Rabu, 14 September 2011
Selasa, 13 September 2011
Penjawat Awam Bersara Umur 60?
Dah pasti ada pro dan kontra
baiknya: kita manfaatkan tenaga kerja
mahir untuk latih
pekerja tak mahir
hingga semua pekerja di Malaysia ni
mahir-mahir belaka
tak payahlah import tenaga kerja luar
jimatlah kos kan?
yang tak baik tetap ada
umur sebegini, ada yang dah kurang
warasnya
bukan nak mengata dan mewajarkan
suasana
tapi berlaku depan mata
semata-mata nak rebut peluang “kontrak”
selepas pencen
macam-macam cara buat
cucuk sana sini
fitnah merata tempat
orang yang patut dapat dek kerana “kepakarannya”
tak dapat pun
tapi orang yang tak tau pakar apa tu
pulak
yang dapat
tetiba dia jadi pakar cucuk dan fitnah pulak!
kalau tanya aku sendiri,
umur macam tu (kalaulah panjang umur aku)
aku nak menikmati hidup dah
buat apa yang aku suka yang tak
sempat nak buat
sebelum tu
kalau jumlah pencen yang aku terima
tu besar
jauh sikitlah langkah
bulan Ramadhan boleh puasa di Mekah
boleh tawaf keliling dunia juga
jelajah tempat-tempat menarik serata
alam
kembali mencari diri yang mungkin
separuhnya hilang
dek leka mengejar dunia
atau robek terkena tempias sihir sang
mak cik
kalau aku ada peluang nikmati pencen
itu
aku nak aje rehat-rehat kat rumah
online sepanjang masa
atau berkebun keliling rumah tanam
segala mak nenek pokok
berdusun menunggu durian gugur
panjat rambutan bila dah masak.
kalaupun kepakaran aku (pakar ke aku?) diperlukan
boleh aje buat kat rumah separuh masa kan?
tak payahlah sepenuh masa
meja dan kerusi pun dah bosan tengok muka aku
apalagi makhluk lain
kalau ada yang rindupun
mungkin kawan-kawan malam yang suka sepak kaki itu ajelah pun
kotlah!
sempat capai impian tu tak?
Ke dah JALAN lebih awal?
Eloklah bincang dulu bab tambah masa pencen ni
bagi peluang pulak orang muda majukan negara
bukan seronok mana pun kerja lama-lama
macam nak tongkat langit pulak dah
kan seronok main dengan anak cucu kat rumah
ye tak?
PsssT: Pembakaran terbuka di Sumatera punca jerebu di negara kita
ek? Patutpun batuk aku tak hilang walaupun dah telan 2 botol ubat batuk. Ada
kaitan eh?
PsssT: Hari ni bermula UPSR hingga Khamis ni. Seorang anak buah aku dudukinya. Setiap tahun, untuk UPSR, sesiapa dari anak buah yang dapat A untuk setiap subjek akan aku hadiahkan RM100. Kalau dia dapat 5A bermakna, melayanglah RM500. Agak-agaknya, tahun ni aku akan hilang RM500 tak? Alamak! kena bilang syiling dalam tabung ni...hu hu hu Aduhaiiiii! siapa suruh janji kan?
Isnin, 12 September 2011
Semakan Rayuan UPU bermula 17 September
Bermula Selasa lepas, UKM dah mula sibuk semula. Pelajar baru dah mendaftar. Pergi mana tempatpun penuh dengan orang. Minggu ini pula, pelajar-pelajar lama dah menderu datang. Mana-mana tempatpun dalam kampus ini dah ramai orang.
Kalau baca akhbar Berita Harian, dah ada maklumat tentang semakan rayuan UPU untuk pelajar yang tidak ditawarkan tempat di universiti seperti petikan berikut;
Berita Harian:
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi menerima sebanyak 30,414 permohonan rayuan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2011/2012.
Daripada jumlah itu, sebanyak 16,159 atau 53.13 peratus permohonan rayuan diterima daripada calon memiliki kelayakan diploma atau setaraf, 12,183 atau 40.06 peratus (STPM), 1,057 atau 3.48 peratus (matrikulasi/asasi) dan 1,015 atau 3.34 peratus (Sijil Tinggi Agama Malaysia/STAM).Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata Mesyuarat Pemilihan Bersama Rayuan akan diadakan mulai Isnin depan sehingga 15 September ini. Keputusan permohonan rayuan itu akan diumumkan pada 17 September ini mulai jam 12 tengah hari melalui url http://www.upu.mohe.gov.my yang mana calon boleh mencetak surat tawaran menerusi laman web IPTA berkaitan dan mereka yang berjaya dijadual mendaftar di universiti mulai 19 September ini.
Hujung minggu ni dah tu...jangan lupa serbu laman
sawang UPU untuk dapatkan keputusan rayuan tersebut. Kalau dah diterima tu,
jangan pula lupa untuk belajar sungguh-sungguh. Peluang bukannya datang banyak
kali, sekalipun payah nak jumpa.
Petang tadipun aku dah beri taklimat kepada pelajar
baru, hanya separuh yang datang. Lainnya mana?
Lupakanlah dulu riuh rendah raya tu, tahun depan pun
masih ada raya kalau panjang umur, peluang bukannya datang banyak kali. Rebutlah
mana yang penting dulu.
Hari Isnin, Tapi Rasa Macam Ahad Lak
Yaaaa, dah
Isnin!
hanya hati aku
yang rasa macam Ahad
masih nak
berlingkar bermalasan dalam rumah
sambil makan
tart nenas tersohor;
sumber gambar:Azieazah |
semalam angkut
5 pack tart
macam tahun
sudah juga, makan tart lepas raya
terima kasih
Kak Azieazah, jauh hantar tartnya
lepas jugak
kempunan tart yang simpan sepanjang tahun
walaupun tart
ni boleh dapat sepanjang tahun
sekali sekala
je anak tekak yang meroyan mengada
boleh
dimanjakan
kalau tak….hu
hu hu mau gamaknya seguni sebulan!
Bila Isnin
datang dan hati rasa masih lagi macam Ahad
ohhhhh itu dah
nampak petanda pada aras bahaya!
seminggu mamai
berlesu diri buat pejabat macam bapak sendiri punya
masih belum
cukup?
Huh! bila nak
gerak gear TURBO ni?
Alahaiiiii!
Sabtu, 10 September 2011
Iklan Nuffnang Tak Mau Beraya Kat Blog Ni Dah
Seminggu cuti
raya dan
berpesta dalam
jem masa balik kampung
blog ni terbiar
lara
walaupun ada
dua entri aku scedulekan
namun tidak
begitu memadai untuk hidupkan hayatnya
minggu ini
dengan pakej
paling sempurna aku dapat;
migrin, batuk,
demam dan selsema
mood nak kemas
kini blog merudum
mengalahkan
pasaran saham masa gempa bumi di Jepun
bersawang lagi
blog
akibatnya:
nuffnang sangat malas mengerdip
senyap sunyi je
hanya
kadang-kadang je muncul
itupun dua tiga
saat
itupun waktu
yang memang sah jarang orang datang
waktu tengah
malam buta
adussssss kena
terlebih gigih
untuk
mengembalikan kerdipan nuffnang
segenap sudut
kat blog
aduyaiiiii
kerja makin banyak ni
ada sesiapa
sudi jadi PA tak?
PERCUMA ya…yang
berbayorrr baik tak payah!
mana aku ada
ongkosnya nak bayorrr
harapkan bonus
raya,
bayar yuranpun
tak lepas!
(huh! gaya
macam tak bersyukurlah pulak!)
Langgan:
Catatan (Atom)