Wah! tengokkan tajuk, macam
suspen kan?
siapa tah nak suspen kalau semua
orang tengah berghumbira
melapah daging korban menghirup
sup gearbox
aku ajelah pun nak buat-buat
suspen adanya hu hu hu
kisah entri ini bukanlah baru berlaku
aku pernah cerita dalam beberapa
entri lepas
sebab tak mampu nak tinggal
sensorang di Bangi
dengan kos sewa kawasan rumah aku
ni sekitar RM1200 sebulan
maka aku putuskan untuk sewakan
tiga bilik lain
macam-macam perangai orang pernah
aku jumpa
ada yang pembersih dan suka
mengemas
(ini aku sangat suka, kalau boleh
nak buat adik ipar)
tawaduk sementara menunggu musim
gaji
pendek mata, macam-macam yang aku
jumpa
akan kita nampak
cik adik manis yang molek berhias
lembut manis itu
tidak seperti yang kita temui
semasa bertembung dijalanan
tidak sewangi tatkala berpapasan
sejak awal bulan lepas
aku memang berkampung di rumah
kakak di Semenyih
kalau tak guna kuasa Veto, memang
huru hara dan lingkup aku
Sepanjang masa aku di Semenyih
hanya sekali sekala sahaja
singgah rumah di Bangi
pada waktu kerja
bermakna; manusia dalam rumah ni
anggap aku tak balik terus
Lantai, usah cakaplah…memang
melekit dan berhabuk
sebab bukan aku yang nak pijak
buat tak tahu sahaja
hanya ambil barang-barang yang
perlu
dan balik Semenyih semula
bila semua orang balik kampung
beraya Aidiladha
aku balik Bangi
macam biasa, lantai tetap lekit
walaupun minggu lepas adik dah mop
(sayang sangat kaki Amir, tak mau
kotor)
kipas kat depan TV dah ghaib
hendap sana sini…jumpa kat salah
satu bilik
bila adik anak beranak datang
beraya pada Aidiladha
pinggan nak guna tak cukup
kenalah ngendap lagi
tahu berapa banyak yang kena
kidnap masuk bilik?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
8 pinggan
2 mangkuk besar
5 mangkuk kecil
1 piring
2 taperware besar
2 taperware kecil
hambek kau!
padanlah rak pinggan kat dapur kosong
sejak bila ntah
berpindah lokasi ke dalam bilik
dibuat macam
harta sendiri pulak
maaflah, aku
ceroboh masuk tanpa izin
macam dikau
angkut masuk tanpa izin juga
Bukan tak bagi
guna,
tapi kalau dah
tahu guna harta benda orang
walaupun bukan
dibuat dari emas dinar
buatlah cara macam
guna harta benda orang
bukan buat macam
harta benda sendiri!