujan dua jam
nasib baik petang kira-kira jam 2.30 dah surut
nasib baik air tak melimpah dan masuk hingga dalam bangunan

masa kecik dulu, negeri Pantai Timur memang akan banjir
bila dah besar, selalu jadi banjir kilat kat tengah kota pula
padahal kat kampung kami air melimpah dalam parit je
nak buat rakit batang pisangpun tak berbaloi dah
(kawasan rendah lain masih ramai yang kena banjir)

kita ada terowong SMART yang boleh kawal banjir
tapi terowong tu hanya ada di KL je
bukan di Kajang, tidak di Shah Alam,
apalagi kat kampung aku, memang confirm tak akan ada dalam tempoh terdekat.
dengar ceritanya terowong SMART itu menerima pengiktirafan peringkat antarabangsa
dapat Anugerah Habitat Scroll of Honour Award 2011 daripada
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lagi tu, bukan calang-calang
boleh halang banjir, salurkan air berlebihan dan jadi laluan kenderaan elak sesak juga
tapi itulah…hanya di KL je, tak tersenarai kat kampung aku
kalau diluaskan ke semua negeri yang selalu banjir…kan bagus
tapi kosnya, faham-faham sendirilah ya


bila dah hujung tahun, semua orang macam tak cukup hari
nak siapkan semua kerja sebelum tiba tahun baru
semua perkara nak cepat
mana nak buat persiapan anak-anak sesi persekolahan baru,
ramai masih tunggu  bonus separuh bulan dalam belanjawan 2012
tak kurang juga menantikan tarikh 10 Disember
nak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500
tak kurang juga yang sibuk dok menelaah dan ulangkaji
setiap hari tak sabar menunggu perkembangan terkini
terutama berkaitan tangga gaji baru
nanti bolehlah merancang perjalanan hidup pada masa hadapan

akhir tahun begini, akaun dah nak tutup
sesiapa yang belum buat tuntutan apa-apa untuk tahun lama
baik buat segera, dah buat cepatpun
tetap juga kena tunggu lama
dah banyak kali aku alami hal-hal begini
buat tuntutan akhir tahun memang sangat menyiksakan
maklumlah, nak kena tutup akaun
ambil masa pula nak buka balik, kunci cicir kot
kebiasaannya tuntutan aku akan dibayar
dua tiga bulan kemudiannya
masa tu, rasa nak bernafaspun dah tak lepas
semput je memanjang. perbelanjaan akan lari sejak Disember
selalu sangat berdoa agar tak ada perkara tak diingini berlaku
sebelum dapat semula semua tuntutan
tapi, kalau dah nak jadi…jadi juga!



menurut google, carian paling pantas melalui google.com tahun ni

ialah facebook, angry birds  dan Maharaja Lawak

rancangan TV yang paling banyak dicari
program Amerika Next Top Model, X Factor USA dan American Idol 2011
carian berkaitan teknologi yang paling popular
iPhone5, iPad2, Samsung Galaxy dan Adroid
carian mengenai orang, Bruno Mars tertinggi
bintang muzik antarabangsa, termasuk carian imej popular:
Avril Lavigne, Rihanna dan Justin Bieber
kalau di Malaysia, carian paling pantas tentang Cikgu Shida,
alaaaa cikgu Shida yang dari Parit tu...
walaupun dia punya web dah kena hack
sangat gigih itu perempuan!

penulis blog tersohor Malaysia yang sangat suka dicari: Fatin Liyana dan Haniz Zalikha
ahli politik:  Datuk Seri Anwar Ibrahim, ulama: Ustaz Kazim
dan pereka tudung muslimah: Hana Tajima.
kalau dah akhir tahun macam ni, keywords apa gamaknya
menjadi SEO paling popular?
hu hu hu dah pastilah pasal tarikh pembayaran bonus,
pergerakan tangga gaji dan perincian Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam

mmmmm macam rojak campur tak entri ni?
hu huhu tu maknanya kepala pun tengah bercampur juga
lebih banyak sengal dari elok pun
selamat berhari Jumaat!


Khamis, 8 Disember 2011

Poligami: Bila Bertanya Kepada Wanita


Wahhhh macam rancangan Apa Kata Wanita macam kat tv pula!
masih lagi tentang isu poligami
isu paling hangat dan panas sealam malaya
bila tanya pendapat kepada rakanlelaki tentang piligami
tentang wajar tidaknya saya terima poligami
SEMUA orang yang saya tanya itu jawab: wajar dan perlu
malah ada yang lebih ekstrim kata: Wajib berpoligami

dah tentu jawapannya berbeza bila tanya pada orang perempuan
wanita dah tentu tak suka poligami, walaupun bukan semua
para isteri kata:
kau muda lagi (ceeewaaaaaaaaaaaaahhhh ayat nak bodek aku!)
peluang masih luas nak cari jejaka Idaman Malaya macam Anuar Zain
(Soalnya, nak ke Anuar Zain Kahwin dengan aku hu hu hu)
tak elok ganggu rumahtangga orang yang bahagia
(maknanya kalau rumah tangga yang dah tak bahagia
aku boleh ganggulah? TAK ELOKKK tu!)

