Jumaat, 25 November 2011

Bila Tak Komen, Bukan Bermakna Aku Tak Baca


dunia blogging adakalanya sangat aneh
ramai yang seronok bila folower ribu riban
padahal bukan semua orang yang ikut kita tu
datang setiap hari baca apa yang kita tulis
atau ada juga yang sangat kembang hidung
bila setiap entri dapat komen juta-juta lemon
walaupun catatannya sekadar dua patah kata
mengatakan “sibuk hari ni”
ada juga yang sibuk menarik trafik datang berbondong
setiap hari

kalau kalian mengharapkan
aku sentiasa meninggalkan komen setiap kali menjengah blog
lupakan sahaja dahulu
kerana jarang benar angin ingin menonjol diri menghasut hati
ada masa kalian tak akan tahupun aku jengah
sampaiku tanpa log in pun
hanya dapat dikesan ip adress sahaja
itupun sentiasa berbeza IPnya dari tempat berbeza juga
mana aku ada IP yang tetap hu hu hu
yang utama, daku tahu perkembangan rakan-rakan
biarpun nampak macam skodeng tanpa salam

biarpun tanpa komen
tidak bermakna daku tidak sampai ke blog kalian
ada masa menjadi bisu lebih indah
dari riuh berkicau
ada masa menjadi senyap itu lebih mesra
berbanding menabur bisa sepanjang langkah

Bila tak komen, bukan bermakna aku tak baca
paling utama, khabar kalian daku tahu
andai suatu hari
kalian rasa memerlukan khidmatku
memerlukan pandangan dan bantuan fikirku
usah segan untuk sms (bagi yang ada nombor telefon)
usah takut untuk emel atau tinggalkan pesan di FB
insyaAllah, selagi daku masih temanmu
biarpun hanya di maya alam
takat terdaya akan diusahakan.

Bila tak komen, bukan bermakna aku tak baca blog kalian,
ingat tu!

Selamat berhari Jumaat

PsssT: SEPATUTNYA tengah malam semalam (pagi sebenarnya), kakak, abang ipar dan ibu bapanya sudah selamat tiba di tanahair. Sangat gembira. Kuasa telah kuserahkan semula. Aku dah BEBAS! Yahuuuuuuuuuuuuu! TAPI...tunda. Tak tahu bila tarikh yang pasti. Huh! dah tak sabar sangat-sangat ni!


Khamis, 24 November 2011

Intai Daku Antara Nampak Kala Hati Rindu-rinduan

Mmmmmmm ada jugak ek
yang datang sini dok skodeng mengintai
 intai siapa tu?

masa sekolah dulu-dulu
sangat suka aku dengar lagu ni
masa tu ada radio buruk aje
pakai bateri cap kucing hitam
dah habis bateripun masih lagi usaha nak guna
jemur tengah panas hu hu hu 
sama tak macam dalam filem Laskar Pelangi tu?

jom lah layan lagu cintan cintun rindu dendam
teruna dan dara
aku jadi tukang sibuk je 
entrem kat sini...


Rabu, 23 November 2011

Keputusan Perlawanan Bola SepaK Sukan Olimpik Malaysia lawan Syiria


penat menelan Garuda yang patah sayap dalam sukan SEA 2012 belum habis lagi
Harimau Muda bertarung pula dengan Syiria
kesian sangat kat mereka ni
penatpun belum habis lagi
letihpun belum kebah lagi
hari ini ligat semula tengah padang kejar bola

walaupun penat, letih, tak larat dahhhh…
sangat bangga dengan kelincahan Harimau Malaya
sekalipun mereka banyak bertahan, semua serbu depan gol
semua nak bantu Khairul Fahmi a.k.a Apek
hinggakan pertahanan tak dan nak buat serang balas
aku tetap bangga dengan mereka

sekalipun saiznya berbeza
panjang kaki juga berbeza
Harimau Muda tetap mengaum hebat
sekalipun Harimau Muda gagal mendapat apa-apa gol
Syiria berjaya membolos dua gol dalam
Perlawanan kelayakan Bola SepaK Sukan Olimpik 2012
aku tetap kagum dengan Apek a.k.a Khairul Fahmi
yang banyak kali menyelamatkan gawang

sekalung tahniah tetap ada untuk Harimau Muda
mereka tetap nampak kacak sekalipun keletihan
keputusannya;
Malaysia Kosong
Syiria Dua

Kontrol Macho Sekali Sekala

Saya yang hensem ni nama Amir

selalu buat muka sampai tercantum kening, bajet comel konon!

Ngantokkkk laaa...tak sempat kunyah kopok lekor!

nampak tak?

Nak close up dakkkk???

.

.

.

.

.

.
.
.
.
.
.
.


taaaaaadaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
chumil tak saya?



Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sila jangan amalkan, tercekik semua orang susah!

Selasa, 22 November 2011

Bola SepaK Sukan SEA 2011: Malaysia Juara!


sepanjang malam gempita dengan jerit sorak
pekik lolong penonton tv yang menyaksikan
perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011
antara Malaysia dan Indonesia
berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta
panas! gamat! gawat juga!

biarpun terkejut dengan gol pertama Indonesia
melalui jaringan Gunawan seawal minit perlawanan
namun pasukan negara dan penyokong
mendapat semangat baru bila Malaysia menyamakan kedudukan
melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35

sepanjang perlawanan yang sengit tu
sambil sorak sambil kena kacau dek Amir
yang sangat suka tutup TV masa semua mata tegak tengok skrin
sambil kejar Amir yang sangat suka ganggu konsentrasi orang
gangguan itu lebih mencabar
berbanding asakan demi asakan di hadapan pintu gol Malaysia
Errrr aku sangat yakin Khairul Fahmi mampu beraksi hebat
tak risau sangat
ternyata, dia sangat bergaya malam ni
Harimau Muda Malaya menang dengan penuh gaya dan pesona!

kagum dengan semangat warga Malaysia yang sangat teruja
dengan perlawanan kali ini
satu taman riuh rendah bersambut sorak
anak bujang bersorak gamat, anak gadis bersorak nyaring
dan pembaca berita di TV3 lebih awal lagi
pamerkan semangat kesukanan itu
baca berita pakai jersi Harimau Malaya
tak pernah ada sebelum ini

akhirnya, Malaysia juara bola sepak Sukan SEA 2011
apabila menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3
setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang perlawanan
tahniah Harimau Muda!
Tahniah Khairul Fahmi a.k.a Apek juga jadi pujaan hati
sangat kerap menyelamatkan gawang negara

kalaupun malam nanti pasukan bola sepak negara 
perlu naik kereta kebal lagi sekali
naik ajelah, bukan semua orang ada peluang naik kereta kebal
tambah pula
kemenangan bergaya itu memang sangat patut 
satu Malaysia doakan kejayaan ini
satu Malaysia memberi sokongan
satu Malaysia berasa bangga dengan kemenangan tersebut
Errrr....esok cuti tak?
cuti hari Rabu tak boleh ek? esok banyak kerja nak kena siap
hari Rabu ada meting,
malaslah pulak nak mesyuarat begitu
cutilah weh! cuti lah!
kan dah menang tu!

Ohhhhh Malaysia akhirnya mendapat pingat emas
kerana memenangi perlawanan peringkat akhir perlawanan bola sepak
sukan SEA 2011 apabila menewaskan Indonesia 4-3
aku sangat bangga ni hu hu hu