Ahad, 20 November 2011

Bila Rindu, Ingin Aku Tenggelam Dalam Dakapanmu


aku rindukan Bangi yang tertinggal di belakang
rindu kuntum-kuntum bounggavilla di laman
yang menggugurkan kuntum-kuntum ceria di perdu
dan daun-daun juga berserakan
hanya angin malam menyapu titis embun bersamanya

aku rindukan tilam kusam
yang tertinggal baunya disela-sela jendela
dek usap harum lilin lavendar
aku rindukan empuk bantal yang bersiratan
peta dunia di bawah sampul hijau bemban itu
atau sebenarnya teringatkan
hangat selimut yang sentiasa menemai
biarpun panas membahang dek hangat mentari
yang sentiasa mencuri menyebarkan hangatnya
seluruh kamar siang harinya
saat malam,
ruang yang sama dingin bertemankan
suhu rendah ciptaan manusia
namun, aku tetap rindu untuk diam di dalamnya.

sebenarnya, aku sudah terlalu rindu Bangi
rindu kekalutannya
rindu kehidupan hariannya
rindu jua peraduan yang sentiasa mengulit malamku
biarpun empuknya tidak setara mana.

Nak balik Bangiiiiiiii!
Opssssss! aku dah balik Bangi
dah tidur dengan bantal buchuk juga
dah lompat baring atas tilam masam ni juga
ooohhhhhhh inilah antara nikmat dunia yang payah dilupa
dan usah pula mahu hapuskan dari ingatan 


PsssT:
perasan tak tarikh cantik hari ni? 20.11.2011?
lagi cantik dari 11.11.11 hu hu hu
ni bukan nombor ekoQ ya...harap maklum ;)

Sabtu, 19 November 2011

Paling Jauh Tumpah Kuahpun, Ke Meja Je!


orang kata, kuah akan tumpah ke nasi
orang kata, murid akan ikut cara guru kencing
(ngendap cikgu kencing apa! kalau tak, mana tahu?)
kalau dah tahu begitu
mengapa kuah itu sangup dibazirkan
dan tumpah ke meja?
mengapa guru masih juga berlari masa nak kencing?

kalau kita ibu bapa yang tamak
usahlah marah anak bila suatu hari nanti
dia juga jadi seorang yang lebih haloba dari kita
kerana mereka melihat semua hal kita lakukan
sepanjang hidup mereka
dan menganggap apa yang kita buat itu betul
maknanya: tidak salah... lalu contohinya.

kalau tak nak anak kita jadi manusia tamak dan haloba
dan mementingkan diri sendiri
kita dahulu yang tidak boleh tamak
dan mementingkan diri sendiri
agar nanti
kuah yang kita ada itu tumpahhhnya ke nasi
bukan ke meja
(bertambah kerja pulak kena lap meja)

Jumaat, 18 November 2011

Graduasi Pada Hari Terakhir Sesi Persekolahan


alhamdulillah, masa bang subuh berkumandang di bumi Semenyih
aku baru emelkan kerja yang sepatutnya kena hantar dua hari lepas
ohhhhhh! sila jangan ikut perangai kelam kabut ni
hingga terbabas hari 
Errrr….bukan selalu ke buat macam tu hu hu hu
macam manalah nak jadi pekerja cemerlang kalu gitu
ya tak?
dah tu, bila boss tak nak naikkan pangkat
moncong panjang sedepa pulak kan hu hu hu

semalam, keputusan peperiksaan UPSR 2011 telah diumumkan
lencun basah berjeruk bermandikan peluh
aku menunggu di sekolah angah
tak pergi, kesian pulak kat dia
dah lah kena tinggal dek ayah dan ummi
ada makcik seorang pun liat nak pergi dan
kongsi suka duka terima keputusan peperiksaan pertama
dalam hidupnya

