Selasa, 24 Disember 2013

Bila Ikan Melompat Ke Darat


Petang dah tengok kat FB bila dak Iyra tampal video…sat-sat tadi tengok lebih jelas kat TV huh u huh u orang rabun memang tak nampak kalau skrin kecik. Macamlah skrin TV tu 50 inci huh u huh u

Kalau meneliti semula beberapa kejadian bencana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bencana yang berlaku ditandai dengan beberapa kejadian pelik. Tsunami 2004 yang membadai Aceh dan banyak Negara termasuk Kedah dan pulau Pinang juga ditandai dengan kehadiran ikan-ikan yang melompat naik ke darat.

Pagi tadi, lebih kurang jam 9 pagi, beribu-ribu ikan tamban didapati berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan. Fenomena aneh dan pelik yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu.

Ikan melompat ke daratan di Lahad Datu



Semoga andaian akan berlaku kejadian tidak diingini tidak terjadi. Moga saudara mara kita di kawasan ini sentiasa prihatin dengan perubahan semasa yang berlaku dan bersedia.

Komen aku: Jabatan Meteologi keluarkan amaran kuning tentang hujan lebat yang bakal turun bermula esok hingga Khamis terutama di Kuantan yang dijangka berlaku gelombang kedua banjir di Kuantan. Di Sabah dan Sarawak juga termasuk dalam kawasan berkaitan. Moga-moga semua orang di kawasan terlibat lebih bersedia. Mmmmm hujung minggu ini aku kena kerja luar. Moga-moga tidak ada apa-apa yang menghalang. Aminnnn.

PsssT: Berita radio jam 11 malam juga mengatakan terdapat fonomena aneh kerang juga naik ke darat tetapi tidak dinyatakan lokasinya di mana. Namun Jabatan meteologi menafikan akan berlaku tsunami.


Boring Pada Jam 8 Pagi…Ishhhh!


Berikutan entri aku Jangan Memain Sensiang Buta ni boleh? yang aku siarkan pada hari Rabu, inilah sambungan ceritanya.


Ceeewahhhhhhh! Macam sinetron pulak ada sambung-sambung cerita hu huhuhu

Ingatkan cerita tentang panggilan misteri tengah hari buta tu dah habis kat situlah. Almaklumlah aku kan dah jawab dengan suara yang boleh buatkan orang gerun menggigil-gigil salah hari boleh terkencing bagai tu. Tapinya, nak jadi cerita, suara aku tu tak ada lah menggerunkan si pemanggil tu rupanya.

Pepagi buta hari Khamis tu, tepat angka 8 pagi sebenarnya, boleh dia telefon lagi. Aku tak angkat pun masa tu. Hanya tengok je nombor yang naik, tapi sejam kemudian dia telefon lagi.

Aku sebenarnya jarang simpan nombor yang sekali sekala je telefon aku ataupun tak ada urusan sangat. Bila banyak kali telefon bunyi dari nombor yang sama, aku kena angkat jugak risau-risau kalau panggilan itu dari pejabat. Manalah tahu kan…aku pulak bukannya rajin nak masuk pejabat ikut waktu. Macamlah pejabat tu bapak aku yang punya! Fuhhhhhh! Kantoi sudahhhhh!

Nak tak nak, masa tengah gosok baju batik (hari Khamis kan…kenalah pakai batik), aku angkat juga panggilan tu walaupun hati kecil aku kata itu panggilan hangit. Kali ni, bila aku tanya dia siapa, katanya nama dia Nizam. Dua kali aku tanya semula nama dia sebab perlahan sangat bunyinya.

Bila tanya nak cakap dengan siapa, selamba je dia cakap “nak cakap dengan awaklah,” dengan suara tersedut-sedut bagai terkepit celah pintu. Perlahan pulak tu. Aku ni kan pekak badak, mana boleh cakap perlahan romantik bagai dengan aku.

