Rabu, 12 Oktober 2011

Ummi Tak Ada Anak Teruna menJahit Sendiri Baju Sekolah Koyak


Selasa, 11 Oktober 2011

Tuan Rumah Kelam Kabut Aku Gila Kuasa Memerintah


Ahad kelam kabut dengan macam-macam benda nak kena buat
keluarga abang ipaQ penuh rumah,
aku dan adik je yang jenguk kakak
dia pula kelam kabut nak siapkan banyak benda
malam pun masih keluar
ramai tetamu terpaksa tunggu

aku tetiba terpaksa jadi tuan rumah
kena kendalikan semua perkara
dari hal basuh membasuh sidai menyidai
makan minum masak memasak
hingga ke depan layan tetamu
ooohhhhhh badan rasa macam dah terlebih masam

orang lain masuk tidur
aku baru nak mula buka lap top
buat kerja untuk persediaan meeting siang esoknya
belum siap apa-apa lagi
entah bagaimana jadi nanti,
usah terkantoi depan khalayak sudahlah ya…
sempat tempah tiket MAS (airasia dah habis tiket)
untuk mereka balik kampung bila kembali dari haji nanti

Sekarang ni, MAS pun dah caj harga tempat duduk
sama macam airasia dah
maklumlah, ideologi airasia dah 20 peratus diserapkan dalam pengurusankan?
hu hu hu namun masih juga lebih murah harganya
tempah online berbanding beli di kaunter
sebab siangnya abang ipaQ belikan tiket untuk Mek Ayah
balik kampung terus setelah landing di KLIA
asalnya diapun nak balik begitu juga
bila tiket sedikit mahal
dia cadang beli online bila ada tawaran
nak buat macam mana
semua tiket airasia ke KB musim cuti sekolah tu
dah habis ditempah
dahsat betul ore Kelate balik kampung
ke bukan orang Kelate pergi melancong?

kalau abang ipaQ aku tau
harga online lebih murah dari pi beli sendiri di kaunter
gamaknya dia menyesal tak? hu hu hu

akhirnya, aku tak tidurpun biar setengah detik
sebab, kerja aku belum siap
depa semua dah bangun untuk bersiap ke Kelana Jaya
adusssssssssss mengantokkkkk ni!

Isnin, 10 Oktober 2011

Peralihan Kuasa

Khamis malam, tugas ambil alih berada pada tahap pra-ujian 
kisahnya dah aku papar dalam entri  
kakak dan abang ipaQ balik kampung pagi-pagi Jumaat 
hantar dua orang anak paling kecil 
Mek yang jaga 
ambil pula ayah dan mek mertua kakak
yang akan sama-sama ke Tanah Haram. 

Hari Jumaat, budak 4 orang tu mudah aje bangun,
bersiap dan pergi sekolah
kalau dengan ummi depa, payah benar nak bangkit dan mandi
tapi aku yang alami “kejutan budaya” sejak malam
tak terkata apa bila tengok rumah macam kapal pecah
sepanjang hari Jumaat aku lencun mandi peluh
belum sempat siap kemas dan masak, mereka dah balik tengahari
nasib baik hari Jumaat kelas agama mula lewat
petang, hantar Along ke sekolah; ada jamuan kelas
angkut Fahmi sama; kena tinggal van
baliknya singgah Econsave; beli sayur

sambil masak, sambil mengemas lagi
tak sedarpun malam dah tiba
tapi, rumah belum kemas juga
kemudian masak mehun goreng untuk makan malam

Sabtu pagi: kerah semua orang bersih rumah setelah tutup TV
kalau tak tutup, jangan harap nak bangun
depa semua berat punggung sikit,
biasanya ummi yang buat segala
liat buat semua perkara kecuali makan
baru hari pertama, aku dah semput nafas
40 hari masih lagi belum bermula
bagaimana nanti?

akhirnya: guna kerahan tenaga ala tentera Jepun
Fahmi dan Fahim kemas depan rumah
kemudian sental bilik air
entah berapa lama masa diambil
kena kerapkali jenguk dan pantau
bilik air belum bersih tapi sabun entah berapa banyak habis
akhirnya, bersih juga
siap budak berdua tu mandi sebab dah lencun

Along lipat baju yang dah aku cuci kemarinnya;
4 kali putar, nasib baik mesin yang buat
kemudian kemaskan ruang tamu
Angah kemas ruang keluarga kat atas
semua bilik di atas aku dah kemas kemarin
malamnya, apa yang aku kemas bersepah semula
kemas ruang sejemput itupun dia dah merungut
“Kan ummi dah bayar...tak kan kami kena buat?”
apalagi, hangin satu badanlah aku
kalau betul Ummi dia bayar, lainlah halnya
menjawab itu yang aku pantang sikit

suara aku yang ayu manis comel lemak berkrim
dan disukai ramai itu akhirnya BERTUKAR (ingat kartun Jepun je boleh?)
jadi monster, keluar kaler hijau muncul api menyala-nyala
depa ingat aku tak ada suara gamaknya
dan tak tahu berleter,
rupanya... satu taman perumahan boleh dengar

