Rabu, 7 Disember 2011

Siapa Kata Ciuman Itu Membahagiakan?


Selasa, 6 Disember 2011

Lepasan Ijazah Pendidikan IPTA Diambil Jadi Guru


hari ni ada sedikit masa untuk baca akhbar online
walaupun jumpa berita tentang kes cemburu seorang kekasih
menyebabkan 1200 orang penumpang KTMB terkandas di Bidor Khamis lepas,
ataupun tentang pelajar yang sedang menunggu keputusan PMR
telah melahirkan bayi dan menyembunyinya di bawah katil,
tetapi aku lebih suka untuk berkongsi berita baik
kepada 5 ribu pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
dari institut pengajian tinggi awam (IPTA), mereka akan diambil
mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah menengah
di bawah Kementerian Pelajaran, mulai Januari tahun depan.
dah pasti berita ini sangat dinantikan para graduan kita
maklumlah, bila dah graduasi, mereka tak sabar nak kerja pula
tak ada kerja, tak adalah gaji
tak ada gaji, macam mana nak bayar hutang PTPTN kan?
hutang JPA juga ya hu hu hu usah kutuk daku duhai cik Bintang
tengah berduka nestapa dengan JPA saat dan ketika ini
biarpun mampu senyum sikit hu hu hu

daripada jumlah itu, seramai 3,894 lepasan ISMP ditemuduga
untuk diserap masuk sebagai guru.
berlaku peningkatan pengambilan guru dalam kalangan ISMP keluaran IPTA
berbanding 4,318 orang yang dipilih menjadi guru pada tahun 2011
antara kegagalan graduan ISMP dipilih untuk menjadi guru
kerana mengambil opsyen mata pelajaran yang kurang diperlukan Kementerian Pelajaran.
ada jawatankuasa bersama antara Kementerian Pelajaran
dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menentukan unjuran
keperluan guru sekolah menengah mengikut opsyen
unjuran ini dibahagikan mengikut universiti, merujuk
Kes kira-kira 5,000 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
meminta Kementerian Pelajaran
tidak menawarkan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan ijazah bukan pendidikan.

lepasan IPG hanya akan diserap sebagai guru di sekolah rendah
sedangkan graduan ISMP keluaran IPTA dipilih sebagai guru sekolah menengah
begitu juga dengan guru-guru PJJ yang telah menambahbaik kepakaran mereka
akan kekal mengajar di sekolah rendah tetapi dinaikkan gaji
peluang kenaikan pangkat juga bertambah
tak ada persaingan pun
aku bukan nak sokong menteri, tapi itu faktanya
usahlah risau ya adik-adik yang sedang belajar di universiti
lagi pula, kalau dah memang ditentukan rezeki kita
tetap menjadi milik kita jua
sekarang  ni, bakal-bakal cikgu ni kena belajar rajin-rajin
tingkatkan jumlah CGPA yang mantap
mestilah akan segera dipanggil.
kalau CGPA pun nyawa-nyawa ikan, lambat sikitlah!
betul tak?...memang betul pun! tak payah nak nafikan…

kepada bakal-bakal guru ni semua
nanti kerjalah sepenuh hati
bukan mudah nak dapat kerja, bila dah dapat
jangan pula tak buat kerja hu hu hu hu
sila ikhlaskan diri berjuang untuk anak bangsa
paling utama, niatkan kerja itu “kerana Allah”
bukan semata-mata urusan duniawi
sepanjang usia akan menerima keberkatan dan pahala
InsyaAllah.

