Isnin, 14 November 2011

Jom Jadi Ahli Perpustakaan Negara Malaysia


Perpustakaan Negara Malaysia terletak di
232, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
operasinya adalah seperti berikut;
Waktu Pejabat :
Isnin hingga Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang

Waktu Perkhidmatan untuk Umum :
Selasa hingga Sabtu10.00 pagi - 7.00 petang
Ahad 10.00 pagi - 6.00 petang
Isnin dan Cuti Umum Tutup
jadi jangan dok gatai nak pi hari Isnin hu hu hu

Perkhidmatan Perpustakaan di Menara PNM yang ditawarkan adalah;

Aras G - Aras 5 Tempat Letak Kereta
Aras 6 Pusat Maklumat Malaysiana Surat Khabar Jurnal Majalah
Aras 7 Pusat Maklumat Malaysiana Koleksi Monograf
Aras 8 Pusat Maklumat Malaysiana Koleksi Peta Koleksi Arkib Koleksi Fana Kafeteria
Aras 9 Pusat Maklumat Malaysiana Koleksi Perundangan Warta (Warta Kerajaan) 
Koleksi Terbitan Kerajaan (Laporan Tahunan/Statistik)
Aras 10 Pusat Maklumat Malaysiana Koleksi Nadir Koleksi Khas Peribadi
Aras 11 Pusat Manuskrip Melayu
banyak buku-buku Melayu termasuk novel kat aras ni
rasa macam nak bertapa je tang ni

Perkhidmatan Perpustakaan di Anjung Bestari
Aras G Perkhidmatan Pinjaman Kanak-kanak Sudut Komputer Sudut Sudut Muzik Cerita
Aras 2 (Blok Tengah) Zon Siber Perkhidmatan Internet Perkhidmatan Kesetiausahaan
Perkhidmatan Cetakan
Aras 3 (Blok Tengah) Perkhidmatan Maklumat Perniagaan (BIS),
Pusat Maklumat Luar Negara Koleksi Monograf Luar Negara 
Koleksi Khas Perkhidmatan Bilik Karel Harvard Perkhidmatan Fotokopi
Aras 4 (Blok Tengah) Pusat Maklumat Luar Negara Koleksi Terbitan Bersiri Luar Negara 
Koleksi Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Koleksi Khas ASEAN
Aras 4 (Blok Timur) Pusat Hipermedia Dewasa  Koleksi Sumber Elektronik 
Pekhidmatan Internet Pembelajaran Interaktif (i-Learning) Audio and Video on Demand 
Tayangan Filem Tayangan Astro

Perkhidmatan Perpustakaan di Wisma Sejarah
Aras 3 dan 4 Perkhidmatan Pinjaman Dewasa
kalau nak pinjam buku
sila datang ke blok ini ya
letaknya di belakang banguna utama
kena lintas tempat letak kereta dulu


Pendaftaran keahlian secara online
daftar je sebelum pergi atau boleh daftar sendiri di sana
dalam masa 5 minit dah boleh pinjam buku
sangat cepat!
kami dah daftar…dah dapat pinjam buku.
3 buah buku setiap orang untuk tempoh tiga minggu
Jommmmm, jadi ahli
ramai-ramai serbu PNM
ramai-ramai pinjam buku
ramai-ramai baca buku


Pssst: Hari ni peperiksaan SPM 2011 bermula. Seramai 468,808 calon akan menduduki peperiksaan SPM hari ini hingga 14 Disember ini di 3,533 pusat peperiksaan di seluruh negara dengan kertas Bahasa Melayu Kertas I dan II serta mata pelajaran Pendidikan Seni Visual-Teori Seni Kertas I. Selamat maju jaya kepada adik-adik kita yang perlu berjuang bermula hari ini. Apa yang kita bina hari ini menentukan arah kehidupan masa hadapan.

Ahad, 13 November 2011

Telah Kutinggalkan Kota Indah Ini

Tiga hari menghuni di sini
penuh dengan kesibukan sempena
sambutan hari keputraan Sultan Kelantan
Sultan Muhammad ke V yang berlangsung pada tarikh nan indah
11.11.11



di sini semua penerima pingat kebesaran menghuni
aku yang tidak gemarkan suasana ramai orang
rasa sedikit tidak selesa

petang semalam, kekalutan, kesibukan dan suasana yang sibuk itu
telah kutinggalkan
ketika semua para penerima anugerah kebesaran
pulang semula ke hotel penginapan
jam 3.30 petang
sementara aku kalut mengejar belon balik Bangi

Ahhhh bumi Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang
akhirnya kutinggalkan tanpa sempat jumpa
Kuih Peria (Wah Puya)
hanya sempat mengadap Tapai Ubi Kayu Goreng
dan sarapan Nasi Dagang di hotel berbintang-bintang
tanpa rasa sejati nasi dagang yang kuimpikan.

Sabtu, 12 November 2011

Kenapa Ayah Tak Bawak Kita?

masa sampai rumah hari Selasa lepas 
Najman dan Siti tak ada,
kena angkut dek makcik pakciknya sebelah ayah depa ke Tanah Merah
beraya di sana hingga ummi dan ayah depa ni balik
sunyi senyap seketika dunia Mek
bila dua orang cucu keletahnya
kena angkut pergi

Rabu petang, tetiba mereka berdua  dihantar semula
makcik pakcik yang jaga depa ni perlu ke KL
dengan urusan keluarga yang tetiba mengejut
malamnya, aku tunjukkan dia orang berdua
gambar-gambar dirakamkan 4 abang dan kakak
yang tinggal di Semenyih tu
ingatkan, mereka seronoklah tengok gambar begitu
memangpun mereka gembira
tapi bila Najman tanya “Kenapa Ayah Tak Bawak Kita?
dah lama kita tak pergi..”
tersentap jugak aku
“Nanti ayah bawak Najman dengan Siti pulak pergi”
aku cuba nak legakan dia orang
“Macam mana nak bawa?”
“Macam mana nak pergi?”

Opssss!
agaknya dia orang rasa hati tak kena tinggal bersama nenek?
nak tebus rasa bersalah
aku bawa mereka ke Pantai Irama, Bachok
bergelumang main pasir dalam debur ombak
macam anak itik jumpa air! Nasib baik ada Mak Long yang teman...

nampak sangat mereka gembira…
kan? kan?

Jumaat, 11 November 2011

Negeri Kelate Comey Senghoti

Sejak Selasa
aku dah pijak bumi Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang
dah ramai balik KL daku baru nak merasa balik kampung
selain jumpa ayahbonda di Aidiladha yang tinggal hanya sehari lagi TasriQnya
aku mengidam nak cari kuih buah peria (Wah Puya)
kalau jumpa
nak sebat sampai 5 biji hu hu hu 
kalau jumpa
kalau tak...tak ada rezekilah nampaknya!

sementara aku masih di sini
sedang nikmati segala kenikmatan kala kalian balik kampung juga
jadi...supaya kalian tak rindu
kutinggalkan video ni sebagai teman
Selamat hayati ;)


Nak lagi?
jom sambung dikir...

Rabu, 9 November 2011

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012


Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dipelawa memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012. 

Syarat-syarat Umum: 
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
  • Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik. 
Cara Memohon:
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
  • Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
  • Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.


kepada adik-adik yang berminat, bolehlah memohon untuk mengikuti pengajian di sekolah teknik dan vokasional berkenaan.