Khamis, 16 Jun 2011

Tunggu Gerhana Bulan Depan Rumah

Bukan selalu boleh tengok keajaiban cerita dunia. Benda-benda aneh, ajaib, pelik tetapi benar-benar berlaku depan mata tidak mudah untuk kita lihat dengan mata kepala sendiri. Biasanya tengok di TV je. Gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, manusia berkepala unta sekalipun, kita jumpa kat youtube je. Kita tampal dan kongsi ramai-ramai di blog masing-masing. Macam sendiri yang alami kejadian tu.

Sat-sat tadi pi keluar depan rumah tengok bulan…masih lagi sihat walafiat kat tengah-tengah langit. Menurut ANGKASA dan JAKIM, malam ni dijangka berlaku gerhana bulan penuh. Fasa Gerhana Bulan Penuh ini adalah seperti berikut;

Bulan memasuki penumbra jam 1.25
Bulan memasuki umbra jam 2:23
Gerhana penuh bermula jam 3:22
Kemuncak gerhana jam 4:12
Gerhana penuh berakhir jam 5:02
Bulan meninggalkan umbra jam 6.01


Berikut aku petik maklumat dari JUPEM untuk dikongsi bersama. Mungkin dah ramai dikalangan rakan-rakan yang dah tahu…untuk makluman bersama sahaja;

MAKLUMAN GERHANA BULAN PENUH 14 REJAB 1432H / 16 JUN 2011 (JUPEM)

Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana).

Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra bumi. Gerhana bulan penuh 16 Jun 2011 bermula dengan bulan memasuki bayang penumbra pada jam 1:25 pagi seterusnya bayang umbra pada jam 2:23 pagi. Tempoh berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit.


Solat Sunat Gerhana Bulan

Lafaz niat (Maksudnya): “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

a. Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
9. Iktidal.
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.


b. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
7. Iktidal.
8. Sujud dan membaca tasbih.
9. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud kembali.
11.Membaca tasyahud akhir.
12.Memberi salam.


Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku’ sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku’ sebagaimana solat fardu Jumaat.

Berhajat untuk sama-sama saksikan peristiwa penting lagi bersejarah ini sendiri nanti. Itupun kalau mata masih lagi terbuka. Kalau mata dah terlelap, alamatnya selamat lah kan!

Rabu, 15 Jun 2011

Keputusan E-rayuan ke IPTA dah keluar campur dengan Ohhhh Cek Mek Molek!

Sedikit Info terkini:

PsssT: kepada adik-adik lepasan SPM yang sedang berdebar-debar menanti keputusan rayuan ke IPTA
Program pengajian lepasan SPM/setaraf sesi akademik 2011/2012, keputusan dahpun keluar semalam, 14 Jun 2011 jam 12 tengahari.

semakan melalui sms boleh dibuat dengan Taip UPU RESULT [nokp] dan hantar ke 15888. Kalau nak tengok secara online, boleh semak keputusan di laman web UPU.

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya. Kepada yang masih belum bernasib baik, usah putus asa. Banyak lagi peluang belajar masih ada. Kena usaha sikit je…


Jommmmmm kita terus ke agenda utama entri hari ni;

Dah lama tak buat acara tunjuk menunjuk. Entri kali ini boleh buatkan perut bergelora, sila tekan pangkah sekiranya anda tak mampu menahan air liur dari menitik atas keyboard.

Tak mampu tahan anak tekak yang mengada-ngada ini, aku beli 3 ketul ubi keledek. Di bawah adalah cara buat cek Mek Molek yang sangat molek kalau boleh santapnya kala minum petang la la la.

Bahan-bahannya hanya: keledek, sedikit tepung gandum, gula, secubit garam dan minyak untuk menggorang.

Mula-mula, rebus ubi keledek dan lenyek hingga halus strukturnya. Kalau berketul, gunakan lesung batu.


guna lesung batu untuk tumbuk ubi keledek rebus tadi. Jangan bagi berketul. Kalau berketul nanti pecah perut dan keluar ayaQ gula ;), ni Mek selalu bebel masa aku belum balikh dulu ;) ;)

Masukkan garam secukupnya. Masukkan tepung gandum dan buat doh. Sebat je berapa banyak tepung tu hingga doh sesuai untuk dibentuk. Jangan keras sangat, kang jadi ketul batu pulak. Lembut sangatpun tak sedap juga. Kira sedang-sedang je lah ya. Kalau cara aku...sesedap rasa nak hampuk hu hu hu

Gunakan plastik untuk licinkan rupanya. Letak sedikit minyak atas plastik tersebut. Ambil sebesar biji ping pong doh tadi. aku suka buat kecik-kecik sebab nampak comel dan sedap dimakan bila goreng. Kalau suka buat besar, ambillah sebesar bola sepakpun, ada orang nak marah?

Buat lubang ditengah untuk di si gula, kemudian bentukkan  menjadi bentuk yang disukai. masa letak gula, jangan bagi terpalit kat luar, nanti akan sebabkan pecah perut masa goreng.

bentuk moncon kiri dan kanan ni buatkan cek mek molek yang aku buat garing. Aku suka kunyah bila garing.

dah siap merekabentuk sekehendak hati

goreng sesedap rasa. ikut suka nak garing ke, rentung ka...sendrey mau ingat!

