Selasa, 19 April 2011

Bila Dia Menduga, Menarik Balik PinjamanNya

Ya...kata orang, bila Allah mengambil semula
semua yang dipinjamkannya
itu namanya dugaan
Dia mahu menduga sejauhmana kasih kita
sekuat mana iman kita
seteguh mana keyakinan kita
sekental mana hati kita
dan redha hati kita dengan semua uji itu
masihkah bersyukur dengan setiap nikmat diterima
dan sabar dengan dugaan itu?

Bila Allah memebri duka dalam hidup kita
membiarkan hati berderai kehampaan
atau bersenandung lagu duka
Dia mahu menguji ketahanan hambaNya
tentang falsafah qada dan qadar
tentang keikhlasan penerimaan
tentang tawaduk diri yang ada masanya
terabai
ada waktunya terpinggir tanpa sengaja.

dia memberikan uji dan duga itu
agar kita kuatkan iman
tambahkan sabar dan redha
rendahkan ego dan megah diri
agar kita kembali semula mencariNya
andai pernah tersasar dan alpa
agar kita lebih mengingatiNya
andai pernah lupa
agar menjadi pedoman buat orang lain
yang saksikannya

Lalunya,
bila kita diuji biar sebesar hamapun
sedarilah, Dia sedang mengaturkan
sesuatu yang lebih besar buatmu
daripada apa yang pernah kau miliki
dari apa yang diharapkan.

Bila doamu belum diperkenankan
maka ketahuilah,
Dia sedang menyediakan sesuatu yang lebih besar
daripada pintamu itu
atau sebenarnya
waktu belum sampai untuk kau akhiri
dengan berita gembira.

Bila Dia menduga,
mengambil semua pinjamanNya
maka ketahuilah
Dia sedang menyayangi kita
dengan caraNya
Lalu...tambahkan redhamu,
banyakkan sabarmu
apa yang dianugerahkan itu
sesungguhnya terbaik buat kita.

~Anyss~
Bandar Baru Bangi
April 2011

Sabtu, 16 April 2011

Berkenalan dengan Cik Kimmy Bakal Doktor Gigi

Mungkin kalian perasan, aku ada sertai 100 Penulis. Sengaja sertai grup penulis blog semaya alam begitu, nak tambah kenalan, pengalaman dan pada masa sama bertukar fikiran di ruang yang lebih lebar. Tak lah hanya di blog ni sahaja.

Sesiapa yang rasa berminat nak jadi editor kat 100 penulis, peluang masih lagi dibuka, cubalah memohon. Setiap editor hanya perlu siarkan satu entri sahaja seminggu. Itupun kerap juga aku terbabas. semasa kena pergi kerja luar yang agak lama sikit, biasanya aku akan scedulekan (ada ke bahasa ni?) siap-siap untuk diterbitkan. Masalahnya, bila balik dan dah lama tak siarkan entri…masa aku dah balik tu, TERLUPA lah pulak. Hu hu hu mesti admin bengang dengan aku!

Kali ni aku nak kenalkan rakan-rakan semua dengan salah seorang editor di 100 Penulis yang meriah tu. Si manis berasal dari Trengganu itu gelarkan dirinya Kimmy Ai (Editor bagi gugusan G15-4). Dia mula berblog pada 28 April 2009 dengan entri pertamanya hanya menulis “hi”. Ampunlah Kimmy ya, akak memang gelak sampai senak perut dengan entri tu…nasib baik tak jatuh kerusi. Pertama kali jumpa orang mulakan entri dia dengan tiga huruf macam tu.


Kalau nak jengah blog dia silalah ke Rottkappchen’s dan selongkar semua entri, kita akan jumpa pengenalan kepada si manis Kimmy Ai ni, Me Myself & I yang bernama Nur 'Athifah bt Jusoh @ Mohd Zaki yang dilahirkan pada 2hb December 1990. Hujung tahun, dik...lambat nak sampai tarikh pencen. kalau macam akak ni...awal tahun dah pencen hu hu hu. Kalau nak tengok gambar keluarganyapun boleh kat entri tu, termasuk ayahanda bonda (bagus ni untuk tengok calon mak dan pak mertua ya hu hu hu). Kat sini juga kita boleh hubungi Kimmy di Friendster dan Myspace melalui email kimmy90@rocketmail.com .

Si manis bercita-cita jadi doktor gigi ni memulakan arah tuju hidupnya ke Mesir bermula Jun 2009, apabila dia memutuskan untuk sambung belajar di sana. Masa sampai di Mesir, catatan Kimmy boleh dibaca di New World. Dia sangat bertuah bila mak temani sampai Mesir. Sempat lagi bawa mak jenjalan ya… Fi Mansoura dan tengok piramid.

Nak tahu apa istimewanya si manis Kimmy Ai (aku sendiripun tak tahu mana dia dapat nama glamer Kimmy Ai tu...cuba cerita sikit!, dijemput Kimmy Ai cer criter kat sini hu hu hu). Pada hari ulangtahun kelahirannya yang ke 20, dia pakai kimono jenis Yukata. Semua cerita pasal mengapa dia memilih untuk pakai kimono Yukata pada hari lahirnya yang ke 20 di Mesir itu ada diceritakan di blognya. nak tahu, bacalah sendiri ya...

comel tak dia pakai kimono?


