Sabtu, 23 Julai 2011

Aku Ada Mainan Baru


Yup! aku ada mainan baru
asyikkkkkkkkk banget deh!
Mau ikut ngakk?
temani aku
main seorang mana seronok




Best tak mainan baru aku?
hu hu hu

Jumaat, 22 Julai 2011

Peminta Derma Yang Demand

Sempena Jumaat nan barakah, aku ingin kongsikan satu pengalaman yang berlaku agak lama dahulu.
Peringatan: usah tiru perangai aku yang tak senonoh ini.
Peringatan 2: moga peristiwa ini beri anda "sesuatu"


Satu kali, semasa di Warta Bangi
aku didatangi seorang remaja yang meminta derma
macam yang biasa kita jumpa di kompleks beli belah
kedai makan, stesen minyak atau depan bank
bawa barang, takwim atau risalah tertentu
jualnya kepada kita dengan alasan “sambil menderma
atau hanya tunjukkan bermacam surat
biasanya aku tak akan derma untuk kes sebegini
sebab dah banyak kali terkena
dek pelbagai tektik kenakan aku
aku hanya beri bila rasa ikhlas sahaja
bukan semata-mata hanya kasihan atau simpati
sebab lainnya, aku ada surau tertentu
yang sah digunakan untuk surau berkenaan
hanya transfer melalui maybank2u sahaja
klik klik sesaat dua tanpa perlu ke bank pun
selain dari sebab terakhir
yang perlu didahulukan berbanding anak-anak yatim yang lain

Saat disapa remaja itu
hatiku hanya ikhlas untuk jumlah tertentu sahaja
jadi aku berikannya seikhlas hatiku
namun,
huluran itu tak bersambut
kata adik itu
“Mak cik, paling sikit kami terima sepuloh ringgit”
dia akhirnya ambil juga tetapi masih juga menunggu jumlah itu dicukupkan
cukupkan juga sepuluh ringgit
Opsssss! mak cik?????
Yaaaa aku akui
aku hanyalah makcik cleaner yang gayanya memang macam makcik
itu masih mampu aku terima dengan berat hati
namun usahlah demand jumlah derma yang kalian nak terima!

Harap maaf!
aku bukanlah insan yang sangat baik
aku hanya beri bila aku ikhlas
aku hanya buat masa hati tengah ikhlas
jarang sangat aku terus juga buat masa hati tak ikhlas
sangat jarang
dan hari itu
hatiku tak ikhlaspun nak hulur
walaupun jumlahnya hanya sepuluh ringgit
hanya sejumlah aku beri itu sahaja ikhlasnya

Dengan muka tak malunya
aku ambil balik duit berkenaan dan kata
“Maaf dik, makcik tak ikhlas nak beri sebanyak tu.
Ini aje ikhlas hati makcik nak beri
kalau adik tak ikhlas nak terima,
makcik pun tak ikhlas nak bagi”

peminta derma yang demand itu
tak kata apa-apa
aku nampak dia tergamam
agaknya hanya aku seorang yang buat begitu
orang lain dah pasti akan tunaikan permintaan dia
akan bagi sepuluh ringgit dimintanya tanpa soal
sedangkan aku
lebih utamakan “keikhlasan hati”
dalam setiap perkara.

Khamis, 21 Julai 2011

Ada Orang Kata Aku Sial!


Oppps! siapakah itu orang?
[Errr betul ke orang? kot hantu...sekarang banyak hantu dah mengamuk
masuk panggung dan TV]
Perlukah aku tahu?
Tak perlu lah kot
lagipun dia bukannya glamer manapun
kalau aku tak kenal tu
maknanya tak glamerlah
kalau aku kenal baru popular
tak gitu?


Aku disumpahnya SIAL hanya semata-mata satu sebab
aku dah enable right click kat blog
maklumlah aku ni kan blogger yang syok sendiri
perasan entri sangat bermutu macam tulis tesis dan disertasi segala


Ish! kan ke aku tengah tulis tesis sekarang ni
ayat tesis tu kena letak sini jugak ke?
nantilah aku letak
bila dah berjaya pakai topi empat segi segala
boleh gitu? Alaaaa tangguh sat je pun...tak reti nak sabar!
Aku marah ke ni?
mana ada marah, aku tak marahpun...tengah senyum lebar ni
sukanya kena sumpah seranah maki bagai
aku kan tahu cara nak kawal marah