Tadaaaaaaaaaaaaa....dah pun masak. biarkan sejuk sekejap sebelum makan. Kalau makan masa panas sangat, air gula yang cair itu boleh merosakkan bibirku nan indah...sabaQ ya...sabaQ! tunggu sejuk dulu.
Fuhhhhhhhhhhhhh! lepasa kempunan anak tekak ni. sekali sebat langsai 5 biji. Kecik je pun. Masa balik kampung ari tu, ada beli, 5 biji yang muat sekali suap tu dah RM2...fuyooooo bila buat sebesen penuh tu...cukup puas hati la la la

Selasa, 14 Jun 2011

Anak Lelaki Buat Hal, Ibu Diarak Tanpa Pakaian

menurut akhbar hari ini,
seorang ibu di Pakistan telah diarak secara berbogel
di keliling sebuah kampung selepas anak lelakinya
dituduh meniduri seorang jiran wanita
yang kemudiannya mengandung.

itulah nasib seorang wanita,
seorang ibu di Pakistan ya kawan-kawan.

alangkah untungnya jadi wanita Malaysia
jadi tak payahlah berangan tinggi sangat
nak jadi ibu di Lombok ka
Pakistan ka Bangla ka
jadi ibu di Malaysia ni dah cukup membanggakan
dah boleh kutip ribu riban juta juta lemon pahala
dengan lelaki Malaysia yang taklah berapa hensem sangatpun mukanya
kalau berangan nak cari macam Shah Rukh Khan
payah sikitlah
taklah romantik sangat air liurnya memuja
untuk kahwin free bawak lari sampai Lombok

Lelaki Malaysia ni berbudi bahasapun
tak lah gak mana sangatpun
paling kurang mereka ni reti juga adat istiadat
meminang bagai nak rak
bersanding mengalahkan Putera William kahwin
gahnya sampai kayangan pun ada

Kesimpulannya
belilah barangan buatan Malaysia!
apa punya entri daaaaaaaaaaaaaaaaaa!
apa-apa je lah Labu!


PsssT: 
Kelantan menang 1-0 menentang Perak di Kota Bharu. nanti akan serang Sabah pula, hanya perlu seri sahaja untuk menang piala Super Liga. Fuhhhhh dah boleh tidur lena sekejab untuk malam ni. maklumat lanjut bolehlah ke Blog Sharinginfoz

Ini Bukan Entri Pasal Marah

semalam panjat katil sangat awal
jam 10.45 malam dah tutup lampu
tutup mata juga
untuk elak lebih banyak kemusnahan dunia
dek menahan geram dan marah
atau geram dengan Daudsu
tak ada kena mengena

balik kerja semalam
ketika matahari dah menyusup sembunyi
sebalik pokok
aku belum makan tengahari lagi
hanya sarapan dengan sebiji ban dan ipoh white kopi
jam 9.30 pagi sahaja


selingan: keindahan tasik cempaka Bangi pada waktu matahari terbenam

singgah kedai makan belakang rumah
dari sebelum azan maghrib
order roti john, mehun tom yam dan neskepe ais
semuanya bungkus
10 minit kemudian pelayan datang tanya semula
akak order apa tadi?
aku ulang semula:
roti john, mehun tom yam dan neskepe ais
semuanya bungkus

10 minit lagi pelayan lain pula datang tanya
akak order apa tadi?
aku tarik nafas panjang-panjang tahan dada
ulang semula dengan suara cuba dikawal:
roti john, mehun tom yam dan neskepe ais
semuanya bungkus

10 minit kemudian, pelayan datang dan beritahu
neskefe ais akak dah siap
pelayan yang ambil order pertama tengah siapkan nasi ayam pelanggan lain
menyampuk: makan pun bungkus juga

entah berapa kali aku tengok jam
7.50 petang
bang maghrib dah lama dilaungkan dari masjid
sekejab lagi dah nak isyak
dengan anggun
(sebab pakai kasut baru hari ni)
aku melangkah keluar
pelayan itu melaung: neskefe akak?
minum je lah sendiri!

masuk rumah, terus ke dapur tanpa angkut barang masukpun
tengah kebulur, nak tanak nasi
langkah mati tiba-tiba
yup! memang aku tak balik rumah beberapa hari
adakah bermakna ada orang berpesta
dan biarkan dapur macam tempat pelupusan sampah?
budak perempuan zaman sekarang
panjat bontot motor anak teruna jam dua tiga pagi pun sanggup
nak kemas dapur selepas menteke****H
tak sanggup!
Sila isi sendiri perkataan yang sewajarnya,
kira macam kuiz untuk hari ini

Ini bukan entri pasal marah
NASIHATTTTT!!!!

Isnin, 13 Jun 2011

Myplan Mudahkan Rakyat Faham Isi RMKe-10

Skima gila tajuk hu hu hu

minggu lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak,
melancarkan “myplan–Rancangan Malaysia Ke-10 Anda”,
kononnya pendekatan memberangsangkan
untuk membantu rakyat (yang macam aku)
lebih mudah faham isi kandungan pelan pembangunan lima tahun negara
(tu la, dulu malas nak belajar, kang dah GAGAL matematik,
nak faham RMK pun tak reti dah…nak buat macam mana
dulu lambat nak insaf! Terima kasih bebanyak ya Tok mudahkan sikit
otak udang aku ni berkerja)
Kononnya, myplan adalah satu jenama yang paling sesuai
maklumlah sekarang ni era digital
pelbagai pendekatan disebar luas menerusi media elektronik,
media cetak, laman web myplan serta papan iklan
(Er...sesape yang tau website Myplan bagi tau aku ya...)

bagus sangat perancangan begitu
aku memang sokong aje kalau benda baik
rakan-rakan semua tahu tak pasal Myplan ni?
Errrr kat mana ya aku nak tahu
semua mak nenek pasal benda alah ni?
Semalam tenet terlampau laju
mengalahkan kilat
tak mampu tembusi mana-mana alam maya pun
jadi…terketinggalan zaman sekejab
rasa macam terperosok dalam Gua Niah je
kalau tak boleh online.


tolong ya…cer citer kat aku sikit benda alah yang namanya Myplan ni
kat mana nak terjah laman sawangnya?
aku sesat semalam, cari tak jumpa…