Ohhhhhh ada sesiapa berkenan nak buat Mak Tiri tak? hu hu hu

Akhirnya, misi tercapai. Bersih. Kemas. Macam rumah.
sebelum tu macam kapai karam
namun…hanya kekal untuk 30 minit pertama sahaja
bila mak bapak depa sampai dari kampung malamnya
dah bersepah semula!
Huh!
SESAK nafas aku!

Ahad, 9 Oktober 2011

Teks Ucapan Belanjawan 2012


petang tadi, bajet @ belanjawan negara untuk tahun 2012
telah dibentangkan secara rasminya
ramai yang serbu tv atau dengar radio
untuk dengar perancangan negara untuk tahun depan
kenalah tahu kan, ini kan negara kita
apa lagi, ramai juga yang tertunggu-tunggu
nak tahu apa pm kita anugerahkan
kepada penjawat awam dan peneroka felda.
semuanya dah terjawab.

antara intipati bajet @ belanjawan 2012;
pembinaan jalan raya, bekalan air bersih untuk
kawasan luar bandar di negeri sabah dan sarawak
pengecualian cukai untuk import kereta hybrid
la la la ni aku suka sensangat
nanti kerena lebih murahlah ya
mana tahu harga kereta macam harga basikal pulak
bila dah dikecualikan cukai
lagipun umur bersara dah cecah 60 tahun ni
opssss! boleh tongkat langit untuk kerja keras

pembangunan pelancongan juga akan dibangunkan semula
terutama langkawi mendapat bajet RM400 juta
bermula tahun depan juga
bayaran tambahan seperti yuran ko-ko, insuran dll di sekolah
telah dihapuskan
errr berapa hengget ya semua yuran tu?

penilaian SSM penjawat awam telah ditukar kepada SBPA
khabarnya gaji maksimum setiap gred akan lebih meningkat
kenaikan gaji tahunan juga ditingkatkan
antara RM80-RM320 mengikut gred
tahun ni penjawat awam dapat bonus setengah bulan gaji
atau RM500 minimum
Alhamdulillah, Macam mana ya nak dapatkan elaun buku?
aku ni kan budak sekolah, student kan?
dapat RM200 tu...la la la

Bajet ini juga turut dinikmati
600 ribu orang dapat penyelarasan pencen
dengan kenaikan 2% setahun secara automatik
RM200juta disediakan untuk tambahbaik perkhidmatan polis
RM500 juta untuk naik taraf kem tentera
lebih 62 ribu bekas polis khas pada zaman dharurat
akan menerima sumbangan RM3 ribu

banyak langkah bersepadu diambil untuk kurangkan beban
dengan kenaikan harga barang seperti:
peruntukkan RM1.1 billion untuk sektor pertanian
perbanyakkan program lading kontrak
dan sebagainya.
tapi aku paling suka dengan  Skim Rumah Pertamaku
yang dah naik nilainya hingga RM400 ribu.
apalagi bila ada Skrim Perumahan Rakyat 1Malaysia
dengan pengecualian duti stem

Ishhhh! panjang benorrr lah kalau aku nak tulis semua
baca ajelah teks penuh yang sudah boleh dimuat turun
akupun dah baca sat-sat tadi...
macam nak exam pulak esok
beria-ria benar ulangkaji


teks penuh ucapan belanjawan 2012 boleh diperolehi
pada 7 oktober 2011 jam 5.30 petang di lobi,
blok tengah, kementerian kewangan, presint 2, putrajaya.
teks ucapan belanjawan 2012 dan lampiran pula
boleh dimuat turun melalui laman rasmi belanjawan 2012
di www.treasury.gov.my jam 6.00 petang.
juga di laman web agensi-agensi kementerian kewangan
seperti:
jabatan kastam di raja malaysia
www.custom.gov.my
lembaga hasil dalam negeri malaysia
www.hasil.gov.my
suruhanjaya sekuriti malaysia
www.sc.com.my
dan juga,
bank negara malaysia
www.bnm.gov.my


Jumaat, 7 Oktober 2011

Lambaian Kaabah: semoga selamat pergi dan selamat kembali




Syawal dah berlalu, sekarang ni orang sibuk dengan musim haji pula
alhamdulillah, bagi yang dah dapat seru
dapat juga jejak kaki di Tanah Suci
dapat juga kunjung Makam Nabi
dapat pula solat dan lupakan dunia di depan Kaabah.
kita entah bila lagi
semua orang teringin nak pergi
sampainya belum tahu

Dua tahun lepas, mek Ayah dah pergi
cepat benar masa berlalu
macam baru semalam mereka ke sana
alhamdulillah, tahun ini rezeki kakak dan abang ipar pula
aku entah bila lagi
entah cepat, entah lambat
entah tak sempat, entah sampai sana tak nak balik
doakan saja dapat ke sana berkali-kali
tak pun doakan menetap saja di sana
(ada sesiapa menetap di sana tengah cari calon isteri tak?
bolehlah aku isi borang hantar resume segala la la la
kira macam pakej: dapat suami dan tinggal di tanah penuh Barakah
Ohhhh aku dah mula berangan dan mengarut segala!)

