Memaparkan catatan dengan label keputusan e-rayuan ke IPTA lepasan STPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keputusan e-rayuan ke IPTA lepasan STPM. Papar semua catatan

Isnin, 12 September 2011

Semakan Rayuan UPU bermula 17 September


Bermula Selasa lepas, UKM dah  mula sibuk semula. Pelajar baru dah mendaftar. Pergi mana tempatpun penuh dengan orang. Minggu ini pula, pelajar-pelajar lama dah menderu datang. Mana-mana tempatpun dalam kampus ini dah ramai orang.

Kalau baca akhbar Berita Harian, dah ada maklumat tentang semakan rayuan UPU untuk pelajar yang tidak ditawarkan tempat di universiti seperti petikan berikut;


Berita Harian:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi menerima sebanyak 30,414 permohonan rayuan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2011/2012.
Daripada jumlah itu, sebanyak 16,159 atau 53.13 peratus permohonan rayuan diterima daripada calon memiliki kelayakan diploma atau setaraf, 12,183 atau 40.06 peratus (STPM), 1,057 atau 3.48 peratus (matrikulasi/asasi) dan 1,015 atau 3.34 peratus (Sijil Tinggi Agama Malaysia/STAM). 

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata Mesyuarat Pemilihan Bersama Rayuan akan diadakan mulai Isnin depan sehingga 15 September ini. Keputusan permohonan rayuan itu akan diumumkan pada 17 September ini mulai jam 12 tengah hari melalui url http://www.upu.mohe.gov.my  yang mana calon boleh mencetak surat tawaran menerusi laman web IPTA berkaitan dan mereka yang berjaya dijadual mendaftar di universiti mulai 19 September ini.

Hujung minggu ni dah tu...jangan lupa serbu laman sawang UPU untuk dapatkan keputusan rayuan tersebut. Kalau dah diterima tu, jangan pula lupa untuk belajar sungguh-sungguh. Peluang bukannya datang banyak kali, sekalipun payah nak jumpa. 

Petang tadipun aku dah beri taklimat kepada pelajar baru, hanya separuh yang datang. Lainnya mana?

Lupakanlah dulu riuh rendah raya tu, tahun depan pun masih ada raya kalau panjang umur, peluang bukannya datang banyak kali. Rebutlah mana yang penting dulu.