 

Poligami: Bila Bertanya Kepada Lelaki


aku tahu isu ini sensitif, mohon diluaskan pintu fikir

seseorang pernah memanah hatiku, katanya
awak tak akan kahwin sampai bila-bila
kalau tunggu lelaki yang single
ohhhhhh! diakah lebih tahu tentang percaturan hidup ini?
mahu sahaja aku tanya
usianya nanti tamat saat umur berapa?
atau matiku nanti, tinggalkan harta berapa juta?

jadinya, dia berkata:
terima sahaja mana-mana lelaki yang mendekat
poligami bukan isu besar
bukan juga haram di sisiNya
tak salahpun terima

ya, aku akuinya: poligami tidak haram
poligami itu halal diamalkan mana-mana lelaki yang mampu
namun, entah kenapa aku tak mampu menerima
(buat masa ini, kala entri ini anda baca,
esok lusa belum tentu lagi
Allah itu Maha Perkasa, mampu balikkan hati
dalam sesaat masa, aku tak mahu takbur
mendabik dada tentang sesuatu yang bukan dalam kawalanku)
aku ini tamak…SANGAT TAMAK
tak mampu untuk berkongsi dengan orang lain

bila mohon pendapat dari rakan berjantina lelaki, mereka menyokong.
mereka minta aku teruskan
bagi mereka, poligami tak salahuntuk kebaikan ummah juga
jadinya, tak salah untuk aku terima poligami
bermakna, tidak menjadi kesalahan untuk aku
berkahwin dengan lelaki yang sudah berkeluarga.
yaaa...poligami itu tidak pernah salah
hanya orang yang berpoligai itu kerap menyalahguna


pendapat lelaki  paling bernas tentang poligami pernah diberikan seseorang;
cuba dulu, kalau serasi teruskan
Opppssss! cuba? ingat pampes pakai buang?
kalau tak serasi??????


Ohhhhh aku tahu....aku memang selalu fikirkan hal-hal negatif juga
itu langkah keselamatan, plan tindakan masa kecemasan kalau betul-betul jadi
masa tu, aku lebih waras bertindak kalau apa dirancang
tak seperti jangkaan jadinya
tak salah ada langkah kecemasan kan?

Isnin, 5 Disember 2011

Lagu Lama Vs Lagu Baru


 
aku suka dengar Klasik Nasional
ramai kawan atau bekas kawan-kawan aku tak suka hobi ni
membosankan! kata mereka

secara rambang, aku sukakan lagu-lagu dihasilkan tahun 90-an
dan sebelumnya hingga tahun 30-an,
zaman lagu-lagu dinyanyikan dengan nyaring
hingga suaranya boleh pecahkan gelas kaca dek picnya yang tinggi
lagi lama usia lagu itu, lagi aku suka
walaupun orang kata suara penyanyi waktu itu
macam tong drum kena ketuk
namun bagi aku, itulah uniknya lagu itu

menyukai lagu-lagu 80-an dan 90-an masih lagi boleh diterima
atau lagu-lagu P.Ramlee yang sangat merdu dalam filem-filemnya
namun sukakan lagu-lagu nyanyian Rokiah Wandah, Lina,
Norma Kadir, Wahid Satey dan ramai penyanyi lama
seringnya aku dianggap pelik
kononnya hanya golongan lama sahaja sukakan mereka
namun, aku sangat berterima kasih dengan Klasik Nasional
sentiasa alunkan lagu-lagu sebegini
selain mencarinya di Youtube
paling tidak, lepas jua rindu

bukan bermakna aku tak suka lagu-lagu baru
bukan tak minat Cinta Muka Buku atau Gadis Semasa
bukan tak pandang Ana Rafalli atau Aizat
tetap juga layan Maher Zain dan si kacak bersuara merdu Anuar Zain
namun, nilai puas itu tak sama
bak makan nasi bersama budu dan tempoyak
dah tentu berbeza dengan menikmati pasta atau spagetti
atau mengadap pizza dan KFC
sekalipun kenyang, nikmatnya tetap berbeza


