Selasa, 12 Oktober 2010

Mi Goreng IndoMie di Malaysia Selamat? {{{{TERKINI}}}}


Ini berita tak berapa nak baik untuk penggemar makanan segera bersifat me magi ni...produk yang terlibat adalah indoMie keluaran Indonesia. Penggemar makanan segera ni mesti tak senang duduk sekejab.

Di Taiwan, Indomie keluaran Indonesia telah ditarik balik dari pasaran kerana dipercayai mengandungi bahan yang tidak selamat dimakan. Masih boleh makan, tapi untuk jangka panjang ada kesan sampingan termasuk kanser.

Di Malaysia, keputusan masih belum kita tahu lagi kerana Tan Sri Liaw Tiong Lai, Menteri Kesihatan baru arahkan agar sampel yang berada di pasaran diuji. Jadi, kita kena tunggulah apa keputusannya nanti. Kepada peminat tegar makanan segera, usahlah latah ya. Kita tunggu dulu...

Aku tak terima kesannya langsung sebab dalam lima tahun, nak makan sebungkus pun susah. Bukan “menggak”, “manggak” ataupun “menta” tapi tak boleh makan. Pernah cuba beberapa kali untuk menikmati makanan segera sebegini, namunnya mendapat kesan yang juga segera.

Kali pertama makan, terus aku muntah. Kali kedua makan dapat migrin walaupun belum sempat habis menyudu di mangkuk. Dan kali ke tiganya, aku mendapat cirit birit. Ohhhh sungguh menderita! Jadinya, menggak tak pun, ia bukan makanan pilihanku.

Lama tak kena tunggu keputusan ujian tu?

Pssttttt: Aku ada beberapa orang kawan yang sangat suka dengan makanan segera seangkatan dengan Indomie ni...

Kemaskini 13/10/2010:
Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa Indomie yang berada di pasaran Malaysia selamat untuk dimakan. Selamat ya...sila sambung makan Indomie semula ;)

Baget 2011: Bonus Lagi Untuk Kakitangan Awam?

Buget 2011 akan dibentangkan di Parlimen hujung minggu ini oleh Perdana Menteri kita yang hensem itu (tahu kan kenapa puji dia hari ni? Sila umumkan bonus setengah tahun kepada penjawat awam la la la).

Maklumat tentang pembentangan belanjawan 2011 seperti berikut;

Hari: Jumaat
Tarikh: 15 Oktober 2011
Masa: 3 petang
Secara langsung di TV3

Jom ramai-ramai serbu TV! Hu hu hu aku kat HUKM masa tu, jadinya...sila kemaskini blog anda untuk aku serbu malamnya.

Ahad, 10 Oktober 2010

Selamat Pengantin Baru Dato’ Angkasawan

Pasangan raja sehari Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr. Halina Yunos pun dah selamat mendirikan masjid mereka. Doa-doakan sahaja perkahwinan itu kekal abadi hingga syurga. Aku tampal ajelah gambar mereka yang aku petik dari mstar, yang sangat comel ini.


Sangat kagumlah dengan angkasawan Sweden yang jadi hensem bila berbaju melayu tu... ;)

Beberapa saat sebelum lintas langsung ke PICC sempena perkahwinan kayangan Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr. Halina Yunos, hati terkedu seketika dengan kemalangan 2 buah bas, 1 van dan 3 buah kereta di lebuh raya Utara Selatan. Salah sebuah bas berkenaan dipercayai milik Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bila terpa ke blog ondscene, hanya maklumat awal sahaja dipaparkan.

Harapnya apa yang berlaku di lebuhraya sana dapat segera diselesaikan. Moga-moga ramai yang membantu. Moga-moga mangsa yang cedera segera mendapat rawatan.

pstttt: rancang nak tidur awal, namun macam ubah fikiran pula. Kena tunggu berita jam 12 tengah malam nanti.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Saya sedang Hangat Bercinta!

Aku: Tak serbu Putrajaya ke esok?
Dia: Kenapa? Ada apa kat Putrajaya.
Aku: Dato’ Angkasawan sanding ala-ala kat bintang di PICC
Dia: Maaflah...tak tahu. Saya sibuk sikit sekarang ni, tak sempat nak pikir pasal orang lain.

Opssssss! Ayat di atas telah diubahsuai untuk entri ini, tetapi antara yang ada dalam dialog di atas adalah ayat yang menjadi tajuk utama hu hu hu . Ya, dia memang sangat sibuk sekarang. Jadi, ampunkahlah dia kalau tak tahupun tentang perkahwinan popular Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor Al-masri yang sangat disukai ramai itu. Jangan rasa hati ya, Dato’...walaupun berderet angkasawan akan mendarat di PICC esok dengan serbuan paparazzi seluruh dunia, ada orang yang tinggal di Bangi tak tahu pun. Alahai...

