Jumaat, 12 Ogos 2011

Sumbangan Ramadhan untuk Anak Yatim

Ini adalah entri kitar semula yang pernah aku tulis Anda Prihatin? pada 29 Januari 2009. 

Sempena Ramadhan yang mulia dan Hari Jumaat yang diberkati, barangkali ramai dikalangan anda sedang mencari golongan tertentu seperti anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan untuk memberi sumbangan. Saya kitar semula entri ini bagi membantu anda menyalurkan sumbangan berkenaan. Untuk pengetahuan anda, tidak ada ahli keluarga kami atau anak-anak dan balu ini tahu yang aku tampal kisah ini di blog. Mereka (balu dan anak-anak yatim ini) tidak pernah meminta sesenpun bantuan dari kami, malah menerima semua takdir ini seadanya. Itu yang buatkan air mata kami berjuraian. Dia tak minta, tapi kami tahu mereka sangat-sangat memerlukannya. 

Kami sekeluarga hanya mampu menolong setakat yang mampu, selain mendapat bantuan juga daripada orang tertentu yang iklas membantu (dengan cara bank in dalam akaun mereka) tanpa mereka sekeluarga mengetahuinya pun (bukankah bila tangan kanan memberi, sebaiknya tangan kiri tidak mengetahui?). Kebanyakan penderma ini biasanya orang yang membayar zakat (tanpa mahukan resit dunia untuk klaim semula dari cukai pendapatan). 

Berikut adalah entri lepas tentang cerita ini yang aku tampal semula di sini; 

Kiranya anda seorang yang prihatin, bacalah satu kisah duka yang memerlukan bantuan semua. Pada 2 Januari 2009 yang lepas, aku menerima SMS mengkhabarkan seorang sepupuku (usia awal 40-an) telah dipanggil Ilahi dalam satu kemalangan di Jalan Gua Musang-Lipis. Saat itu, yang menjelma di ruang mata hanyalah nasib anak-anaknya (6 orang). 

Isterinya surirumah sepenuh masa. Tidak pernah berkerjapun sejak berkahwin. Hanya menjaga anak-anak dan keperluan rumah tangga. Anak keduanya belajar di Sekolah Menengah Sains, Machang. Untuk seorang anak kampung yang dikelilingi dengan suasana belajar yang tak seberapa, melangkah ke sekolah sains adalah sesuatu yang membangggakan. 

Setelah ketiadaan sepupuku itu, aku sendiri tidak tahu bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan dengan cabaran dunia hari ini. Anak-anak ada 6 orang yang semuanya masih kecil. Aku risaukan persekolahan mereka akan terjejas, terutama anak sulungnya itu. Dia punya harapan untuk maju dan meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga nanti. 

Kami, saudara maranya yang terdekat hanya mampu hulurkan sedikit bantuan. Namun, aku cukup pasti yang ianya masih tidak begitu cukup meringankan beban yang terpaksa mereka tanggung. Mereka bukan sahaja hilang ketua keluarga yang menjadi tonggak rezeki, malah hilang terus punca pendapatan. Kalaupun isteri arwah cuba mencari pekerjaan, dengan anak-anak yang masih kecil serta memerlukan jagaan, kelulusan yang tidak seberapa dan peluang pekerjaan yang agak terbatas dek kegawatan ekonomi, memang amat sukar untuknya. 

Kiranya anda seorang yang prihatin dan bersedia untuk membantu anak-anak yatim ini, berikut adalah nombor akaun yang boleh disalurkan bantuan itu; 

Nama: Mohamad Hasyir Ashfal bin Hapani & Normain Bt. Omar (akaun bersama dengan anak bongsu) 

No. Akaun: 03-072-02-087969-6 Bank Islam. 

Aku faham kiranya ada yang akan melambat-lambatkan sumbangan tersebut kerana bank yang digunakan. Aku juga begitu. Sering tertangguh. Kalau Maybank atau CIMB, lebih mudah bagi kita. Sambil uruskan bayaran bil atau hal-hal boleh bank in sama untuk ini. Bila pergi ke bank semata-mata untuk ini, acap kali benar tertangguh. Mereka tidak pernah tahu yang kisah mereka itu aku masukkan ke dalam blog ini. Mereka pun tidak pernah tahu blog itu apa. Tidak ada ahli keluarga kami yang tahu aku tampal kisah ini di sini. Semua ini aku lakukan dengan niat untuk membantu mereka. Manalah tahu, ada hamba Allah yang tulus ikhlas mahu membantu kesinambungan kehidupan anak-anak yatim ini. 