masih lagi hati boleh terima, bila ada yang berkicau:
mandi bunga je, aku tahu kat mana bomoh yang bagus
bomohhhhh????
mandi bunga tu aku masih lagi boleh terima
kat SPA banyak boleh buat hu hu hu
tapi kalau kena jumpa bomoh segala, lupakan sahaja.
Aku tak mahu subahat benda-benda yang mendatangkan syirik ni

kena yang mulut lagi celupar, kata:
aku pun hairan dengan kau,
nak kata tak ada rupa (hantu kot tak ada rupa, baik sebut “tak rupawan”)
orang yang lagi buruk mukanya dari kau pun dah ada anak berlori
(rupa faktor utama ke? Sila jelaskan…aku tak faham ni)
patutnya, berebut lelaki kejar kau
yang kau beratur depan pintu rumah tangkap laki orang apahal?
dah gatal sangat?
(beratur??? wahhhh saham lelaki dah kahwin memang tinggi ya
kena beratur segala! depan rumah Anuar Zain ada orang beratur tak?
kalau belum ada, aku nak pergi beratur ni)
Wahhhhh! boleh tahan juga ya mengata aku “gatal”
tidakkah dia tahu, kalau tahap “kegatalan” aku tu dah sampai
laki dia orang pertama yang aku nguratpun. Huh!
kan dah mendatangkan marah!

namun, sejuk pula rasa hati kalau antara mereka itu menyebut;
jodoh itu ketentuan Allah, memang sudah diatur
biar dipaksa bagaimanapun, kalau bukan itu yang ditentukan
tak jadi juga
bila dah itu yang Allah tentukan
lari seberang lautpun tetap akan kahwin dengan dia juga akhir nanti
tak payah pening kepala fikir apa orang nak kata
paling utama kau tak ganggu hidup orang
(macam mana pula kalau orang yang ganggu hidup aku?)
setelah berikhtiar, melakukan apa yang terbaik
hiduplah seperti yang kau ingini kerana
Allah sebenarnya lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita

nak tahu apa pula kata aku bab poligami ni?
Huh! promosi tak boleh blah
macamlah aku ni Rozita Che Wan atau Gadis Idaman Malaya
hu hu hu tunggu entri akan datang
yang aku sendiri tak tahupun bila nak tulis
tunnggu je lah ya…


Intipati Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Sekarang ni, penjawat awam
bukan sahaja tak sabar menunggu bonus yang akan mereka dapat
19 disember 2011 nanti, sesuai sangatlah untuk dibelanjakan
sesi persekolahlah pun dah nak dekat
tak terasa pun cuti sekolah dah berminggu ya…
mereka juga dok kalut mencari maklumat terkini
tentang Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
maklumlah…semua ini libatkan masa depan juga
bukan hanya bab bayaran bonus, kenaikan gaji tahunan tetapi juga
peluang kenaikan pangkat dan pencen nanti

Eelobor dalam entrinya tentang Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
ada letakkan rakaman penerangan tentang hal ini
kalau kalian nak tahu lebih lanjut, bolehlah ke entri tersebut
rakamannya berdurasi sejam satu minit dan beberapa saat
aku dah dengar dengan penuh iktizam sampai habis
bermanfaat untuk sesiapa yang bersemangat waja
maklumlah bila line internet terkemut-kemut
sangat mengujakan untuk terus mendengar hu hu hu

Walaupun penerangan dari orang kuat CUEPACS
Datuk Omar Osman (Presiden CUEPACS) tidak sepenuhnya tentang SBPA
namun sedikit sebanyak penerangan itu boleh beri gambaran awal
bila Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Putrajaya
mengedarkan makluman dalam sidang medianya pada 7 disember 2011
sempena Pelancaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
oleh Ybhg. Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,
aku terus sahaja terjah intipati pelaksanaan SBPA ni
dan akan kongsikan dengan anda semua
di bawah aku tampal semua intipati berkenaan
yang aku dapat kat Facebook Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA
buat makluman anda semua, penjawat awam cemerlang
(kalau tak cemerlang, depa tak teringin pun nak tahu semua ni
apa benda skim pun dia orang buat tak tahu je hu hu hu)

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah:

1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan

19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)


Mmmmmmm puas hati tak?
Mestilah belum. Mana pulak nak puas hati kalau
bab berapa banyak dan macam mana sistem kenaikan pangkat,
kenaikan gaji dan semua insentif belum dijelaskan secara terperinci.
Ya tak?

