Bangga tak bila orang asing mampu berbahasa Melayu dengan baik?
Tahu budaya melayu, malah tahunya itu melebihi daripada kita yang berbangsa Melayu.
Kala bertutur, terpenuh sopan, terisi bidalan dan simbolis terpenuh makna.
Fahami adab resam Melayu dan pantang larang yang ada. Bangga tak?
Sedangkan orang bermata biru itu tak pernah jejakpun bumi Melayu ini,
tak pernah rasapun budu, sambal belacan, tempoyak atau cencaluk,
Bangga tak?
Bangga tak?
Bangga tak bila ada anak melayu mengatakan “I’m sorry...i tak fasih cakap melayu...”
Padahal, hanya beberapa tahun sahaja dia merantau ke negeri mat saleh untuk menimba ilmu tentang “dunia Melayu”.
Sedangkan, seabad hidupnya telan masak lomak cili api entah berapa tempayan,
hirup sambal belacan entah berapa belanga.
Bangga tak?
Bangga tak?
Kalian bangga tak?