Gamaknya, bila dia nak mintak maaf dengan aku ya?
belanja makan kambing kat Dubai
kemudian tengok tarian gelek tengah gurun?
Tak kan dah sumpah seranah orang tak mau minta maaf
hidup bukannya lama sangat
arwah nenek aku pun tak sempat sampai 100 tahun
kita yang selalu dok hadap "makanan sihat" sehari-hari ni
lagilah cepat padamnya
itu kalau tak kena langgar masa di jalan raya

Nak minta maaf kemudian haripun boleh juga
aku ada buka kaunter nanti
sudi-sudilah datang dermakan pahala kat aku
semasa di sana nanti ya
biar mudah sikit aku meniti Siratul Mustaqim
Tak gitu?

Takpun hantar aje surat aduan ke SKMM
hari ni seorang blogger dikenakan denda RM300 ribu
kepada Yang Terutama Datuk Rais Yatim
gaya-gara copy and paste tulisan orang lain berunsur fitnah kat blog dia
tambah fee guaman RM100 ribu lagi
RM400 ribu dah tu...mokcik kayooooo!
Fuhhhhhhhhhh ribu-ribu lemon tu
bolehlah aku beli tanah buat ladang tanam lemon
tak pun tanam serai
bunga kantan pun okey jugak...bolehlah Cik Bintang buat laksa tiap hari

Rabu, 20 Julai 2011

Cara Mengurat Janda?


Mengurat janda?
Alhamdulillah, ada juga orang nak mengurat janda untuk dijadikan isteri.
Jangan ngurat hanya nak mainkan golongan janda pula ya
mereka ni patutnya dikasihi dan dilindungi
bukan untuk main-main, suka-suka
dah habis seronok kecewakan pula
tak baik macam tu tau!


macam mana caranya nak mengurat janda ya?
sama tak seperti mengurat anak dara?
Ishhhh! jangan main intai anak dara ya,
tak pasal-pasal kena balun
kalau nak mengurat, buat cara nak mengurat
cakap elok-elok
Gadis Melayu tak sama macam gadis-gadis dunia yang lain

Kalau anda datang ke blog ni
sebab nak cari cara mengurat janda
takat ni memang tak adalah
akupun tak reti nak mengurat
orang menguratpun payah nak faham
sebab tu lah masih saja dok macam ni
sensorang je ketawa dan menangis
buat lawak pun sensorang juga terbahak

kepada yang cari cara mengurat janda
untuk dijadikan isteri itu
Tahniah! aku ucap
niat memang ikhlas
tak tahulah ada cara khusus ke tak
untuk mengurat janda ni
kalau sesiapa tahu bolehlah kongsi kat sini ya

Selasa, 19 Julai 2011

Rayuanku Kepada Sang Pemimpin

Ramai orang nak jadi pemimpin, walaupun ada masanya dia tak layakpun. Ada yang layak pula, tiba-tiba boleh jadi tak layak bila dah jadi pemimpin. Hal ni sangat subjektif. Manusia boleh berubah, itukah ujian Allah. Ada orang alah dengan kuasa, ada orang lain kalah dengan darjah dan pangkat. Ada pula rebah bila berdepan dengan si jelita. Tak kurang juga mudah terpesong bila tersepak banyak sangat wang ringgit dan harta benda. Paling tak boleh terima, jenis yang tak boleh berdepan dengan semua itu; kuasa, harta, pangkat dan harta. Memang cukup eleman tamaknya.

Semua itu ujian Allah, tak dapat nak tepis. Namun Allah dah bagi akal, fikiran, dan kecerdikan. Tambah sikit iman, maka seimbanglah setiap perkara. Itu teorinya. Dalam dunia nyata, teori itu kita lanyak sahaja tanpa sedar.

Ada orang iman dan intelektual memang dah cukup, tetapi rapuh dek rayuan. Nak buat macam mana, yang merayu itu pernah bertahta di hati biarpun kini dah tua renta dengan tangan terketar-ketar dek parkinsonpun, masih jua terlihat menawan dan ayu. Nak buat macam mana, bila hati rasa bahagia berada di puncak. Biarpun tahu ramai orang tak suka, kita nyahkan sahaja suara-suara sumbang itu dengan apa cara sekalipun. Padahal, kita pun memang tahu yang semua orang memang dah sangat-sangat tahu kita memang tak suka si mulut lebar ini. Mulut itu payah nak tutup melainkan dengan cara yang nampak macam terhormat. Akhirnya, semua orang tahupun si mulut lebar itu telah lama kita cuba pijak supaya dia terbenam dalam bumi. Masalahnya, dia tidak juga terbenam. Tanah itu terlalu keras untuk menerima dia, ataukah kasut kita tidak begitu kuat menekannya?

