Rabu, 29 Jun 2011

Jauhi Khalwat

MY INTEGRITI SIRI 5/2011


Jauhi khalwat sebab anda penjawat awam (bukan sebab lain!) Adusssssssssssssss!

PssssT: Sepanjang hari mendung disulami gerimis...suasana nan sangat romantis dan terlebih sesuai untuk lelapkan mata. Damai terasa...adakah cuaca nan indah ini sempena merahmati berlakunya peristiwa Israk Mikraj pada 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan Rasulullah S.A.W?

PssssT: Mengapa perlawanan bola antara Malaysia dan (opsss! banyak kali dah berlaku, cuba check semula tahun 2009), berlaku pada hari bersejarah ini hinggakan, kita lebih teruja mengejar bola dari ingat peristiwa penting dalam dunia Islam ni? Ini pertanyaan ya...bukan spekulasi atau provokasi atau teori konspirasi la la la

PssssT:  Harimau Malaya bertemu Taiwan di perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam nanti. Gomo Malaya Gomo! Ingat Kelate je ke kena gomo hu hu hu  Kepada yang tak berpeluang bersesak di Bukit jalil malam ni, boleh tengok siaran langsung di TV1 Jam 8.35 malam ni, percuma je, tak payah nak kena bayar-bayar, tak perlu ada ASTRO…kita sorak ramai-ramai sampai runtuh taman perumahan la la la!

Selasa, 28 Jun 2011

Hati Tanpa Bicara



mendongak warna malam nan suram
gerimis bukan lagi dinginkan sukma
di dada hanya rintih tak sempat dialunkan
dek kudrat kian menipis
aku sudah terlalu lelah mengejarmu!




~~Anyss~~
Bandar Baru Bangi

Isnin, 27 Jun 2011

Kopi Luwak Tu Halal ke Haram?

Isu panas ni. Pertamanya, apa dia kopi luwak?
Kopi luwak merupakan jenis kopi yang dikumpulkan daripada hasil proses pencernaan luwak, iaitu sejenis musang yang hidup di hutan-hutan Indonesia. Bagaimana kopi ini diperoleh?

Kena tunggu musang yang makan kopi ini dahulu, kemudian...tunggu lagi hingga musang berkenaan menajiskan (opppssss! Ada ka istilah ni? Kalau aku tulis, musang ni akan “berakkan” biji kopi, rasa macam bahasa kasar pula. Jangan kata aku mencarut ya!).
Biji kopi yang dimakan musang ini dipercayai adalah biji kopi yang paling bermutu tinggi. Harganya juga mahal. Kalau ikut harga pasaran, kopi ni sangat mahal harganya; 10 kali ganda (harga termurah dipasaran). Masa tanya inche google nan ensem, harga 500g kopi ini mencecah usd90. Fuuuyoooooooo! Nak kena buru musanglah pulak kan! (bela musang nak kena ada lesen ya!). Sila google untuk tengok imej kopi ni ya...errr lagilah rasa tak lalu nak minum kopi ni (Opppps! maaf...imaginasi aku tanpa batasan kali ni. Ampun!)

Majlis Ulamak Indonesia (MUI) pada julai 2010 telah menghalalkan kopi luwak ini melalui fatwa nombor 4 dengan syarat biji kopi ini masih terbungkus lagi kulitnya, dan sekiranya ditanam akan tumbuh. Tetapi sekiranya biji kopi berkenaan didapati pecah kulitnya (terhadam) dan tidak tumbuh sekiranya ditanam, hukumnya haram dimakan. Errrr...maksudnya juga, biji kopi itu perlu dibersihkan dahulu ya sebelum diproses...bukannya diproses bersama najis musang tu!
Biji kopi yang dinajiskan musang, jika biji itu dapat tumbuh, ia dikira mutannajis (terkena najis), jadi ia boleh dimakan. Kalau tak tumbuh, bermakna ia dah jadi sebahagian daripada najis. Jadi tak boleh makan.