jadinya, biarpun aku tersangat banyak kerja nak kena siap
nak kena hantar cepat juga kerja tu
aku gagah juga pergi sekolahnya
dan alami suasana riang ria duka nestapa
kanak-kanak ribena dan mak bapak ribena juga
ramai anak-anak tak kesah sangatpun pasal keputusan tu
berseronok dengan kawan-kawan untuk dua hari terakhir persekolahan
(namun, ada juga yang terlolong tak puas hati dengan keputusan mereka
ahhh...baru UPSR dik, akak dulu tak sedarpun dah TERPERIKSA,
sedar-sedar dah dapat keputusan hu hu hu)
malah, aku nampak mak bapak mereka yang terlebih berdebar dan tak sabar menunggu
jam dua belas baru dapat keputusan dari cikgu di kelas masing-masing
lebih kurang 26 orang sahaja murid sekolah ni dapat 5A
73 orang lagi 4A 1B
Angah? Taklah tersenarai dalam 26 orang itu
tetapi melayang jugalah duit bonus aku hujung tahun nanti
anak-anak buah aku memang dah tahu
makciknya ni akan menyumbang seratus ringgitbagi setiap A 
yang mereka kutip dalam peperiksaan penting sebegini
tahun ni…ohhhhhhh agak kempis jugalah poket aku hu hu hu 
(tak bolehlah aku joli beli telefon baru ek...)

Pada hari terakhir sesi persekolahan ini
sekolah angah adakan hari graduasi
huh! masa aku sekolah dulu, mana ada benda alah begini
kenapalah sekarang ni nak kena ada?
berapa juta kali dalam hidup nak graduasi ni hu hu hu
anggap ajelah itu pernyataan cemburu seorang makcik
yang akan kehilangan masa qada tidurnya
dan kekempisan poket juga biarpun dapat bonus
hujung tahun nanti hu hu hu

jadinya, hari ini…
aku akan sama-sama dengan ibu bapa yang lain
yang ada anak-anak sekolah tahun enam
ke sekolah angah untuk tengok dia graduasi
bukan senang nak ada pengalaman ni kan?
bukan semua orang boleh ada pengalaman ni kan?
nak harapkan anak aku akan graduasi ketika tahun enam
lambat sikit nak harap sebab 
nak cari calon untuk bapak kepada anakpun
tak sempat hu hu hu

Beratur Ramai-ramai Terima Keputusan UPSR 2011 Hari Ni


Hari ni dah 17 november 2011
terlalu cepat rasanya masa berlalu
dah pun sampai hujung tahun
padahal, aku masih lagi cuti rehat untuk tahun lepas
adusssssssssssss! hidup ni memang kelam kabut kan?
hidup aku je... hidup orang lain aman damai!

hari ini juga keputusan UPSR akan diumumkan
semua pelajar yang terlibat tengah berdebar-debar menanti
lagi kalut ibu bapanya
jadi…kepada semua pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang
dalam peperiksaan UPSR 2011
tahniah diucapkan
tahniah juga kepada ibu bapa mereka
juga guru-guru mereka
tanpa gabungan usaha semua pihak
kejayaan tak akan digapai sebegitu

namun, kepada yang mendapat keputusan tidak seperti diimpikan
(ucapan skima memang macam ni…)
ini bukanlah noktah hidup ya adik-adik
baru darjah enam
masa masih panjang untuk bergelar pelajar
masih boleh cuba dengan lebih baik
dalam peperiksaan penting pada masa depan ya
jangan bunuh diri pulak!

ketika entri ini disiarkan
daku tengah beratur bersama budak-budak kat sekolah SRK Rinching
untuk sama-sama dapatkan keputusan UPSR 2011
siapa kata orang belum kahwin tak boleh ada momen
menerima keputusan UPSR hu hu hu
Opsssss! ini bukan bermakna
aku ada anak luar nikah
anak itu ada mak bapaknya tengah keliling Kaabah
sebelum balik minggu depan

hah???? minggu depan?
wahhhhhhhh tak sabar nak tungu hujung minggu depan
aku pulak yang lebih kan?
dia orang ni nampak macam biasa aje pun!

Rabu, 16 November 2011

Bergelumang Pasir hingga Senja