Khamis, 17 Mac 2011

Berpuisi dalam Bahasa Rusia

Ha ha ha gelak laaaaaaaaa gelak laaaaaaaaa. Aku tau lah korang tengah gelak baca tajuk tu, tapi...serius tau. Ini memang puisi dalam bahasa Rusia. Aku tak tipu!

Okey...aku buat pengakuan. Minggu lepas, dalam sibuk-sibuk nak menyudahkan kerja aku yang menimbun mengalahkan KLCC ni, aku terjumpa pantun macam ni. Katanya dalam bahasa Rusia. Katanya pantun, tapi aku nampak macam tak berapa jadi pantunpun. Jadi aku kelaskannya sebagai puisi.

Lanyakkkk je lah kan. Okey...nikmati sepenuhnya puisi ni. Sila baca dengan kuat ya, biar semua orang dengar betapa indahnya bahasa Rusia ni...Errr tajuknya aku pakai bantai buat sendiri. Kalau tuan dia tau...mampuih aku kena katak (Opssss! caluk, ni bukan spesies ko, tapi silalah tanya Zz apa makna "katak" dalam bahasa antarabangsa KELANTAN hu hu hu)


~TY vse, chto serdtsu milo,
S chem ia szhilsia umom:
Ty mne liubov' i sila,-
I. Spi bezmiatezhnym snom!

Ty mne liubov' i sila,
I S'let v puti moem~
Vse, chto mne zhizn' sulila,-
Spi bezmiatezhnym snom.

V se, chto mne zhizn' sulila
Naprasno s kazhdym dnem;
Ves' bred rrliadogo pyla,-
Spi bezmiatezhnym snom.

Ves' bred mladogo pyla
o schastii zemnom
S ud'ba osushchestvila,-
Spi bezmiatezhnym snom.

Sud'ba osushchestvila
V se v obraze odnom,
Odno gorit svetilo,-
Spi bezmiatezhnym snom!

Odno gorit svetilo
Mne radostnym luchom,
Kak buria b ni grozila,-
Spi bezmiatezhnym snom!

Kak buria b fit grozilra,
Khotia 0 skvoz" vikhr" i grom
Neslos' moe vetrilo -
S i bezmiatezhn ~ snom!


Nak tau maksudnya apa? Errrr bukan ari tu buat pengakuan faham bahasa Rusia ke? Mmmmmm kat bawah ni terjemahan maksudnya;

Aku Nak Tidur Sampai Lelap



Kaulah yang kena pada hatiku
Yang bercantum dengan mindaku
Kaulah cinta dan kekuatan aku
Tidurlah dengan lelap!

Kaulah cinta dan kekuatan aku,
Cahaya dalam perjalananku
Apa yang kujanjikan kehidupan
Tidurlah dengan lelap!

Apa yang dijanjikan kehidupan
Teryata semakin sia-sia
Segala cita-cita masa muda
Tidurlah dengan lelap!

Segala cita-cita masa muda
Tentang kebahagiaan hidup
Dipenuhi oleh nasib
Tidurlah dengan lelap!

Dipenuhi oleh nasib
Dalam satu bayangan sahaja
Satu matahari bercahaya
Tidurlah dengan lelap!

Satu matahari bercahaya
Girang menyinari aku
Meskipun badai menimpa
Tidurlah dengan lelap!

Meskipun badai menimpa
Melalui angin dan petir
Layarku melaju terus
Tidurlah dengan lelap!


Best kan? Alahaiiiiiiiiiii jiwang karat sekejab.

Selasa, 15 Mac 2011

Email penipu mengaku LHDN

Jepun masih lagi tidak henti dengan gempa. Entah berapa kali sehari dengan gegaran yang ada masa kuat, ada masa perlahan. Tsunamai yang membadai negara matahari terbit itu jumaat lalu masih lagi belum hilang kebahnya. Hari ini, loji nuklear di Fukushima telah meletup. Tahap rediasi yang ada di Jepun sudahpun melepasi tahap yang selamat. Jangan main-main dengan radiasi nuklear...ni bukan nak takutkan sesiapa, tapi sendiri sudah takut! 3200 diistiharkan sebagai mangsa korban ini termasuk yang masih hilang.