Kru tv al-hijrah telah ke jakarta untuk menyelidik tentang status halal kopi luwak. Sekarang ni, JAKIM melalui panel kajian syariah dengan kerjasama MARDI tengah menguji biji kopi luwak yang dibawa pulang dari jakarta masih dalam proses kajian untuk menanam atau menumbuhkan semula biji kopi ini sebelum dikeluarkan fatwa halal atau haram minum kopi luwak ni. Masih lagi mengkaji, melakukan ujian lanjut dengan kerjasama jabatan kimia. Jadi keputusan hukum halal atau haram minum kopi luwak ni di malaysia masih lagi belum difatwakan. Masih dalam kajian. Dianggarkan keputusannya diperolehi selepas ramadhan.

Sila bersabar menunggu ya...


Psssst: kalaupun kopi ni halal, terima kasih ajelah kepada sesiapa yang nak belanja kopi luwak ya...belanja aje aku minum benda lain. Errrr...bukan tak sudi, tekak rasa kembang sikit je. Banyak benda lain lagi seisi alam ni yang boleh ditelan kot selain kopi musang ni ;)

PssssT: Aku dah jatuh chenta dengan Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajidterutama bila dia cerita bab IsraQ MikraJ dalam rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah semalam. Ohhhhhhh!


KEMASKINI:


Berikut adalah fatwa dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,  JAKIM berkaitan Hukum Meminum Kopi Luwak(Musang).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”

Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:

1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.

Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.






Ahad, 26 Jun 2011

Sila Jawab! Sila Jawab!

tahu tak
mengapa orang jahat
panjang umur dan lambat mati?

Selasa, 21 Jun 2011

Doa Cari Jodoh, Doakan Untuk Aku Juga

setiap hari, memang setiap haripun
kalau semak katakunci di nuffnang ataupun statcounter
akan jumpa carian tentang doa untuk bertemu jodoh
doa cari jodoh, doa cepatkan jodoh
semuanya berkisar tentang doa
dan jodoh

Oohhhhh rupanya blog aku
jadi tempat lepak untuk orang-orang yang ingat Allah
mencari doa moga-moga dimudahkan jodohnya
moga-moga diketemukan jodoh yang baik
moga-moga diringankan jodohnya
moga-moga dicepatkan jodohnya.
Yaaa doa juga sebahagian daripada ikhtiar
terlebih baik berdoa untuk dapatkan jodoh
dari berembun memalam buta mencari jodoh
di kelab malam atau disko atau juga kelab dangdut.

sebelum ni aku pernah buat entri tentang doa cari jodoh
jadinya entri ini hanyalah sebagai penunai janji
yang aku ukir dalam entri
carian kata kunci “Doa cari Jodoh” buatkan aku terasa
nak tampalkan doa yang ramai orang cari-cari itu
moga-moga carian mereka terhenti di sini sahaja
moga-moga mereka akan temukan doa itu di blog ini
moga-moga dapat mereka amalkan
dan akhirnya moga-moga doa itu Allah makbulkan
moga-moga nanti,
mereka juga tak lupa ajak aku makan kenduri
sempena menamatkan pencarian jodoh mereka itu
atau sekurang-kurangnya
mendoakan aku juga mendapat jodoh yang baik seperti mereka

Berikut adalah antara doa
yang boleh diamalkan kepada pencari jodoh
aku petik dari buku Ruqyah Asas Pengubatan Islam
disusun Dato’ Haron Din terbitan Darussyifa’
sesiapa yang nak buku kecil ini
harganya hanya RM3 (kecil) dan RM5 (besar)
dapatkan di kedai-kedai buku berbentuk keagamaan





Terjemahan maksud:
Ya Allah, jadikanlah dia dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah dia dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi segala-galanya.


 
Selepas ini
harapnya lebih ramai orang akan bertemu jodoh
jangan lupa doakan aku juga ya
bertemu jodoh dengan orang yang BAIK-baik sahaja
baik pekertinya, baik rupanya
baik kerjanya, baik pangkatnya
baik hartanya, baik juga keluarganya
baik segala-galanya
asal baik aje, cukuplah!
tak nak demand tinggi cecah awan

selepas ini,
harapnya lebih ramai orang bertunang walaupun taklah meriah gempak satu dunia
kemudian berkahwin berkenduri kendara hingga kayangan 
satu dunia menontonya secara live
bolehlah aku tompang sekaki berfestival ambil gambar di Putrajaya
taklah sadis sangat bila terima SMS tahniah sebegini rupa

Selamat berdoa semua ya!