Murid-murid yang menduduki
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dipelawa memohon ke Kolej Vokasional (KV),
Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi
pengambilan tahun 2012.
Syarat-syarat
Umum:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
- Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
- Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
- Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.
Cara Memohon:
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
- Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
- Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.
kepada adik-adik yang berminat, bolehlah memohon untuk mengikuti pengajian di sekolah teknik dan vokasional berkenaan.