Salam maal hijrah 1433 hijrah/maal
hijrah 2011M. Selamat bercuti juga.
hari ini 30 Zulhijjah 1432H. Dah
boleh baca doa akhir tahun
dibaca selepas waktu asar pada 30 Dzulhijah
moga-moga setahun yang berlalu itu
beri kita banyak pengalaman
banyak pengajaran, banyak iktibar juga
walaupun tak ada mana-mana nas atau
hadis sahih
tentang hal baca doa awal dan doa akhir
tahun sebegini
bagi aku, tak ada salahnya buat
benda yang baik
kesannya pada jiwa juga
paling tidak, jadi azam yang
dikukuhkan
lebih baik dari sambut tahun baru
dengan upacara terkinja di dataran
sambil bazirkan duit bakar bunga api
selagi bukan kurafat (jumpa bomoh
ramai pulak tak nak pertikai
baca doa awal tahun dan doa akhir tahun pulak depa nak pertikai)
apa salahnya kita amalkan
ini pendapat pribadi, tak ada
paksaan untuk kalian
tak suruh anda juga buat
sendereyyyy mau ingat kalau ikut
kata Nabil yang dah tak glamer tu
Doa Akhir Tahun
sumber: Mumycute
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan,
apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini
daripada perkara-perkara yang Engkau
tegah daripada aku melakukannya
dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan
Engkau tidak redha dan tidak melupakannya.
Dan aku telah melakukannya di dalam
keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku,
tetapi Engkau mengilhamkanku
dengan taubat
selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya
aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang
demikian daripada apa yang Engkau redhainya
dan Engkau menjanjikanku dengan
pahala atas yang sedemikian itu.
Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan!
Wahai yang Maha Pemurah!
Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia
agar
Engkau menerima taubat itu dariku
dan janganlah Engkau menghampakan harapanku
kepadaMu
Wahai Yang Maha Pemurah.
Dan Allah
berselawat ke atas penghulu kami Muhammad,
ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya
dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
selepas waktu
maghrib pada 1 muharram pula
boleh baca doa awal tahun
moga-moga tahun baru yang bakal kita
hadapi
berjaya kita harungi dengan sabar
dan tabah
berjaya kita jalani dengan kuat dan
bersemangat
moga-moga juga
kejayaan yang lebih cemerlang dan
gemilang
mampu kita lakarkan
Doa Awal Tahun
sumber: Mumycute
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan
sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan,
Engkaulah yang kekal abadi,
yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu
yang
besar dan kemurahanMu yang melimpah dan
ini adalah tahun baru yang telah muncul
di hadapan kami.
Kami memohon
pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini
dari syaitan dan
pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya
dan juga pertolongan terhadap diri
yang diperintahkan melakukan kejahatan
dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan
Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi
dan Allah berselawat ke atas
penghulu kami Muhammad.
Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga d
an
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
aku suka dengan
tulisan MumyCute tentang doa awal dan akhir tahun.
Bolehlah terjah blog
comelnya tu ya…