minggu lepas satu Kajang menderita dilanda banjirkilat
ada yang kata buaya pun timbul kat depan Metro kajang
tu
tengahari semalam giliran di UiTM International Centre
(UIC) Shah Alam pula tenggelam
akibat banjir kilat berhampiran pintu masuk belakang
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
air naik hingga
paras lutut selepas hujan dua jam
nasib baik petang kira-kira jam 2.30 dah surut
nasib baik air tak melimpah dan masuk hingga dalam
bangunan
masa kecik dulu, negeri Pantai Timur memang akan
banjir
bila dah besar, selalu jadi banjir kilat kat tengah
kota pula
padahal kat kampung kami air melimpah dalam parit je
nak buat rakit batang pisangpun tak berbaloi dah
(kawasan rendah lain masih ramai yang kena banjir)
kita ada terowong SMART yang boleh kawal banjir
tapi terowong tu hanya ada di KL je
bukan di Kajang, tidak di Shah Alam,
apalagi kat kampung aku, memang confirm tak akan ada dalam
tempoh terdekat.
dengar ceritanya terowong SMART itu menerima pengiktirafan peringkat antarabangsa
dapat Anugerah Habitat
Scroll of Honour Award 2011 daripada
Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) lagi tu, bukan calang-calang
boleh halang banjir,
salurkan air berlebihan dan jadi laluan kenderaan elak sesak juga
tapi itulah…hanya di KL je,
tak tersenarai kat kampung aku
kalau diluaskan ke semua
negeri yang selalu banjir…kan bagus
tapi kosnya, faham-faham sendirilah ya
bila dah hujung tahun,
semua orang macam tak cukup hari
nak siapkan semua kerja
sebelum tiba tahun baru
semua perkara nak cepat
mana nak buat persiapan
anak-anak sesi persekolahan baru,
ramai masih tunggu bonus separuh bulan dalam belanjawan 2012
tak kurang juga menantikan
tarikh 10 Disember
nak memohon
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500
tak kurang
juga yang sibuk dok menelaah dan ulangkaji
setiap
hari tak sabar menunggu perkembangan terkini
terutama
berkaitan tangga gaji baru
nanti
bolehlah merancang perjalanan hidup pada masa hadapan
akhir
tahun begini, akaun dah nak tutup
sesiapa
yang belum buat tuntutan apa-apa untuk tahun lama
baik buat
segera, dah buat cepatpun
tetap juga
kena tunggu lama
dah banyak
kali aku alami hal-hal begini
buat
tuntutan akhir tahun memang sangat menyiksakan
maklumlah,
nak kena tutup akaun
ambil masa
pula nak buka balik, kunci cicir kot
kebiasaannya
tuntutan aku akan dibayar
dua tiga
bulan kemudiannya
masa tu,
rasa nak bernafaspun dah tak lepas
semput je
memanjang. perbelanjaan akan lari sejak Disember
selalu
sangat berdoa agar tak ada perkara tak diingini berlaku
sebelum
dapat semula semua tuntutan
tapi,
kalau dah nak jadi…jadi juga!
menurut google, carian paling pantas melalui
google.com tahun ni
ialah facebook, angry
birds dan Maharaja Lawak
rancangan TV yang paling banyak dicari
program Amerika Next Top Model, X Factor USA dan American Idol
2011
carian berkaitan teknologi yang paling popular
iPhone5, iPad2, Samsung Galaxy dan Adroid
carian mengenai orang, Bruno Mars tertinggi
bintang muzik antarabangsa, termasuk carian imej popular:
Avril Lavigne, Rihanna dan Justin Bieber
kalau di Malaysia, carian paling pantas tentang Cikgu Shida,
alaaaa cikgu Shida yang dari Parit tu...
walaupun dia punya web dah kena hack
sangat gigih itu perempuan!
penulis blog tersohor Malaysia yang sangat suka dicari: Fatin
Liyana dan Haniz Zalikha
ahli politik: Datuk
Seri Anwar Ibrahim, ulama: Ustaz Kazim
dan pereka tudung muslimah: Hana Tajima.
kalau dah akhir tahun macam ni, keywords apa gamaknya
menjadi SEO paling popular?
hu hu hu dah pastilah pasal tarikh pembayaran bonus,
pergerakan tangga gaji dan perincian Skim Saraan Baru
Perkhidmatan Awam
mmmmm macam rojak campur tak entri ni?
hu huhu tu maknanya kepala pun tengah bercampur juga
lebih banyak sengal dari elok pun
selamat berhari Jumaat!