Kalau boleh aku tak mahu anak-anak itu keciciran pendidikan mereka. Kalau boleh aku tak mahu isteri arwah tertekan dengan kehilangan berkenaan hingga abaikan persekolahan anak-anak hanya kerana masalah kewangan. Kalau boleh juga, aku tak mahu anak-anak itu terpisah kerana terpaksa diserahkan kepada orang lain (walaupun saudara mara kami juga) kerana anak-anak itu perlukan kasih sayang seorang ibu. Setelah hilang seorang ayah, amat malang bagi mereka andai dipisahkan sebegitu pula. 

Marilah kita tingkatkan cinta kasih kepada fakir miskin dan yatim piatu. Insya Allah kelak di akhirat kita dikumpulkan bersama orang-orang yang mengasihi fakir miskin dan yatim piatu serta menjadi satu gerbong kebajikan bersama Rasulullah Muhammad SAW beserta orang-orang shalih, seperti firman Allah yang bermaksud; 

“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya, orang-orang yang berbuat riya dan enggan (menolong dengan) barang berguna”. (Al-Qur’an, surah Al Maa’un: 1-7): terjemahan Indonesia. 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
[1] Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
[2] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, 
[3] Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. 
[4] (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; 
[5] (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; 
[6] (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
[7] Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). (Al-Qur’an, surah Al Maa’un: 1-7) 
Terjemahan Malaysia di http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=eng&nSora=107&nAya=1&t=mal

Bagi anda yang prihatin dan ikhlas ingin membantu, saya (kena sopan sikit) mewakili keluarga tersebut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang akan membalas kesediaan dan keikhlasan semua. Moga anda diberkati kehidupan di dunia dan akhirat. Aminn. 


Entri ini tiada niat untuk memaksa anda berbuat kebaikan kerana aku sendiripun tidak akan tahu anda membantu mereka atau tidak sebab semua orang mengadap mesin ATM sahaja untuk memberi. Aku secara personal lebih suka cara ini berbanding hlurkan secara terbuka. Sebabnya mudah sahaja: berapa banyak yang kita ikhlas nak beri, sebanyak itulah yang kita beri tanpa rasa bersalah dengan Peminta Sedekah yang Demand. 

Mereka memang tidak pernah meminta. Tidak ada sepatah perkataanpun keluar dari mulut Kak Nor untuk memohon apa-apa bantuan daripada kami. Dia sentiasa sahaja redha dengan setiap apa yang berlaku dan bakal ditempuhinya. Namun, bahu kami yang terasa senget dan berat dek kebisuannya itu sebab kami tahu sangat sukar untuk dia menempuh hari-harinya seorang diri. Dengan kehidupan serba kekurangan pula. 

InsyaAllah, balik raya nanti aku akan tanyakan khabar mereka sekeluarga setelah lebih 3 tahun arwah tiada. Semoga mereka lebih GAGAH dan kental meneruskan kehidupan.

Khamis, 11 Ogos 2011

Bajet 2012 Untuk RakyaT Marhaen (macam aku) Tangani Kos Hidup

Tak lama lagi Bajet 2012 akan dibentangkan 
Perdana Menteri kata akan memberi tumpuan kepada pengurusan kos hidup rakyat 
Pada masa sama menguruskan pembangunan ekonomi negara 
Dalam entri terbaru bertajuk `Time to Tackle Rising Cost of Living'  PM menulis
“menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melakukan apa sahaja 
menguruskan peningkatan kos hidup dan mencari jalan memperlahankan 
kesannya kepada rakyat. 
kerajaan juga akan terus menyediakan subsidi 
bagi mengurangkan beban rakyat 
meneliti kaedah untuk meningkatkan rantaian bekalan pertanian 
bagi memastikan bekalan makanan yang hilang 
sepanjang proses penghasilan dan pembekalan dapat dikurangkan, 
sistem kawalan harga barang dan menguruskan subsidi 
dengan bijak juga akan diteruskan 
memperluaskan lagi inisiatif berfokuskan rakyat “ 

