Jumaat, 11 November 2011

Negeri Kelate Comey Senghoti

Sejak Selasa
aku dah pijak bumi Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang
dah ramai balik KL daku baru nak merasa balik kampung
selain jumpa ayahbonda di Aidiladha yang tinggal hanya sehari lagi TasriQnya
aku mengidam nak cari kuih buah peria (Wah Puya)
kalau jumpa
nak sebat sampai 5 biji hu hu hu 
kalau jumpa
kalau tak...tak ada rezekilah nampaknya!

sementara aku masih di sini
sedang nikmati segala kenikmatan kala kalian balik kampung juga
jadi...supaya kalian tak rindu
kutinggalkan video ni sebagai teman
Selamat hayati ;)


Nak lagi?
jom sambung dikir...

Rabu, 9 November 2011

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012


Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dipelawa memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012. 

Syarat-syarat Umum: 
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
  • Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik. 
Cara Memohon:
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
  • Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
  • Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.


kepada adik-adik yang berminat, bolehlah memohon untuk mengikuti pengajian di sekolah teknik dan vokasional berkenaan. 

Selasa, 8 November 2011

Pertandingan Fotografi Produktiviti MPC 2011

kepada penggemar fotografi, kaki snap gambar
inilah masanya menguji kreativiti dan kehebatan anda
sambil uji bakat, sambil masuk pertandingan…
mana tahu ada rezeki boleh dapat hadiah lumayan juga
paling best

nak tahu cara dan syaratnya bolehlah terus
ke CALLING FOR PRODUCTIVITY PHOTOGRAPHY CONTEST 2011
tarikh tutup penyertaan adalah 31 Disember 2011
tunggu apa lagi?
Takkan Eelobor tak nak cuba
kan kamera besau ada, bakat besau juga ada,
mana tahu boleh dapat hadiah besau pulak!
sila kongsi bila dah dapat nanti ya ;)




keterangan lanjut boleh hubungi pihak penganjur seperti berikut;

Director General
Malaysia Productivity Corporation (MPC)
P.O. Box 64, Jalan Sultan, 46904, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan Malaysia

For further enquiry please contact :
Mr. Syed Mohamed Azhar Syed Kamaruddin
E-mail  :
azhar@mpc.gov.my
Tel  : 03-79512386 (DL)
Tn. Hj. Ab. Wahab Saad
E-mail  :
wahab@mpc.gov.my
Tel  : 03-79568566 (DL)


maklumat lanjut dalam BahasaMelayu
maklumat lanjut dalam Bahasa Inggeris 
hari ni…aku jejak kaki di Tanah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang
akhirnyaaaaaaaaaa yahuuuuuuuuuuuuu
aku baru nak raya ya…anak bulan tak nampak di Bangi dua hari lepas


Isnin, 7 November 2011

Terjah Bilik Anak Dara Edisi Aidiladha


Wah! tengokkan tajuk, macam suspen kan?
siapa tah nak suspen kalau semua orang tengah berghumbira
melapah daging korban menghirup sup gearbox
aku ajelah pun nak buat-buat suspen adanya hu hu hu

kisah entri ini bukanlah baru berlaku
aku pernah cerita dalam beberapa entri lepas
sebab tak mampu nak tinggal sensorang di Bangi
dengan kos sewa kawasan rumah aku ni sekitar RM1200 sebulan
maka aku putuskan untuk sewakan tiga bilik lain
yang kosong tu, aku cerita kat entri Cinta Tumpah Di Sini

macam-macam perangai orang pernah aku jumpa
ada yang pembersih dan suka mengemas
(ini aku sangat suka, kalau boleh nak buat adik ipar)
ada yang kaki keluar tengah malam dan balik subuh
ada yang SAKAN masa dapat gaji tapi
tawaduk sementara menunggu musim gaji
pendek mata, macam-macam yang aku jumpa
akan kita nampak
cik adik manis yang molek berhias lembut manis itu
tidak seperti yang kita temui semasa bertembung dijalanan
tidak sewangi tatkala berpapasan

sejak awal bulan lepas
aku memang berkampung di rumah kakak di Semenyih
kalau tak guna kuasa Veto, memang huru hara dan lingkup aku
jadinya, kerahan tenaga bak tentera Jepun aku lakukan
Sepanjang masa aku di Semenyih
hanya sekali sekala sahaja singgah rumah di Bangi
pada waktu kerja
bermakna; manusia dalam rumah ni anggap aku tak balik terus

Lantai, usah cakaplah…memang melekit dan berhabuk
sebab bukan aku yang nak pijak
buat tak tahu sahaja
hanya ambil barang-barang yang perlu
dan balik Semenyih semula
bila semua orang balik kampung beraya Aidiladha
aku balik Bangi

macam biasa, lantai tetap lekit walaupun minggu lepas adik dah mop
(sayang sangat kaki Amir, tak mau kotor)
kipas kat depan TV dah ghaib
hendap sana sini…jumpa kat salah satu bilik
bila adik anak beranak datang beraya pada Aidiladha
pinggan nak guna tak cukup
kenalah ngendap lagi
tahu berapa banyak yang kena kidnap masuk bilik?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



8 pinggan
2 mangkuk besar
5 mangkuk kecil
1 piring
2 taperware besar
2 taperware kecil

hambek kau! padanlah rak pinggan kat dapur kosong
sejak bila ntah berpindah lokasi ke dalam bilik
dibuat macam harta sendiri pulak
maaflah, aku ceroboh masuk tanpa izin
macam dikau angkut masuk tanpa izin juga

Bukan tak bagi guna,
tapi kalau dah tahu guna harta benda orang
walaupun bukan dibuat dari emas dinar
buatlah cara macam guna harta benda orang
bukan buat macam harta benda sendiri!

Ahad, 6 November 2011

Takbir Hati Penyucian Diri

kepadaMu daku merendahkan hati 
merendahkan dahi 
merendahkan naluri 


Dengarkan bisik hati,
dengarkan rintih jiwa
lalu berkatalah
dengan tulus kalbumu nan satu


Selamat hari raya Aidiladha 
Maaf zahir batin
moga pengorbanan kita selama ini
dimanfaatkan seisi alam.