Memaparkan catatan dengan label anak sekolah dipergunakan minta derma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak sekolah dipergunakan minta derma. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Julai 2011

Peminta Derma Yang Demand

Sempena Jumaat nan barakah, aku ingin kongsikan satu pengalaman yang berlaku agak lama dahulu.
Peringatan: usah tiru perangai aku yang tak senonoh ini.
Peringatan 2: moga peristiwa ini beri anda "sesuatu"


Satu kali, semasa di Warta Bangi
aku didatangi seorang remaja yang meminta derma
macam yang biasa kita jumpa di kompleks beli belah
kedai makan, stesen minyak atau depan bank
bawa barang, takwim atau risalah tertentu
jualnya kepada kita dengan alasan “sambil menderma
atau hanya tunjukkan bermacam surat
biasanya aku tak akan derma untuk kes sebegini
sebab dah banyak kali terkena
dek pelbagai tektik kenakan aku
aku hanya beri bila rasa ikhlas sahaja
bukan semata-mata hanya kasihan atau simpati
sebab lainnya, aku ada surau tertentu
yang sah digunakan untuk surau berkenaan
hanya transfer melalui maybank2u sahaja
klik klik sesaat dua tanpa perlu ke bank pun
selain dari sebab terakhir
yang perlu didahulukan berbanding anak-anak yatim yang lain

Saat disapa remaja itu
hatiku hanya ikhlas untuk jumlah tertentu sahaja
jadi aku berikannya seikhlas hatiku
namun,
huluran itu tak bersambut
kata adik itu
“Mak cik, paling sikit kami terima sepuloh ringgit”
dia akhirnya ambil juga tetapi masih juga menunggu jumlah itu dicukupkan
cukupkan juga sepuluh ringgit
Opsssss! mak cik?????
Yaaaa aku akui
aku hanyalah makcik cleaner yang gayanya memang macam makcik
itu masih mampu aku terima dengan berat hati
namun usahlah demand jumlah derma yang kalian nak terima!

Harap maaf!
aku bukanlah insan yang sangat baik
aku hanya beri bila aku ikhlas
aku hanya buat masa hati tengah ikhlas
jarang sangat aku terus juga buat masa hati tak ikhlas
sangat jarang
dan hari itu
hatiku tak ikhlaspun nak hulur
walaupun jumlahnya hanya sepuluh ringgit
hanya sejumlah aku beri itu sahaja ikhlasnya

Dengan muka tak malunya
aku ambil balik duit berkenaan dan kata
“Maaf dik, makcik tak ikhlas nak beri sebanyak tu.
Ini aje ikhlas hati makcik nak beri
kalau adik tak ikhlas nak terima,
makcik pun tak ikhlas nak bagi”

peminta derma yang demand itu
tak kata apa-apa
aku nampak dia tergamam
agaknya hanya aku seorang yang buat begitu
orang lain dah pasti akan tunaikan permintaan dia
akan bagi sepuluh ringgit dimintanya tanpa soal
sedangkan aku
lebih utamakan “keikhlasan hati”
dalam setiap perkara.