Berita harian pun dah minta maaf dengan karikatur atromennya yang dianggap memperlekehkan nilai kemanusiaan. Errrr artist u…dah minta maaf ke belum? Artis tu ada keluarkan apa-apa kenyataan media tak? Ada jumpa wartawan melodi tak? Alaaaa kisah sorang artist yang buat lawak tak berapa nak lawak pasal tsunami di Jepun tu…ada tak? Ada dia buat kenyataan kat mana-mana tak yang dia minta maaf? Kat blog ka…kat twitter ka…kat facebook ka…ataupun kotlah dia sms Lisa Surihani ka… Lisa, dia ada twit U tak? (errr…nape aku nak menyibok pasal artis tu, aku sendiripun tak tahu…)

Minggu lepas memang kalut dengan musibah serata dunia. Itu belum kira lagi huru hara yang dicipta manusia sama ada nak mintak DNA ataupun nak mintak ghadafi dan pemimpin dunia lain turun sedekahkan kuasa. Itu kisah dunia yang tersangkutnya hanya secalit dalam kehidupan aku. Ada kesan tetapi kesan itu tersayat di minda yang baru sedikit turunnya ke hati.

Hari ini, tengahari tadi…aku terima satu email yang pernah aku terima tahun lepas. Email dari Lembaga Hasil dalam NegeriLHDN minta bayaran sebanyak Rm700. Fuyoooooooooooooooo Rm700 tuuuuuu…kalau pergi tengok Filem Hikayat Merong Mahawangsa, entah patah lutut aku dok beratur beli tiket nak habiskan banyak tu!

Ini rupanya email yang aku terima tu...siap dengan lambang rasmi LHDN lagi tu!



Dengan gaya ala-ala panda berkungfu gayung patani, terus aku klik kat link diberikan. Bersemangat betul nak bayar rm700 tu…tak sabar nak serahkan jiwa ragaku kepada malaysia nan tercinta ini. Takat rm700 untuk cukai, apalah sangat kan hu hu hu cintaku melebihi nilai RM700 la la la

Cantik tak laman web ni? Teruja tak nak bayar? Cuba perhatikan alamat laman web ni…pelik tak? Memanglah pelik kalau laman web penipu! Pantang betul aku dengan penipu macam ni! Huh! Darah dah naik ke kepala ni…

Bila klik ke link bank rakyat atau cimb di bawah, inilah rupanya;


Kalau masih lagi GEDIX nak tanya tu...ini je dia jawab;


Ini sebenarnya laman web rasmi LHDN. Perhatikan alamat web berkenaan:


Sebenarnya, sebelum aku buat semua aktiviti klik-klik itu, setelah mengesan kepelikan alamat laman web berkenaan, aku terus telefon LHDN bahagian pertanyaan / cadangan / aduan di talian 1-300-88-3010 dan berkomunikasi dengan pegawai bertugas. Menurutnya:


Bermula hari ini lhdn menerima beberapa aduan dan pertanyaan tentang ini dan seorang (pada masa perbualan itu berlangsung) telahpun terpedaya dan kehilangan rm700.
Jadi, rakan-rakan semua…email berkenaan sebenarnya email tipu. Email spam. Email dari perompak. Aku dah hubungi lhdn sendiri dan sahkan dengan mereka tentang perkara ini. Sila jangan terpedaya!

Setengah jam kemudian, aku semak semula laman web tersebut dan semua link yang ada, sudahpun tidak dapat diakses. Tahniah kepada LHDN dengan tindakan yang cepat itu. Moga tak ramai yang terpedaya.

Pesan dari pegawai lhdn tersebut:

“pihak kami tak akan hantar email minta dilakukan bayaran sebegini. Semua urusan rasmi yang dilakukan lhdn adalah melalui surat menyurat, walaupun lambat sedikit tetapi lebih selamat”
Kepada rakan-rakan semua, sila sebarkan hal ini agar lebih ramai orang akan tahu dan tidak terpedaya dengan penipuan cara sebegini.

Ahad, 13 Mac 2011

Imej Satelit Sebelum dan Selepas Tsunami di Jepun 2011

Ini bukan entri lagu Sebelum dan Sesudah yang dinyanyikan kumpulan Senario. Jom, sama-sama tengok macam mana rupanya sebelum Jepun dibadai Tsunami Jumaat lepas. Semua imej ini merupakan hasil tilikan dan imej satelit.

