Isnin, 7 November 2011

Terjah Bilik Anak Dara Edisi Aidiladha


Wah! tengokkan tajuk, macam suspen kan?
siapa tah nak suspen kalau semua orang tengah berghumbira
melapah daging korban menghirup sup gearbox
aku ajelah pun nak buat-buat suspen adanya hu hu hu

kisah entri ini bukanlah baru berlaku
aku pernah cerita dalam beberapa entri lepas
sebab tak mampu nak tinggal sensorang di Bangi
dengan kos sewa kawasan rumah aku ni sekitar RM1200 sebulan
maka aku putuskan untuk sewakan tiga bilik lain
yang kosong tu, aku cerita kat entri Cinta Tumpah Di Sini

macam-macam perangai orang pernah aku jumpa
ada yang pembersih dan suka mengemas
(ini aku sangat suka, kalau boleh nak buat adik ipar)
ada yang kaki keluar tengah malam dan balik subuh
ada yang SAKAN masa dapat gaji tapi
tawaduk sementara menunggu musim gaji
pendek mata, macam-macam yang aku jumpa
akan kita nampak
cik adik manis yang molek berhias lembut manis itu
tidak seperti yang kita temui semasa bertembung dijalanan
tidak sewangi tatkala berpapasan

sejak awal bulan lepas
aku memang berkampung di rumah kakak di Semenyih
kalau tak guna kuasa Veto, memang huru hara dan lingkup aku
jadinya, kerahan tenaga bak tentera Jepun aku lakukan
Sepanjang masa aku di Semenyih
hanya sekali sekala sahaja singgah rumah di Bangi
pada waktu kerja
bermakna; manusia dalam rumah ni anggap aku tak balik terus

Lantai, usah cakaplah…memang melekit dan berhabuk
sebab bukan aku yang nak pijak
buat tak tahu sahaja
hanya ambil barang-barang yang perlu
dan balik Semenyih semula
bila semua orang balik kampung beraya Aidiladha
aku balik Bangi

macam biasa, lantai tetap lekit walaupun minggu lepas adik dah mop
(sayang sangat kaki Amir, tak mau kotor)
kipas kat depan TV dah ghaib
hendap sana sini…jumpa kat salah satu bilik
bila adik anak beranak datang beraya pada Aidiladha
pinggan nak guna tak cukup
kenalah ngendap lagi
tahu berapa banyak yang kena kidnap masuk bilik?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



8 pinggan
2 mangkuk besar
5 mangkuk kecil
1 piring
2 taperware besar
2 taperware kecil

hambek kau! padanlah rak pinggan kat dapur kosong
sejak bila ntah berpindah lokasi ke dalam bilik
dibuat macam harta sendiri pulak
maaflah, aku ceroboh masuk tanpa izin
macam dikau angkut masuk tanpa izin juga

Bukan tak bagi guna,
tapi kalau dah tahu guna harta benda orang
walaupun bukan dibuat dari emas dinar
buatlah cara macam guna harta benda orang
bukan buat macam harta benda sendiri!

Ahad, 6 November 2011

Takbir Hati Penyucian Diri

kepadaMu daku merendahkan hati 
merendahkan dahi 
merendahkan naluri 


Dengarkan bisik hati,
dengarkan rintih jiwa
lalu berkatalah
dengan tulus kalbumu nan satu


Selamat hari raya Aidiladha 
Maaf zahir batin
moga pengorbanan kita selama ini
dimanfaatkan seisi alam.

Sabtu, 5 November 2011

Pemansuhan PPSMI Kekal

waaaaaaaaaaaaaaa ramai yang berdebar menanti pengumuman ni
lebih berdebar berbanding pengumuman penyimpan Mohor Besar Raja-raja
tentukan tarikh puasa atau raya
akhirnya, pencinta dan pejuang Bahasa Melayu dah boleh menarik nafas lega
kejadian Keranda 152 harapnya usah berulang banyak kali

hari ini, karbinet secara rasminya telah mengekalkan pemansuhan PPSMI
yang belakangan ini dikocakkan dari beberapa penjuru
namun, ada beberapa perkara perlu dilakukan secara berperingkat
Matematik dan Sains akan dijalankan sepenuhnya dalam bahasa melayu dalam  sistem pendidikan kita
pada peringkat sekolah menengah pada 2021
peringkat sekolah rendah pada 2016
soalan peperiksaan dwi bahasa digunakan hingga UPSR 2016,
PMR 2018 dan SPM 2021
buku teks juga akan disediakan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina dan bahasa Tamil
bagi pelajar tahun 3 hingga 6 pada tahun 2012 di 
SR Kebangsaan, SRJ Cina dan SRJ Tamil
mereka dibenarkan menggunakan PPSMI
sementara para pelajar yang mengikuti Matematik dan sains
dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya, akan dikekalkan.
bagi murid KOHORT PPSMI dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris
di tingkatan satu pada tahun 2012 hingga tamat tingkatan 5.
Walaupun semacam mengundur ke zaman silam semula
sekurang-kurangnya kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
masih ada tempatnya
bukan bermakna bahasa asing tidak penting
namun, paling tidak...
pada masa hadapan tak wujudlah manusia yang mengaku rakyat Malaysia
tapi tak tahu pula berbahasa melayu
sedangkan bangsa asing boleh  bertutur dengan baik dalam bahasa kita
Pernah dengar orang Jerman berbahasa melayu?
pernah dengar orang Korea berbahasa Melayu?
Aku pernah. dan aku rasa...mereka lebih bersopan santun dan berbudaya
kala menuturkannya berbanding aku.
Mmmmmm bukan selalu aku boleh sedar diri begitu la la la








