Selasa, 29 November 2011

Aku Dah Menikmati Kemerdekaan


Dah Selasa. Cepat kan masa berlalu?
tak puas lagi qada tidur, dah kena kerja pulak
walaupun aku memang nak masa cepat berlari
namun pada masa yang sama,
nak juga masa jangan berputar
sangat banyak kerja aku belum siap
sangat banyak kerja aku bertimbun aku kena siapkan secepat mungkin
secepatnya!

Sabtu lepas, kakak dan abang ipaQ dah jejak kaki tanahair
alhamdulillah, balik dari tanah suci dengan ceria
dengan sihat juga
aku juga ceria sesangat walaupun memang letih

Jumaat malam, ambil budak-budak 4 orang tu
balik rumah mereka semula
siap dengan sayur dan lauk untuk masak esok
ingatkan semuanya dah makan, tak payah masak lagi
sebelum sampai rumah
ada yang mengadu belum makan
nasi dah habis rumah Pak Teh dia orang

walaupun badan dah berpeluh seharian
melompat sana sini ke hulu ke hilir dari pagi
kena juga tanak nasi dan goreng ayam kicap
setengah periuk langsai
bukan sebab masakan tu sedap
tapi perut dia orang yang kebulur.

esok pagi-pagi buta aku dah terpacak depan KLIA
setelah berkali-kali penerbangan kembali tertunda
akhirnya jam 6.40 pagi mereka mendarat juga.
jam 9 lebih baru sampai Semenyih
terus bertanjak silat berpancak bergusti di dapur
hanya ikan rebus dengan budu, sayur dan ulam timun
serta ayam goreng kicap yang sengaja aku banyakkan semalam
berselera pak haji dan mak haji makan
bertambah sakan, sebabnya: budu dan ikan rebus
dah terlalu rindu, lama tak jumpa

Jam 12.30 tengahari, hantar mereka semua ke KLIA sekali lagi
semuanya balik kampung
segala tanggungjawab yang aku pikul sepanjang 40 hari lebih itu
dah diserahkan semula
semua kad, duit, buku tabung haji dan buku catatan
berserta resit berkoyan
dan resit-resit susu kambing untuk dikey in
dah aku serahkan semula
bahu rasa ringan
mata pula yang rasa berat.

semua dah selesai, dah tamat, dah habis
anak buah aku mesti serik kena tinggal dengan aku
maklumlah, makcik ni memang garang dan cerewet
makcik ni memang brutal hu hu hu
Ahhhhhhhh aku dah merdeka!
nak raikan hari kemerdekaan ini dengan qada tidur yang panjang
Ohhhhhh dah lama impikan saat ni
la la la

Isnin, 28 November 2011

Hidup Tanpa Jam dan Cermin


dua perkara ini sangat mendera dalam hidupku
sebab itu kalau kalian datang rumah
dua benda ni sangat banyak kat rumah aku
selain pisau hu hu hu (senang nak halau ceti)

rasa macam ada sesuatu yang kurang
bila keliling kekuranga cermin dan jam
bukan sebab nak bercermin sepanjang masa
namun cermin bagi aku adalah:
alat yang akan memantulkan objek di hadapannya
dan cermin tidak pernah berdusta
tak pernah menyembunyikan apa-apa
daku memerlukan itu untuk “melihat” diri sendiri
jam bagi aku adalah: waktu dan masa
yang perlu aku penuhkan tiap detiknya
kerap kali tak terisi
kerap kali sangat melimpah dengan perkara nak dibuat
tampa jam, waktu bagai tak terkejarkan tak terkawal segala

jadi, usah dera aku tanpa dibekalkan cermin dan jam
daku akan hidup dalam kegelapan minda
tolonglah!

Ahad, 27 November 2011

Bloglist Bantu Kenalkan Blog


Ada banyak cara untuk dapat trafik
aku pernah tulis tentang cara tarik trafik ke blog sebelum ni
walaupun aku bukanlah jenis Gila SEO
namun salah satu cara yang juga berkesan untuk tarik trafik
dengan adanya link blog kita kat blog orang lain
ramai orang panggil bloglist
kalau blog tu blog yang popular
kemungkinan blog kita untuk dijangkiti aura popular tu besar juga
tak percaya?
Cuba kita masuk bloglist anastasyea reramai
dan lihat apa jadi?
 Jom!
Anastasyea sangat prolifik berblog
merata tempat boleh jumpa dia tinggalkan jejak
peramah menyapa walaupun secara maya
tengoklah berapa ramai rakan-rakan mayanya
Fuhhhhhh! memang kena booking belon besauuuuu punya
kalau nak buat hari keluarga ;)
tak lah macam aku
memang sombong secara realiti
maya pun juga kan kan kan kan?

tak hairanlah blog dia sangat cepat berkembang
jadi, bila dia buka tawaran untuk bloglist selama setahun
(biasanya sebulan je! sekarang dia tengah murah hati tu...)
apa lagi, terlompatlah aku terus hadap laptop
errrrr sebelum ni macam mana aku boleh tahu ya
kalau tak hadap lap top? huh! sila abaikan ayat kantoi itu!