Bagus benarlah kalau macam tu 
Memanglah peningkatan kos hidup itu fenomena global 
Namun kita juga kena ada plan jangka panjang 
Bukankah “pertanian itu juga satu perniagaan”? 
Bangkitlah semua pak tani dan mak tani 
Memajukan sektor pertanian negara agar kita tidak terlalu bergantung negara asing 
Untuk isi tembolok
hu hu hu 

Apa-apa hal pun 
Kita tunggu sahaja keseluruhan bajet 2012 yang bakal dibentangkan nanti 
Sila bersabar ya 
Buat masa ini kita tumpukan dahulu dengan kerja mana yang ada 
Isi Ramadhan yang dah makin banyak hari kita harung 
Dan bersesak di KL pada hujung minggu sebelum 
Berduyun-duyun balik kampung dua minggu lagi 

Tahniah juga kepada adik-adik 
yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan 
pendaftaran IPT bermula 3 September 2011
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta 
sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar 
yang keluarga mereka berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan 
dan yang belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN sebelum ini. 
Mereka akan menerima wang sebanyak RM1,500 seorang, 
dua minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT . 

untung benar adik-adik kita sekarang ni
dah tak ada alasan untuk daftar diri belajar di universiti
kalau dulu, ramai pelajar pintar tercicir tak sempat masuk U
hanya sebab tak mampu nak bayar yuran
betapa ruginya negara kita
tak boleh nak guna kepintaran mereka untuk majukan lagi negara
ataupun memimpin negara pada masa akan datang

Raya sakan adik-adik kita ni ya 
Dan selamat belajar sungguh-sungguh juga 
Bukan semua orang dapat masuk universiti ya 
Sila jangan main-main dan persiakan peluang yang sangat berharga itu 
Biasanya: peluang baik hanya datang sekali sahaja...


PsssTT: Kita doakan pelajar Malaysia tajaan MARA,  Muhammed Asyraf Haziq Rossli yang patah tulang rahang semasa diserang dan dirompak perusuh di London cepat sembuh. Kepada pelajar Malaysia yang lain yang berada di luar negara, moga lebih hati-hati dengan situasi semasa di kawasan mereka. Jaga diri baik-baik, memanglah belajar itu macam pergi perang Sabil, namun keselamatan kena utamakan.

Isnin, 8 Ogos 2011

Bonus Raya Setengah Bulan Gaji untuk Penjawat Awam


akhirnya, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan 
penjawat awam dan pesara bakal menerima bonus raya 
sebanyak setengah bulan gaji 
manakala pesara bakal menerima RM500 sempena Aidilfitri yang bakal disambut akhir bulan nanti 
duit raya berkenaan bakal diterima pertengahan bulan nanti 

Alhamdulillah, dapat juga meriahkan sedikit raya tahun ni 
berbelanjalah secara berhemah ya

Dah lama aku tengok kata kunci yang datang blog ni
mengharapkan berita baik sebegini;



Akhirnya, dapat juga berita gembira... 
Alhamdulillah.

Ahad, 7 Ogos 2011

Bila Cinta Tumpah Di Sini...



Tinggal di Bangi, kalau rasa macam nak tinggal seorang sebuah rumah,
kenalah ada pendapatan yang tak tercabar dek mulut.
Macam kawasan rumah yang aku tinggal ni
paling cikai sewanya RM1200
sebabnya sangat mudah
semua kemudahan asas ada belakang rumah
rumah, bank, kedai-kedai, klinik, pusat zakat bla bla bla
jadi rangking harga sewapun melambung-lambung
tak payah nak buat muka simpati merayu
“saya mak cik klener je, mintak tawarlah”
jawapannya mudah sahaja
“kalau rasa tak setuju dengan harga tu, bolehlah cari rumah lain”
Best tak jawapan tu?
mestilah best kan...tercabar minda sekejab.