Kau Dan Aku: Yunizar Hussein dan M.Nasir  

 
kalau dengar lagu Syarifah Aini sekalipun
aku lebih gemarkan suaranya pada tahun 80-an
berbanding lagu-lagunya era 2000
walaupun ada Nurul dan Ajai yang sudahpun terpisah jauh cintanya
tetap juga tak sama dengan Uji Rashid dan Hail Amir

biarpun aku kagumi lakonan Azean Irdawati dan Fauziah Nawi
aku juga tetap sukakan nyanyian mereka
tetap tersendiri, tak ada yang mampu tandingi
sekalipun hanya nyanyikan lagu berjudul “Abang Bomba”
apalagi bila libatkan kemerduan tersendiri
Rafeah Buang tak akan sama dengan Azlina Aziz
yang sentiasa juga aku dengari sepanjang masa
tanpa jemu, tak pernah bosan biar berderet artis baru memunculkan diri
biarlah Siti Nurhaliza dengan lenggoknya yang tersendiri,
atau Fauziah Latiff yang sentiasa berduka dalam lagu
atau juga arwah Sudirman Haji Arsyad nan ceria berdendang
tak setanding dengan Jamal Abdillah dan Allycats
tak sepadan dengan M.Nasir dan Hattan

biarlah aku nampak klasik pada pandangan kalian
pada kaca mata manusia sekeliling
paling utama aku menikmatinya
aku sukakannya
aku damai berada di dalamnya
sesekali, seronok juga dengar lagu Hindustan
itu juga lagu-lagu nostalgia
Mohabbatein memang best, namun dah tentu tak setanding Sanggam
betul tak?


Ahad, 4 Disember 2011

Terkilan dengan Jaclyn Victor


PEINGATAN: Ini entri terlebih tarikh luput!
Semalam kelam kabut
macamlah aku yang berenang segala
selamatkan wanita yang terperangkap dalam banjir di Kajang
kelam kabut bila bandar Kajang tenggelam dek banjir
macamlah aku yang terperangkap kat Pasar Kajang yang tenggelam tu
ataupun tak boleh keluar masa shoping sakan
masa banjir kilat masuk hingga ke dalam bangunan Plaza Metro Kajang

masuk rumah dah jam sepuluh, makan roti serat Gardenia je
kunyah gitu sahaja dengan air sejuk, bolehlah tahan hingga pagi
sebelum lompat cari nasi lemak sambil datang pejabat
Oppppps! daku kerja semalam ya,
sampai petang...penat tau!

masa balik malam tu, tak sedarpun dah peringkat separuh akhir
Muzik-Muzik ke 26
nasib baik Cik Bintang cakap
dahlah ari tu, masa mereka umumkan 30 lagu
yang bersaing peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26, 2011
aku tak tahu bila (oooooohhhhh entah kenapa bab pertandingan nyanyi gini
kurang ambil berat sangat, tak pun masa tu
aku tengah berkelana di Semenyih dengan budak-budak tu
tak tahu apa berlaku dengan dunia

Kita tengok dulu 30 lagu yang bersaing
di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26, 2011 hari Jumaat lepas;




 



masa mengadap TV tu pun, sebenarnya semua dah selesai
aku tengok keputusannya ajelah diumumkan Cheryl Samad yang seksi itu
ini ajelah yang aku dapat pun;
senarai 12 lagu yang akan bertanding di peringkat akhir 
Muzik Muzik 26;



Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet 
(Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)




tau tak apa yang terkilan sangat?
nak dengar Jaclyn Victor nyanyi lagu Sedetik Lebih
terkilan nak dengar suara merdu Jaclyn Victor...bukannya apa!
Errrr Anuar Zain merajuk ke?
tak kan gara-gara lagu ini tidak diumum menang masa 
Anugerah AIM ke 18
lelaki kacak idaman Malaya tu merajuk
errrr patutnya Yuna yang merajuk kan
ye lah Lagu Penakut ditarik balik kemenangan 
AIM ke 18
apa-apa pun kedua-dua artis ni memang patut pun nak rasa hati
tak pernah berlaku dalam sejarah
kemenangan Anugerah AIM ditarik balik
kira cipta rekodlah tu
Errrrr...kenapa tah aku nak ulas panjang-panjang
pasal benda yang dah basi ni
macamlah ada orang nak baca dah.


hu hu hu ni dia yang aku terlepas sensangat nak tengok tu...




sebelum Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet
goyang lagu Kalau Berpacaran di pentas Juara Lagu AJL 26 
apa kata kita gelek dulu kat sini

 

Gelek, jangan tak gelek! yeeeehahhhhh!