Nak tahu lagi apa istimewanya dia? Ketika huru hara kat Mesir tempohari, ada ka patut dia sempat lagi pergi makan angin ke Turki? Memanglah dia spesies nakal dan suka cabaran, tapi...aku SUKA! Sebabnya, akupun tak mampu nak buat macam dia. Tapi, kalau aku berada di tempat dia nun kat negara Piramid tu, dah semestinya aku akan jelajah seluruh Eropah. Bukan senang nak pergi sana lagi bila dah habis belajar dan balik tanahair nanti kan?

Banyak pengalaman dia ke beberapa tempat menarik ditulis dalam blog. Rajin-rajinlah selongkar ya, itupun bagi yang suka jejalan macam aku. Jengahlah entri dia di


Hu hu hu dia memang jenis kaki jalan, sukakan pengalaman yang luar biasa. Paling aku suka, dia pandai ambil gambar. banyak gambar yang ditampal kat blog sangat cantik dan ada nilai estetik. bagi orang gila jalan dan gila ambil gambar, blog dia memang akan sentiasa jengah walaupun bukan selalu dia kemas kini.

Akhir sekali, pesan aku kepada si manis Kimmy Ai; jangan asyik berjalan je, jangan lupa jugak jengah gigi-gigi orang ya...hu hu hu pesanan jeles tak boleh blah dari aku. Kalaulah aku boleh jenjalan keTurki hu hu hu hu ada sesiapa nak sponser tak?

PssT: Semua gambar disalin dan tampal dari blog Kimmy Ai sendiri.

Jumaat, 15 April 2011

Nak Bangga Tak?

Bangga tak bila orang asing mampu berbahasa Melayu dengan baik?
Tahu budaya melayu, malah tahunya itu melebihi daripada kita yang berbangsa Melayu.
Kala bertutur, terpenuh sopan, terisi bidalan dan simbolis terpenuh makna.
Fahami adab resam Melayu dan pantang larang yang ada. Bangga tak?
Sedangkan orang bermata biru itu tak pernah jejakpun bumi Melayu ini,
tak pernah rasapun budu, sambal belacan, tempoyak atau cencaluk,
Bangga tak?

Bangga tak?
Bangga tak bila ada anak melayu mengatakan “I’m sorry...i tak fasih cakap melayu...”
Padahal, hanya beberapa tahun sahaja dia merantau ke negeri mat saleh untuk menimba ilmu tentang “dunia Melayu”.
Sedangkan, seabad hidupnya telan masak lomak cili api entah berapa tempayan,
hirup sambal belacan entah berapa belanga.
Bangga tak?
Bangga tak?

Kalian bangga tak?

Khamis, 14 April 2011

Kalau Itu Bukan Kamu...Mengapa Nak Latah, Sayang?

Alamak! Tajuknya macam merayu ke macam cover line nak maki?

Mengapa kita mudah sangat nak emosi tak tentu hala tentang sesuatu perkara, padahal katanya, kita bukan sebegitu.

Bila orang komen “perempuan sekarang materialistik”, maka melentinglah kita selangit tinggi. Mengapa nak marah kalau itu bukan kita?

Bila orang kata “lelaki memang buaya”, maka mengamuklah kita buat entri berjela panjang terpenuh maki dan keji tentang orang yang tuturkan ayat itu. Mengapa nak marah kalau itu bukan kita?

Kalau itu bukan kita, bukan kamu...bukanlah diri, mengapa perlu melatah? Mengapa nak marah kalau itu bukan kita?

Pssst: Mmmmm aku dah berjaya lahirkan entri yang pendek dan kontot, tahniah diri!

Selasa, 12 April 2011

Malaysia Bebas Telur Tiruan


Berita Perdana di TV3 sekejab tadi mengatakan bahawa “tiada telur palsu dijual di Malaysia”. Dua tiga hari lepas heboh tentang kewujudan telur palsu, diikuti dengan serbuah pihak berwajib di Pulau Pinang. Paling tepat di pasar Pulau Tikus (tetiba teringat kat AOP yang mengatakan Pulau Tikus tu bukannya berada di tengah laut-maklumlah namanya pulau-tetapi pulau itu letaknya di daratan).

Aku tak tahu siapa yang memulakankan isu telur palsu ni. Tak pasti juga apa agendanya, tetapi yang aku tahu…agak ramai juga yang menulis tentangnya di Fb dan blog. di akhbar-akhbar juga hebok pasal ni.

Macam tak logik je ada telur palsu, tetapi aku pernah terjumpa satu tulisan tentang cara-cara buat telur palsu. Lupa dah kat mana. Kalau betullah wujudnya telur palsu ni…katalah ianya tidak jejaskan kesihatan, bermakna kita boleh atasi masalah kekurangan makanan dan kebuluran di banyak negara.

Baguslah tak ada telur palsu, kalau benar telur palsu memudaratkan kesihatan. Maklumlah, telur ni makanan wajib ada dalam rumah kami.


PsssT: Banyak sangat benda palsu muncul kebelakangan ni…kalau masih lagi ragui ketulinan telur tu, bolehlah kita pakai ramai-ramai adakan ujian Ujian polygraph untuk mengesan pembohongan. Mana taulah kan, telur tiruan tu tetiba mengaku asli. Orang tiruanpun boleh mengaku orang asli, apalagi kalau telur, ye tak? …errrr apa aku melalut ni?