Jadinya para blogger, usah terlalu memburu berita perkahwinan gemilang ini hu hu hu aku masih lagi terkedu sebenarnya ni.

Kepada semua rakyat Malaysia yang nak serbu PICC esok, sila datang awal ya. Kesesakan dijangka hingga ke lebuh raya...jadi, silalah guna jalan tikus. Bangi dah tentu akan terima limpahan pengunjung. Aku sendiri tak pasti akan tambah lagi kesesakan berkenaan (rasanya landing depan TV3 lebih best kot, boleh makan kacang putih sambil golek-golek, melainkan...ada paparazzi nak ajak aku ikut serta sebab...aku sangat teruja untuk saksikan suasana sesak itu). Dah kelaparan serbu Putrajaya, sila berkunjung ke bangi untuk isi perut pula. Mmmmm entah kenapalah aku nak promote bangi hari ni...ish! ish! Ish!

Kalau keliling Bangi hari ini, anda akan ketemu beberapa kain rentang sudah dipasang di beberapa persimpangan utama yang mengalu-alukan kedatangan para astronaut dunia yang akan menggunakan persalinan melayu. Ohhhh sangat teruja nak tengok orang putih ni pakai baju melayu...

Kain rentang paling besar dipasang di PKNS.

Aku pun rasa bangga juga nak terima kedatangan para angkasawan dunia ni walaupun mereka hanya melintas Bangi sahaja. Itupun kalau lintas!

Jumaat, 8 Oktober 2010

Persandingan Kayangan: Bila Malaysia menjadi Lokasi Angkasawan Mendarat

Ampunkanlah daku dengan tajuk yang ekstrem ini. Entri ini hanya kisah picisan tentang Angkasawan pertama negara, Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor Al-masri yang popular dan menjadi idaman Malaya itu.

Aku pernah jumpa jejaka hensem ni secara life, berbual sepatah dua kata. Puri Pujangga, UKM jadi saksi.

Dia lebih hensem dalam gambar dan di kaca tv berbanding live (dari kaca mata aku yang rabun ini), tetapi ketinggiannya itu aku memang kagum. Dan dia, memang boleh jadi duta kepada apa-apa sahaja kerana seni komunikasinya sangat baik. Mantap. Sentiasa bersedia.

Berada bersamanya, kita tak diabaikan biar siapapun kita. Biar sekecil manapun kita. Biar tak punya apa-apapun kita (masa terserempak dengan dia, aku makan tengahari dengan kita orang punya Timbalan pengarah. Tak pastilah pulak kalau hanya aku sahaja...masihkah dia begitu? Yang pasti, dia pun bukannya kenal kita orang punya timbalan pengarah tu pun hu hu hu jangan rasa hati ya Madam Ungku).

Dia memang hak milik masyarakat. Dan, dia sudah bersedia untuk itu. Walaupun sering akan disapa, ditahan dan diserbu dengan pelbagai kerenah, dia tetap jua dengan senyum hensemnya itu. Tak percaya? Tengok je senyum chumilnya kat sini...



Tergamam dengan kechumilannya yang mesra bagai dah kenal berpuluh tahun itu, terlupa nak tarik dia ambil gambar. Lagi pula dia bersama VIP, sungguh tak sopan untuk menjerit-jerit sawan sekadar nak ambil gambar. Dah balik, timbalan pengarah kita orang yang comel itu pula meroyan (ohhhh sungguh tak sopan penggunaan perkataan ini, ampunkan daku!) sebab menyesal tak tarik si hensem itu ambil gambar.

Moga-moga perkahwinannya dengan Dr. Halina Mohd Yunos yang menjadi “Wedding of the decade” itu kekal abadi dunia akhirat tak kiralah konsep apa majlis persandingan yang mereka gunakan. Selamat pengantin baru dan selamat menyambut ulang tahun ketiga kepada Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Sama-samalah kita doakan mereka bahagia. Sama-samalah kita doakan rumahtangga mereka sejahtera dan dijauhi fitnah syaitan laknatullah. Sama-samalah kita doakan jodoh mereka kekal abadi, dunia akhirat. Doakan yang baik-baik aje ya...mendoakan kebaikan untuk orang lain tidak akan mengurangkan kebaikan yang ada dalam kehidupan kita.