Jumaat, 4 November 2011

Tak Naklah Makan Ulat Ni!


cerita hari Rabu lepas…
sepanjang hari berkampung di Palm Garden, Putrajaya
menambahkan lemak, tingkatkan kolesterol
sambil nikmati enaknya teh tarik percuma
kalau order, huh! 14 hengget tu…tapi sangat sedap!
bila dapat percuma, rembat satu tong hu hu hu
Adehhhhhhh! jangan tiru ya!

balik dah hampir jam lima
kelam kabut mengerah tenaga ke semenyih
sebolehnya nak elak jem
nak masuk Bangi akan jem
nak  masuk Semenyihpun akan jem
huh! apalagi, memecut je lah!
namun sempat juga isi perut dan minum petang sebelum balik
rezeki usah ditolak, chef terkemuka pulak tu masak hu hu hu
melimpah piring dengan sandwich
setelah mengabaikan ayam goreng

sampai Semenyih singgah Tesco
beli sedikit  barang dapur dan sabun cuci
balik rumah, tanya depa nak makan apa malam nanti
“tak kesah apapun,” masa menjawab bukan main
bila aku rebus macaroni, mengomen pulak
“Kak ngah tak nak makanlah ulat ni…geli!”
huh! mengada! orang masak, makan ajelah!

ada aku kesah kalau dia orang tak nak makan?
nasi yang aku masak pepagi buta sebelum ke Putrajaya masih ada
itu sahaja pilihan kalau tak mahu makan ulat ni

Ulat bakar hu hu hu


sebelum mandi aku masakkan “anak ulat” tu
goreng dulu dengan perencah yang aku campak-campak je
campak lagi sosej yang potong kecil juga
kemudian masukkan dalam loyang
tambah sos kat atas, letak mayonis juga
sayang betul tak ada keju…
kemudian bakar sementara aku bersiram hu hu hu

sekejab sahaja ulat tinggal sedikit
sebelum tidur, aku nampak ulat tu terbaring dua tiga ekor je
huh! tak nak makan ulat, konon!


Khamis, 3 November 2011

Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012


kepada guru sekolah Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD)
yang sedang berkhidmat di sekolah rendah/sekolah menengah/
sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian boleh memohon
mengikuti Program Pensiswazahan Guru
Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10
ni kira program disediakan JPN kepada para guru
untuk sambung belajar ke peringkat ijazah
secara separuh masa
ini antara usaha pihak JPN untuk naiktaraf para guru
dari kelulusan diploma (dulu-dulu masuk maktab perguruan 3 tahun)
ke peringkat ijazah (maknanya gaji akan naik juga).

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ini selama Empat (4) Tahun
Guna kaedah Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
di Institut Pendidikan Guru (IPG)/
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) je
maksudnya, kuliah hanya pada hujung minggu sahaja
baguslah pihak JPN dah terima mod PJJ ni
dulu jadi isu besar juga
cikgu sekolah rendah bukannya teruja
 nak mengajar sekolah menengah sangat bila dah dapat ijazah nanti
cukuplah sekadar guru naik gaji dan peluang kembangkan kerjaya
maklumlah sekarang ni semua benda dah naik harga

Syarat dan Kelayakan Asas:
Warganegara Malaysia.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) sedang berkhidmat di sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia
Berumur 47 tahun dan ke bawah pada 2012 (lahir pada atau selepas 1965).
PPPLD yang berumur 46 dan 47 tahun yang telah memilih opsyen bersara wajib 58 tahun.
 Telah disahkan dalam jawatan.
 Tidak berdaftar atau tidak mengikuti apa-apa pengajian dengan mana-mana universiti 
sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.

Syarat Tambahan: pengalaman mengajar berterusan lebih daripada 3 tahun.
aktif dalam aktiviti kokurikulum.
kesihatan fizikal dan mental mental yang baik
purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik 3 tahun mutakhir

Calon Tidak Layak Memohon:
masih dalam tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib.
gagal menamatkan kursus di bawah tajaan tanpa kelulusan Kementerian Pelajaran
Malaysia. (contoh : Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)/PJJ KPM-OUM)

Permohonan online di Kementerian Pelajaran Malaysia
di http://www.moe.gov.my mulai 17 Oktober 2011 (Isnin) 
bermula jam 10.00 pagi.
Panduan Permohonan terdapat di laman sawang kementerian
hanya satu permohonan sahaja dibenarkan
Tarikh Tutup Permohonan: 27 November 2011 (Ahad) sebelum 11.59 malam
nak tanya apa-apa boleh hubungi;

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Peningkatan Akademik dan Kompetensi)
No. Telefon : 03-8884 1091/1269/1273/1270

Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu Sabah
No. Telefon : 088-236804

Bahagian Pendidikan Guru
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej, 93259 Kuching Sarawak
No. Telefon : 082-258045


maklumat lanjut boleh lihat di iklan dan permohonan