cerita hari Rabu lepas…
sepanjang hari berkampung di Palm
Garden, Putrajaya
menambahkan lemak, tingkatkan
kolesterol
sambil nikmati enaknya teh tarik
percuma
kalau order, huh! 14 hengget
tu…tapi sangat sedap!
bila dapat percuma, rembat satu tong hu hu hu
Adehhhhhhh! jangan tiru ya!
balik dah hampir jam lima
kelam kabut mengerah tenaga ke
semenyih
sebolehnya nak elak jem
nak masuk Bangi akan jem
nak masuk Semenyihpun akan jem
huh! apalagi, memecut je lah!
namun sempat juga isi perut dan
minum petang sebelum balik
rezeki usah ditolak, chef terkemuka pulak tu masak hu hu hu
melimpah piring dengan sandwich
setelah mengabaikan ayam goreng
sampai Semenyih singgah Tesco
beli sedikit barang dapur dan sabun cuci
balik rumah, tanya depa nak makan
apa malam nanti
“tak kesah apapun,” masa menjawab
bukan main
bila aku rebus macaroni, mengomen
pulak
“Kak ngah tak nak makanlah ulat
ni…geli!”
huh! mengada! orang masak, makan
ajelah!
ada aku kesah kalau dia orang tak
nak makan?
nasi yang aku masak pepagi buta
sebelum ke Putrajaya masih ada
itu sahaja pilihan kalau tak mahu
makan ulat ni
sebelum mandi aku masakkan “anak
ulat” tu
goreng dulu dengan perencah yang aku campak-campak je
campak lagi sosej yang potong kecil
juga
kemudian masukkan dalam loyang
tambah sos kat atas, letak
mayonis juga
sayang betul tak ada keju…
kemudian bakar sementara aku
bersiram hu hu hu
sekejab sahaja ulat tinggal
sedikit
sebelum tidur, aku nampak ulat tu
terbaring dua tiga ekor je
huh! tak nak makan ulat, konon!