Bagi aku, orang bagi aku terima
kalau kata aku tak layak walaupun sebenarnya aku layak
ada masa aku terima, ada masa aku latah
ada masa yang lain aku boikot
apa-apa sistem sekalipun dilaksanakan, tetap ada tiris
kalau dapat bos jenis kena ampu,
sampai mati aku tak ampu, jadi…memang dah tahu
tak akan naik ke atas punya
kalau bos aku nanti tu kaki sudi dicucuk
aku tetap jadi mangsa cucuk juga
sebab aku bukan yang akan cucuk orang lain
selalunya aku lah mangsa
kenapa tak bantai? lemahkah aku?
kalau bantahan aku tu akan rumitkan lagi suasana
tak ada faedahpun aku bantah, buat penat sahaja
selagi kerja aku tak diganggu
aku biarkan ajelah
biarpun bukan bermakna aku suka kena aniaya
tapi malas nak bertekak, sebabnya:
bila tiba masa aku bertekak,
aku akan berhenti bila jadi JUARA
kang dah payah tu…
jadi, langkah terbaik aku biarkan ajelah
segala yang orang aniaya atau pekena aku tu
kita tunggu ajelah aku buka kaunter
di Mahsyar, sebelah Titian MustaQim.

Ohhhhhh! Panjangnya entri ni…
entah bilalah tangga gaji baru akan diedarkan ya
bukan aku sorang je tak sabar, ramai lagi ni tak sabar


kalau anda nak dapatkan maklumat lanjut tentang 
jadual pemindahan gaji SBPA 2012
bolehlah ke web rasmi JPA khusus tentang SBPA ni
kat situ banyak maklumat tambahan anda boleh dapat
kena pilih dulu kategori yang nak...ada tiga kat situ
pekeliling SBPA untuk umum, guru dan PDRM
boleh semak jadual pemindahan gaji
untuk pelbagai kategori dari profesional, lulusan diploma, STPM
SPM, PMR dan macam-macam lagi
hanya jadual tangga gaji je belum dimuat
lambat sikit yang ni...nak kena kira duit dulu ya
sila bersabar! 

Rabu, 7 Disember 2011

Siapa Kata Ciuman Itu Membahagiakan?


Selasa, 6 Disember 2011

Lepasan Ijazah Pendidikan IPTA Diambil Jadi Guru


hari ni ada sedikit masa untuk baca akhbar online
walaupun jumpa berita tentang kes cemburu seorang kekasih
menyebabkan 1200 orang penumpang KTMB terkandas di Bidor Khamis lepas,
ataupun tentang pelajar yang sedang menunggu keputusan PMR
telah melahirkan bayi dan menyembunyinya di bawah katil,
tetapi aku lebih suka untuk berkongsi berita baik
kepada 5 ribu pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
dari institut pengajian tinggi awam (IPTA), mereka akan diambil
mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah menengah
di bawah Kementerian Pelajaran, mulai Januari tahun depan.
dah pasti berita ini sangat dinantikan para graduan kita
maklumlah, bila dah graduasi, mereka tak sabar nak kerja pula
tak ada kerja, tak adalah gaji
tak ada gaji, macam mana nak bayar hutang PTPTN kan?
hutang JPA juga ya hu hu hu usah kutuk daku duhai cik Bintang
tengah berduka nestapa dengan JPA saat dan ketika ini
biarpun mampu senyum sikit hu hu hu

daripada jumlah itu, seramai 3,894 lepasan ISMP ditemuduga
untuk diserap masuk sebagai guru.
berlaku peningkatan pengambilan guru dalam kalangan ISMP keluaran IPTA
berbanding 4,318 orang yang dipilih menjadi guru pada tahun 2011
antara kegagalan graduan ISMP dipilih untuk menjadi guru
kerana mengambil opsyen mata pelajaran yang kurang diperlukan Kementerian Pelajaran.
ada jawatankuasa bersama antara Kementerian Pelajaran
dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menentukan unjuran
keperluan guru sekolah menengah mengikut opsyen
unjuran ini dibahagikan mengikut universiti, merujuk
Kes kira-kira 5,000 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
meminta Kementerian Pelajaran
tidak menawarkan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan ijazah bukan pendidikan.

lepasan IPG hanya akan diserap sebagai guru di sekolah rendah
sedangkan graduan ISMP keluaran IPTA dipilih sebagai guru sekolah menengah
begitu juga dengan guru-guru PJJ yang telah menambahbaik kepakaran mereka
akan kekal mengajar di sekolah rendah tetapi dinaikkan gaji
peluang kenaikan pangkat juga bertambah
tak ada persaingan pun
aku bukan nak sokong menteri, tapi itu faktanya
usahlah risau ya adik-adik yang sedang belajar di universiti
lagi pula, kalau dah memang ditentukan rezeki kita
tetap menjadi milik kita jua
sekarang  ni, bakal-bakal cikgu ni kena belajar rajin-rajin
tingkatkan jumlah CGPA yang mantap
mestilah akan segera dipanggil.
kalau CGPA pun nyawa-nyawa ikan, lambat sikitlah!
betul tak?...memang betul pun! tak payah nak nafikan…

kepada bakal-bakal guru ni semua
nanti kerjalah sepenuh hati
bukan mudah nak dapat kerja, bila dah dapat
jangan pula tak buat kerja hu hu hu hu
sila ikhlaskan diri berjuang untuk anak bangsa
paling utama, niatkan kerja itu “kerana Allah”
bukan semata-mata urusan duniawi
sepanjang usia akan menerima keberkatan dan pahala
InsyaAllah.