Yuriage di Natori


Yuriage di Natori (dari Barat)


Kawasan Reaktor Nuklear Fukushima


Kashimaku di Minamisoma


Kashima di Minamisoma


Yagawahama di Miyagi (Semenanjung Oshika)


Nampak tak bezanya?
Dahsyatkan? Insafkan?
AllahuAkbar!

PsssT: Tengok kat TV3 tadi…mangsa yang balik rumah masih nampak terkejut, terpinga-pinga dan kebingungan. Kasihannya.

PsssT: Ingatkan hanya artis suka buat lawak bodoh pasal tsunami yang membadai Jepun Jumaat lepas, rupa-rupanya kartunis pun sangat suka membuat jenaka hal yang sama. Agak-agaknya, kalau orang persendakan kematian ahli keluarga mereka…marah tak? Tak kot!

Full Video Tsunami di Jepun


Masa aku dengar berita radio Jumaat lepas tentang tsunami di Jepun, aku tak ambil kisah sangat. Ingatkan kecil sahaja. Petangnya baru aku sedar, bencana itu agak besar. Itu yang mendorong aku tulis entri Sabah dilanda Tsunami?, hanya kerana kemungkinan akan berlaku bencana yang sama di Sabah. Niatnya hanya satu: sebarkan maklumat dengan meluas agar lebih cepat diketahui umum. Kalau betul akan berlaku bencana yang serupa di Sabah walaupun mungkin pada skala yang lebih kecil, sedikit sebanyak ramai blogger telah mendapat maklumat melalui blog. Hanya itu sahaja harapan aku.

Malamnya, aku saksikan dalam berita di TV. Hanya sedikit visual ditayangkan. Maklumlah, maklumat belum diterima sangat lagi. Dalam visual seketika itu, hanya nampak bangunan dan harta benda sahaja yang musnah. Tanpa manusia. Kira agak lega juga kerana tidak libatkan ramai orang. Angka yang dikeluarkan ketika itu hanya 200 orang sahaja terbunuh. Esoknya angka meningkat 300 orang. Hanya rasa lagi lega bila dapat tahu 100 rakyat Malaysia di Jepun selamat, terutama para pelajar walaupun yang diketahui hanyalah pelajar tajaan Mara sahaja.

Ketika ini aku masih lagi tidak anggap bencana ini besar dan menyeluruh walaupun semua orang membicarakan hal ini. Sebab utama, angka kematian sangat rendah berbanding kejadian pada 2004. Ini kerana Jepun sebuah negara maju. Rakyatnya dah tahu tentang gempa bumi berkenaan lebih awal. Mangsa 200 orang itu bukan sebab gempa, tetapi sebab tsunami.

Namun, bila aku tengok Full video ini, barulah aku tahu...kawasan tersebut dah jadi Padang Jarak Padang Tekukur. Sama macam tsunami Aceh pada 2004. Saujana mata memandang ranap begitu sahaja. Rapuhnya hasil ciptaan teknologi manusia;



Ini jarak dekatnya yang aku selalu nampak kat TV;

Bila lihat arus pusar sebegini...fuhhhh sangat menakutkan.

Silalah ke youtube untuk dapatkan lebih banyak lagi video terkini. Dah banyak dimuatnaikkan.

Malaysia sangat prihatin dengan musibah ini telah menghantar 6 ekor anjing untuk membantu mengesan mayat, pasukan perubatan dan bantuan yang lain. Mercy juga akan ke sana.

Selain kebocoran radiasi reaktor nuklear yang berlaku di Fukushima yang dikesan berdasarkan peningkatan radio aktif dibebaskan ke persekitaran, Jepun juga berdepan dengan empangan Fukushima yang pecah.

Jepun memang akan lumpuh ekonominya untuk seketika, walaupun aku sangat yakin hanya seketika sahaja. Namun, pada masa yang sama, banyak negara lain juga turut mendapat impak daripada bencana ini seperti negara kita. Ekonomi kita sangat bergantung kepada negara Matahari terbit ini setelah kita amalkan Dasar Pandang Ke Timur.

