Memaparkan catatan dengan label bila merindu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bila merindu. Papar semua catatan

Ahad, 20 November 2011

Bila Rindu, Ingin Aku Tenggelam Dalam Dakapanmu


aku rindukan Bangi yang tertinggal di belakang
rindu kuntum-kuntum bounggavilla di laman
yang menggugurkan kuntum-kuntum ceria di perdu
dan daun-daun juga berserakan
hanya angin malam menyapu titis embun bersamanya

aku rindukan tilam kusam
yang tertinggal baunya disela-sela jendela
dek usap harum lilin lavendar
aku rindukan empuk bantal yang bersiratan
peta dunia di bawah sampul hijau bemban itu
atau sebenarnya teringatkan
hangat selimut yang sentiasa menemai
biarpun panas membahang dek hangat mentari
yang sentiasa mencuri menyebarkan hangatnya
seluruh kamar siang harinya
saat malam,
ruang yang sama dingin bertemankan
suhu rendah ciptaan manusia
namun, aku tetap rindu untuk diam di dalamnya.

sebenarnya, aku sudah terlalu rindu Bangi
rindu kekalutannya
rindu kehidupan hariannya
rindu jua peraduan yang sentiasa mengulit malamku
biarpun empuknya tidak setara mana.

Nak balik Bangiiiiiiii!
Opssssss! aku dah balik Bangi
dah tidur dengan bantal buchuk juga
dah lompat baring atas tilam masam ni juga
ooohhhhhhh inilah antara nikmat dunia yang payah dilupa
dan usah pula mahu hapuskan dari ingatan 


PsssT:
perasan tak tarikh cantik hari ni? 20.11.2011?
lagi cantik dari 11.11.11 hu hu hu
ni bukan nombor ekoQ ya...harap maklum ;)