orang kata,
kuah akan tumpah ke nasi
orang kata,
murid akan ikut cara guru kencing
(ngendap
cikgu kencing apa! kalau tak, mana tahu?)
kalau dah
tahu begitu
mengapa kuah
itu sangup dibazirkan
dan tumpah
ke meja?
mengapa guru
masih juga berlari masa nak kencing?
kalau kita
ibu bapa yang tamak
usahlah
marah anak bila suatu hari nanti
dia juga
jadi seorang yang lebih haloba dari kita
kerana
mereka melihat semua hal kita lakukan
sepanjang hidup
mereka
dan
menganggap apa yang kita buat itu betul
maknanya: tidak salah...
lalu contohinya.
kalau tak
nak anak kita jadi manusia tamak dan haloba
dan
mementingkan diri sendiri
kita dahulu
yang tidak boleh tamak
dan
mementingkan diri sendiri
agar nanti
kuah yang
kita ada itu tumpahhhnya ke nasi
bukan ke
meja
(bertambah
kerja pulak kena lap meja)