di Bandar Baru Bangi ni tak ada benda yang murah
semuanya mahal...
sewa rumah mahal
harga barang mahal
harga makan mahal
senyum pun mahal nak dapat
apalagi kalau nak beli rumah
memanglah ada program Rumah Pertamaku
macam tak berapa nak ada je kat Bangi
tak cukup 250K tak payah nak mimpi dapat rumah di sini

nak buat macam mana
namapun cari makan kat sini
lebih selesa tinggal kat sini sahaja
kalau rumah jauh dari tempat kerja
malaslah pulak nak pergi kerja
lagi malas kalau nak balik kerja tengah malam
terserempak hantu siapa nak jawab?

nak tak nak
kenalah sewa ramai-ramai
satu bilik seorangpun rasa dah selesa
ikutkan memanglah nak tinggal seorang diri
tak payah menyemak dengan gelagat ayu Gadis melayu yang mencabar minda
sangat sopan santun dan rajin memasak
namun, orang kata ukur baju di badan sendiri
terpaksa juga hadapi kemungkinan yang pelbagai
bila kongsi ramai-ramai walupun harta buruk kita lagi banyak
kalau orang guna secara berhemah, nasib baiklah
nasib tak baik, harta benda kita musnah
tanpa ada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab.
Nasiblah badan!


Kalau dah kos tinggi tinggal di Bangi, carilah rumah sewa kat luar Bangi
Yup! itu pilihan yang boleh buat
namun pada masa yang sama, kos lain pula meningkat
paling tak boleh elak, masa untuk perjalanan bertambah
bermakna juga kos untuk petrol juga meningkat
bagaimana pula kalau perlu balik lambat
bila ada urusan perlu disegerakan?
Mmmmm macam tak biasa tidur kat pejabat kan
hu hu hu pokok utama adalah keinginan sendiri
kalau hati dah terikat dengan Bangi
sukar macam manapun akan kembali ke Bangi semula

Sabtu, 6 Ogos 2011

Boikot Bazar Ramadhan


bulan Ramadhan seluruh umat Islam berpuasa
(tak termasuk yang belum dapat hidayah)
teorinya: Puasa= tak makan + tak minum
lebih kurang 14 jam, di Malaysia bukan di London, tahun ni cecah 18 jam
tak lakukan hal-hal batalkan puasa
maknanya kita hanya makan dua kali sahaja
(skip 4 hidangan; sarapan, makan pagi, makan tengahari, minum petang)

ikut teori itu
kita sepatutnya boleh jimat banyak
sarapan=Rm3, minum pagi=Rm3, makan tengahari=RM7
minum petang=RM3; semuanya RM16 sehari dijimatkan
kalau sebulan dah jimat RM480
waaaaaaaaaaaa banyak tu
dah boleh beli baju raya dan tampung kos balik kampung
beli kerepek pun boleh
itu kalau ikut teori

Hakikatnya, begitukah?
mengapa gamaknya kos lebih meningkat
bila datang bulan rahmat Ramadhan.
katanya syaitan dah kena rantai
siapa pula yang ambil alih?

“Ramadhanlah semua makanan boleh jumpa,
musim lain susah nak cari”
kita akuinya
saat berbuka puasa
kita hanyut dek buka selera
kiri kanan bazar terpenuh orang
ada kala sebelum sampai rumah lintas dua tiga bazar Ramadhan
rasa tak lengkap kalau tak singgah
tambah pula dah kerja, mana sempat nak masak
tekak pula meminta bermacam rasa
maklumlah perut tengah kosong
tengok kepala gajah cat merahpun nampak macam sedap
akhirnya terbuang tak sempat makan
atau perlu dibuang sebab dah basi
tak sempat jamahpun, baunya dah lain macam
(cepatlah boleh gi Mekah jual kat orang macam tu ya)
esoknya, jelajah bazar Ramadhan lagi
Jom, sama-sama kita mulakan kempen
Boikot bazar Ramadhan
dan elakkan pembaziran
jangan jadi macam aku...terkurang kapasiti makanan pula
bahaya pulak jadinya

Ada sesiapa nak sahut cabaran ini?
Aku?????????
Errrrrr...tak berani janji la la la
sebulan tu lama, azam memang ada
tak pasti tercapai ke tidak
kita tengoklah nanti ya...