sebagai sokongan kepada blogger anastasyea
yang comel manis cantuk ayu lawa molek
maka entri ini khusus untuk membantunya meningkatkan trafik dan klik klik
like like sila ya…kalaupun tak nak masuk dalam bloglist
tak salah bantu dia klik klik like like entrinya
yang masuk kontes di Denaihati.com
kalau dapat kamera besar gedabak tu
bolehlah pinjam barang setahun dua ya Anastasyea
hu hu hu mahu aku dapat pelangkung nanti

apa salahnya dia menang,
si manis ni pandai ambil gambar
cantik-cantik pula tu
bukannya macam aku
harapkan gaya je lebih; tonggek sana tonggek sini
hasilnya; tak cukup makan hu hu hu

kepada anda yang nak masuk dalam bloglist Anastasyea cik adik manis ni
blog anda akan disenaraikan selama setahun
FUYOOOOOOOO lama tu….
Errrr aku nak mintak 5 tahun, boleh tak?
rasanya-rasanya dapat penampar Jepun ke Selipar Jepun?
Jom! ramai-ramai serbu terjah blog dia
dan tengok apa syarat-syaratnya.

Aku dah join...kalian tak nak ke?


Sabtu, 26 November 2011

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah



Salam maal hijrah 1433 hijrah/maal hijrah 2011M. Selamat bercuti juga.  
hari ini 30 Zulhijjah 1432H. Dah boleh baca doa akhir tahun
dibaca selepas waktu asar pada 30 Dzulhijah
moga-moga setahun yang berlalu itu beri kita banyak pengalaman
banyak pengajaran, banyak iktibar juga

walaupun tak ada mana-mana nas atau hadis sahih
tentang hal baca doa awal dan doa akhir tahun sebegini
bagi aku, tak ada salahnya buat benda yang baik
kesannya pada jiwa juga
paling tidak, jadi azam yang dikukuhkan
lebih baik dari sambut tahun baru dengan upacara terkinja di dataran
sambil bazirkan duit bakar bunga api
selagi bukan kurafat (jumpa bomoh ramai pulak tak nak pertikai
baca doa awal tahun dan doa akhir tahun pulak depa nak pertikai)
apa salahnya kita amalkan
ini pendapat pribadi, tak ada paksaan untuk kalian
tak suruh anda juga buat
sendereyyyy mau ingat kalau ikut kata Nabil yang dah tak glamer tu

Doa Akhir Tahun


 sumber: Mumycute

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW, 
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini 
daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya 
dan aku belum bertaubat daripadanya. 
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. 
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku,
tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat 
selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.


Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. 
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya 
dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. 
Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! 
Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia 
agar Engkau menerima taubat itu dariku 
dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu 
Wahai Yang Maha Pemurah.


Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, 
ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya 
dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


selepas waktu maghrib pada 1 muharram pula
boleh baca doa awal tahun
moga-moga tahun baru yang bakal kita hadapi
berjaya kita harungi dengan sabar dan tabah
berjaya kita jalani dengan kuat dan bersemangat
moga-moga juga
kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang
mampu kita lakarkan


Doa Awal Tahun
  

sumber: Mumycute
Maksudnya:
 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW, 
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, 
yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu 
yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan 
ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.


Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini 
dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya 
dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan 
dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu 
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.



Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi 
dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. 
Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga d
an sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


aku suka dengan tulisan MumyCute tentang doa awal dan akhir tahun. 
Bolehlah terjah blog comelnya tu ya…


Apa Makna Maal Hijrah Buat Kalian?

Tiap kali maal hijrah datang,
lagu ini akan berkumandang dengan penuh semangat
aku nyanyikannya sejak zaman sekolah
kemudian nyanyikan dalam dewan peperiksaan
masa kalut jawab kertas Pengajian Islam
selain nasyid tentang haji
masih ingat liriknya?
Jommmm dengar dan nyanyi ramai-ramai;

 

Apa makna hijrah bagi kalian?
cuti? boleh rehat di rumah?
boleh sambung cuti kemudiannya?
ataukah, berarak dengan baju melayu nan indah?
sila baca penjelasan Dr.Maza tentang tahun Hijrah
kalau timbul kekeliruan tentang Muharram bulan Rasulullah Hijrah 
Muharram adalah bulan untuk tentukan tahun baru Hijrah ya
minda kena mantap kefahaman ni
kang salah tafsir pula
dah lama dah salah tafsir ni ditanam dalam kepala orang kita

Selamat tahun baru 1433 Hijrah
moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas
moga tahun ini lebih ceria berbanding tahun sudah
moga kejayaan lebih besar dicapai berbanding tahun sudah
moga akan lebih bahagia

Untuk aku: selamat menyambut ulangtahun kelahiran
jangan marah ya, aku sambut ulang tahun dua kali dalam setahun ;)
sila potong kek untuk aku dua kali juga ya...
ada sesiapa nak ikut jejak?