Katanya dia tengah boring. Pepagi buta boring? Jam 8 pagi? Mmmmm budak sekolah ke burung hantu tengah boring jam 8 pagi? Kalau ikutkan aku, tak ada maknanya nak boring waktu macam tu. Paling malaspun aku boleh tidur. Alahaiiiiii!

Tetiba aku rasa macam malas nak melayan sebab dok teringat nasi lemak Pak Yeop yang dah berminggu-minggu belum dapat lagi tu. Malangnya, Pak Yeop tetap tak berjualan juga hari ni. Bukan Pak Yeop seorang je tak berjualan, semua gerai yang biasa jual kuih muih dan nasi lemak berhampiran surau Syeksen 8 tu tak ada yang berjualan. Mmmmmmm kena angkut dah kot!

Pak Yeopppppp! Tolong! Dah rindu nasi lemak Pak Yeop ni. Mana nak cari? Dah berminggu-mingguan daku mencari Pak Yeop hu hu hu huh u windunya dengan nasi lemak Pak Yeop!


Isnin, 23 Disember 2013

Maaf, Daku Hanya Insan Biasa


Daku Hanya Insan Biasa. Insan biasa yang banyak kelemahan, hingga ada masanya, lebih yang lemah itu menyebabkan diambil kesempatan.

Daku Hanya Insan Biasa. Yang terlalu biasa. Yang tak punya apa selain harapan dan impian. Harapan dan mimpi yang besar ini sentiasa mengekang, selalu mengejar dan kerap membelenggu. Ada ketikanya buatkan aku terkedu sendiri. Arah manakah sebenarnya hidup ini? Masih jauhkah lagi aku perlu berlari dan mendaki?

Daku Hanya Insan Biasa, yang sentiasa teringin menjadi anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya. Anak terbaik yang tidak menyusahkan mereka di dunia, apalagi akhirat. Yang akan menyenangkan hati mereka. Namun aku tetap insan biasa.

Daku Hanya Insan Biasa, yang sentiasa sahaja mahu menjadi pekerja terbaik. Nak penuhi KPI tahunan menggunakan jalan yang lurus. Bukan jalan bengkang bengkok. Namun jalan lurus yang terlalu jauh itu akhirnya tetap jadi bengkok pula hingga aku jadi serba salah untuk teruskan atau berdiri statik pada tahap itu sahaja. Aku jadi keliru. Aku jadi serba salah. Mana mahu dituju? KPI yang ditetapkan dengan pelbagai rencam itukah, ataukah KPI yang diri tetapkan? Maha Suci Allah yang menciptakan langit dan bumi ini, berikanlah daku hidayah untuk terus berada di jalan menuju kebenaran.

Daku Hanya Insan Biasa, yang ingin menjadi sahabat terbaik. Sekalipun aku sedar sangat banyak lemahnya diri ini tatkala bersahabat. Tak mampu menyenangkan hati sahabat, tak mampu membantu sebaiknya tatkala diperlukan. Aku tetap insan biasa itu. Yang serba kurang. Namun, hati jadi sayu andai hanya mampu memandang. Lalu apakah cara terbaik?

Daku Hanya Insan Biasa, yang ingin mengembirakan rakan-rakan sekalipun tanpa ucap. Namun aku terlalu takut andai terlebih menyayangi membuatkan diri lemas dalam kepayahan andai suatu hari nanti mereka perlu aku lepaskan satu persatu. Serikkah buatkan aku begitu mengekang diri, ataukah remuk redam carik disiat masih membenih luka maha dalam? Daku Hanya Insan Biasa. Terlalu biasa. Tak mampu untuk mengubah banyak cerita dunia.

Maaflah, Daku Hanya Insan Biasa. Aku hanya tahu berlari dan mendaki, hingga terlupa untuk menghargai. Hingga terlupa untuk berterima kasih kepada ramai yang memberi termasuk diri. Hingga terlupa untuk menikmati.