Kitapun sangat tahu betapa kian ramai yang sudah tidak respek kita lagi, namun sebab kita ada kuasa, ada kita hairan? Kita tetap nak mantap dan dipandang gah. Lalunya, cara terbaik adalah gunakan kuasa veto. Sesiapa yang tak suka, bolehlah nyah sahaja dari bumi ini. Cari sahaja bumi lain untuk berpijak. Namun, sedarkah kita bahawa “doa orang yang teraniaya itu sangat mudah dimakbulkan Allah?” Bila tiba saat kejatuhan, tertanggungkah diri dengan segala silap dan dosa kepada sebegitu ramai orang? Bukankah sejarah sering memaparkan bahawa “kesilapan yang kita buat hari ini akan ditanggung kesannya kepada ganerasi akan datang?”. Bagaimana andai silap kita hari ini anak cucu kita yang perlu tanggungnya. Pada masa itu, masihkah kita tahan hati melihat?

Aku tertarik untuk kongsikan artikel yang aku tersepak baca semasa cari maklumat tentang dua tiga perkara berkaitan kerja aku. Di bawah aku petik artikel berkenaan:

Jika dilihat dari perspektif Islam, menerusi pendapat beberapa orang tokoh sarjana Islam seperti Al-Farabi (870-950/2M), Ibnu Sina (980-1037M) dan al-Mawardi, seorang pemimpin merupakan individu yang mempunyai keperibadian yang unggul dan akhlak yang mulia. Bagi Ibnu Sina, seseorang pemimpin yang berwibawa mestilah mempunyai kebolehan dan keistimewaan melebihi orang lain supaya ia boleh memimpin rakyat dan negara. Islam telah mengetengahkan konsep “insan kamil” (manusia sempurna) sebagai pemimpin yang berwibawa yang hanya dapat dizahirkan oleh para nabi dan rasul (Idris, 1996). Sementara Al-Farabi mengatakan bahawa pemimpin yang unggul merupakan seorang yang berfikiran tinggi, memiliki sifat mulia serta akhlak terpuji dan fizikal yang sempurna. Manakala al-Mawardi dalam bukunya Al-ahkam as-Sultaniyah menjelaskan beberapa kriteria seorang pemimpin yang berwibawa, iaitu:
  1. Seseorang yang adil dengan erti kata yang sebenarnya dalam semua tindakan sama ada pada dirinya atau kepada orang lain.
  2. Mempunyai ilmu agama (faqih) yang sempurna hingga melayakkan beritijihad dalam sesuatu perkara apabila ia perlu berbuat demikian.
  3. Mempunyai anggota badan yang sempurna supaya ia dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan lancar.
  4. Memiliki pancaindera yang sempurna dari segi penglihatannya atau pandangannya dan pendengarannya kerana kecacatan dalam salah satu daripadanya boleh mengurangkan keupayaannya mengendalikan sesuatu urusan negara.
  5. Mempunyai fikiran yang baik supaya ia dapat mengatasi segala masalah rakyat dan mengendalikan kebajikan mereka.
  6. Bersikap berani berjihad memerangi musuh kerana mahu menjamin keselamatan rakyat.


Nak tahu lebih lanjut lagi tentang hak pemimpin, kepemimpinan dan komunikasi antara keduanya, baca lebih lanjut di http://eprints.utm.my/6301/1/aziziyahkomunikasi.pdf

Tak kiralah kategori manapun kita, bila menjadi seorang pemimpin sama ada pemimpin keluarga, bos yang hensem, bos tak berapa hensem di gerai makan, ketua di tempat kerja, Perdana menteri sekalipun, jadilah pemimpin yang selayaknya. Tugas dan amanah untuk memimpin itu sangat berat bagi orang yang memahaminya, tetapi menjadi sangat seronok dan menyeronokkan bagi orang yang tak berapa nak faham tetapi mempunyai tujuan yang tertentu.

Duhai pemimpinku nan bijaksana, daku sangat-sangat perlukan ini!