Memaparkan catatan dengan label bonus hari raya kepada penjawat awam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bonus hari raya kepada penjawat awam. Papar semua catatan
Selasa, 17 Julai 2012
Bonus dan Imbuhan Aidilfitri Penjawat Awam
Setiap tahun, Ramadhan dan disember bagaikan bulan keramat
apa taknya, kos hidup meningkat ketika ni
persiapan hari raya aidilfitri dan persiapan buka sekolah
walaupun taklah meriah mana pun sambuatan aidilfitri aku
sekadar jadi bibik dan pemandu sahaja
namun kos balik kampong tetap perlu disisihhkan juga
termasuk ringankan belanja Mek untuk tambah sedikit sebanyak keperluan
bab baju raya aku tak kesah sangat
dah berbelas tahun tak ada baju raya pun bukan ada orang tahu
angkut balik je baju kerja, aku je yang tahu
tapi bab makan, sedia kerepek dan ganti baru alatan rumah
kenalah hulur juga, kalau tak buat persediaan untuk tetamu pun
cucu Mek 14 orang tu kena juga makan
itu yang lebih meriah sebenarnya.
Sebelum ni tersebar berita palsu tentang pemberian bonus aidilfitri
kini usaha untuk dapatkan imbuhan Aidilfitri penjawat awam sedang dibuat
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
libatkan 1.4 juta penjawat awam termasuk aku lah tu
harap-harapnya duit raya kami tahun ni bertambah sikit
pilihanraya kan dah dekat, bagilah lebih sikit…boleh?
Huh! Betis pun belum tentu dapat, mintak paha lah pulak!
Ingat lagi pengalaman pahit tiga beradik hidup susah di Lampung
yang dibawa balik dariIndonesia baru-baru ni?
Kakak mereka, Siti Norzana Nordi yang terkandas di Mesuji, Indonesia,
dipercayai sudah dijual kepada pihak ketiga
sehingga menggagalkan usaha membawanya pulang
kesiannya! Dia masih terlalu muda untuk jalani kehidupan sesukar itu!
PssssT: Betul ke pilihanraya ke 13 selepas Aidilfitri?
Isnin, 8 Ogos 2011
Bonus Raya Setengah Bulan Gaji untuk Penjawat Awam
akhirnya, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan
penjawat awam dan pesara bakal menerima bonus raya
sebanyak setengah bulan gaji
manakala pesara bakal menerima RM500
sempena Aidilfitri yang bakal disambut akhir bulan nanti
duit raya berkenaan bakal diterima pertengahan bulan nanti
Alhamdulillah, dapat juga meriahkan sedikit raya tahun ni
berbelanjalah secara berhemah ya
Dah lama aku tengok kata kunci yang datang blog ni
mengharapkan berita baik sebegini;
Dah lama aku tengok kata kunci yang datang blog ni
mengharapkan berita baik sebegini;
Akhirnya, dapat juga berita gembira...
Alhamdulillah.
Langgan:
Catatan (Atom)