Pengalaman menguruskan Mek Ayah nak pergi Haji aku dah ada
aku pernah tulis dalam entri Zulhijjah Datang Lagi
kedua-dua entri tu pengalaman baru bagi aku
dan semua tu pengalaman sendiri sahaja
mungkin berbeza dengan pengalaman orang lain
kali ini, bila kakak dan abang Ipar pula pergi
pengalamannya akan lain pula
hu hu hu ada tak yang akan kata “apa kaitan dengan engkau?
Depa yang pi, bukan engkau pun!
hu hu hu kaitannya tak banyak manapun
hanyalah: aku perlu jadi Mak dan Ayah kepada 6 orang anak buah
ENAM ORANGGGGGG?
Ya, enam orang! nasib baik kakak akan hantar 2 daripadanya
balik kampung hu hu hu
jadi, hanya 4 orang sahaja yang perlu aku uruskan
adussssssssss! boleh ke aku buat ni?
entah-entah tak pergi sekolah anak orang
entah-entah kebulur tak makan anak orang
entah-entah tak nampak macam orang anak orang hu hu hu

anak kakak yang sulung aku pernah jaga masa bayi
pengalaman jaga bayi sejak umur sebulan hingga merangkak
aku dah ada; senang je pun hu hu hu ayat berlagak
sebabnya: mereka tak akan komplen apa
asal perut kenyang, lampin kering…semuanya ok
menangis hanya sebab lapar, lampin basah atau sakit perut je
bila dah besar
yang payah nak jaga tu mulut mereka je
makan tak sedap, komplen
rumah tak kemas, komplen
lambat makan, komplen
komplen sana komplen sini
kita punya komplen sebab depa malas buat kerja
tak pula nak ambil tahu pulak

budak-budak zaman sekarang
bukan macam dulu
arahan bukan nak dengar,
tahu nak mudah dan senang saja
malas tu tak payah cakap
jadi, cabaran utama aku adalah:
macam mana nak paksa mereka jadi rajin
masak sendiri, basuh baju sendiri, sental bilik air sendiri
kemas rumah sendiri dan lakukan semua benda sendiri
ingat senang ke nak jadi MAK TIRI yang hanya tahu bagi arahan je?

larat ke tidak aku jalankan semua tanggungjawab tu
kenalah tengok nanti
jadinya, semua catatan pengalaman jadi mandur
kerah buruh kasar tu aku akan tampal kat blog ni
maklumlah aku ni pelupa,
jadi bila nak ingat semula, boleh baca kat sini
kalau tak jadi macam Kek Basah Yang Tak Berapa Nak Basah tu
dah lah rentung, pahit pulak kan

mungkin juga pendapat rakan-rakan dan pembaca
amat diperlukan, maklumlah,
ini pengalaman pertama aku jaga anak-anak sekolah yang akan banyak mulut
menjawab mulut dan buat-buat pekak badak je terima arahan
walaupun Along dah tingkatan dua
kalau aku dulu dah boleh masak segala
tapi, bila mereka dididik semua urusan rumah MAK yang buat
seluar dalam pun mak yang basuh, apalagi pinggan makan…
akhirnya mak juga yang letih
bukan anak tak boleh buat
tapi MALAS nak buat
maklumlah, mak kan ada…boleh buat semua
walaupun setiap hari terjelir kepenatan

40 hari masa yang aku ada ini
akan cuba ubah semua 4 orang tu lebih berdikari
maklumlah, MAKCIK ni kan gila kuasa
guna cara DIKTAKTOR paksa mereka untuk berlatih;
kemas rumah, sental bilik air, iron baju,
basuh kasut, dan masak sendiri
hu hu hu ada bakat jadi Mak Tiri tak?
apa-apa je lah labu! asal aku tak letih sangat
mana ada tenaga nak pegang tanggungjawab sebagai:
diri aku sendiri yang kerja dan belajar, kakak dan abang ipaQ
ingat aku ni robot ke apa?
kerja aku sendiri pun tonggang terbalik
tambah pulak dengan kerja 2 orang lain
Errrr…mana SuperMum ni? Datanglah tolong!