Paling mudah, di negara kita pun banyak kilang-kilang elektronik dan segala macam kilang yang tenaga kerjanya dah tentulah warga Malaysia selain Indonesia dan Bangla (Itu baru kilang). Kalau Jepun bermasalah, dah tentu kita juga turut bermasalah. Kalau mereka tutup kilang di negara kita, bayangkanlah berapa ramai penduduk negara kita akan kehilangan pekerjaan. Sangat ngeri untuk membayangkannya, tambah lagi pada ketika semua barang telah naik harga ini.

Gempa bumi yang berlaku berulang-ulang kali di Jepun, seterusnya tsunami hebat ini menyebabkan lebih 17 negara lain di dunia mengeluarkan amaran tsunami di negara Masing-masing. Kepada saudara (adik) Kazen yang meninggalkan komen di entri aku yang lepas itu, harapnya lebih mendalami ilmu mantik dan bahasa. Silalah fahami makna yang berlapis-lapis sebalik ayat berkenaan.

Ini entri terakhir aku tentang tsunami. Aku janji!

Sabtu, 12 Mac 2011

Gempa Terkini di Jepun: Amaran Tsunami dikeluarkan 17 Negara

Masih lagi berkaitan gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun semalam. Walaupun rakyat Malaysia yang berada di Jepun disahkan selamat, namun angka kematian meningkat melebihi 400 orang manakala seramai 17 ribu orang dilaporkan cedera.

Walaupun dua tempat di Hawaii dilanda tsunami setinggi satu meter sahaja, tetapi seorang telah menjadi mangsa dihanyutkan (tak pasti selamat ke tak) ketika sedang kusyuk ambil gambar. Kepada semua blogger, sila utamakan keselamatan diri ya...tau lah nak kejar hit tetapi nyawa lagi penting. Siapa nak kemas kini blog anda bila dah kena bawa arus. Tak pasal-pasal blog orang lain naik trafiknya gara-gara berita blogger (anda) yang dibawa arus. Tuan punya yang dibawa arus tu tak dapat trafik pun hu hu hu Tolonglah! Imaginasi aku memang tinggi melepasi tahap orang lain hu hu hu

Amerika Syarikat juga turut alami kesannya sedikit sebanyak.

Pagi tadi, jam 11 pagi waktu malaysia, satu lagi gempa berskala 6.6 skala ritcher telah berlaku di tempat yang sama, iaitu berjarak 170km ke utara Jepun, kemudian disusuli dengan gegaran-gegaran kecil.

Ekoran gempa berkenaan, banyak negara telah mengeluarkan amaran tsunami seperti Rusia, Taiwan, Filipina, Indonesia, Papua New Guinie, Australia, New Zealand, Fiji, Mexico, Costa Rica, Guatamala, El Salvador, Nicaragua, Panama, Cilie, Colombia, Peru dan lain-lain. Jangan risau, Malaysia selamat. Tak ada amaran tsunami dikeluarkan. Malaysia ni kukuh, kuat dan kekar.

Kepada sanak saudara dan keluarga yang ada anak-anak tengah belajar, atau kekasih hati, atau rakan-rakan yang sedang belajar, berkerja, melancong atau melencong di Jepun ketika ini, bolehlah dapatkan maklumat di beberapa talian bilik operasi luar negeri Wisma Putra seperti berikut;


03-8887 4570,
03-8887 4770,
03-8889 2746 dan
03-8889 2830,
manakala kedutaan Malaysia di Tokyo boleh dihubungi dengan menelefon +81334763840.


Kemaskini: 207 orang pelajar Malaysia di Jepun dilaporkan selamat. Moga berita ini legakan hati keluarga mereka.

PssssT: Aku terkilan dengan seorang artis tak lah berapa popular pun, main-main dengan tragedi sebegitu. Kalaupun nak bergurau, bukan ini masanya. Bukannya semasa orang dilanda musibah. Aku dah ke Aceh 2 kali, walaupun selepas 6 tahun, tragedi tsunami itu masih tinggalkan kesan. Patutnya, sebagai artis, dia lebih prihatin dan tunjukkan contoh yang baik. Bila orang tak respek, nak salahkan siapa? Bukankah diri sendiri yang buat lawak bodoh?