Memaparkan catatan dengan label panggilan misteri yang hangit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panggilan misteri yang hangit. Papar semua catatan

Selasa, 24 Disember 2013

Boring Pada Jam 8 Pagi…Ishhhh!


Berikutan entri aku Jangan Memain Sensiang Buta ni boleh? yang aku siarkan pada hari Rabu, inilah sambungan ceritanya.


Ceeewahhhhhhh! Macam sinetron pulak ada sambung-sambung cerita hu huhuhu

Ingatkan cerita tentang panggilan misteri tengah hari buta tu dah habis kat situlah. Almaklumlah aku kan dah jawab dengan suara yang boleh buatkan orang gerun menggigil-gigil salah hari boleh terkencing bagai tu. Tapinya, nak jadi cerita, suara aku tu tak ada lah menggerunkan si pemanggil tu rupanya.

Pepagi buta hari Khamis tu, tepat angka 8 pagi sebenarnya, boleh dia telefon lagi. Aku tak angkat pun masa tu. Hanya tengok je nombor yang naik, tapi sejam kemudian dia telefon lagi.

Aku sebenarnya jarang simpan nombor yang sekali sekala je telefon aku ataupun tak ada urusan sangat. Bila banyak kali telefon bunyi dari nombor yang sama, aku kena angkat jugak risau-risau kalau panggilan itu dari pejabat. Manalah tahu kan…aku pulak bukannya rajin nak masuk pejabat ikut waktu. Macamlah pejabat tu bapak aku yang punya! Fuhhhhhh! Kantoi sudahhhhh!

Nak tak nak, masa tengah gosok baju batik (hari Khamis kan…kenalah pakai batik), aku angkat juga panggilan tu walaupun hati kecil aku kata itu panggilan hangit. Kali ni, bila aku tanya dia siapa, katanya nama dia Nizam. Dua kali aku tanya semula nama dia sebab perlahan sangat bunyinya.

Bila tanya nak cakap dengan siapa, selamba je dia cakap “nak cakap dengan awaklah,” dengan suara tersedut-sedut bagai terkepit celah pintu. Perlahan pulak tu. Aku ni kan pekak badak, mana boleh cakap perlahan romantik bagai dengan aku.

Katanya dia tengah boring. Pepagi buta boring? Jam 8 pagi? Mmmmm budak sekolah ke burung hantu tengah boring jam 8 pagi? Kalau ikutkan aku, tak ada maknanya nak boring waktu macam tu. Paling malaspun aku boleh tidur. Alahaiiiiii!

Tetiba aku rasa macam malas nak melayan sebab dok teringat nasi lemak Pak Yeop yang dah berminggu-minggu belum dapat lagi tu. Malangnya, Pak Yeop tetap tak berjualan juga hari ni. Bukan Pak Yeop seorang je tak berjualan, semua gerai yang biasa jual kuih muih dan nasi lemak berhampiran surau Syeksen 8 tu tak ada yang berjualan. Mmmmmmm kena angkut dah kot!

Pak Yeopppppp! Tolong! Dah rindu nasi lemak Pak Yeop ni. Mana nak cari? Dah berminggu-mingguan daku mencari Pak Yeop hu hu hu huh u windunya dengan nasi lemak Pak Yeop!


Jumaat, 29 Julai 2011

Misteri Panggilan Hangit




Bukan Hot FM sahaja panas dengan panggilan hangit
hari ini aku mendapatnya juga
masa tengah dok sebok promosi Meruku, Kerepek dan Popia Simpul Kasih
sempena Aidilfitri 2011 sambil minum pagi
(sekalikan sahaja sarapan, minum pagi dan makan tengahari)
aku dapat panggilan misteri yang hangit
maka, terjadilah perbualan seperti berikut;

Dia: Hello, kira jadilah ya malam ni
(Wahhh jejakan hensem manakah yang telefon aku?)
Aku: Malam ni? Apa yang jadi?
Dia: macam yang kita janji hari tu, kira jadi ya
Aku: Siapa ni? Nak cakap dengan siapa?
Dia: Nak cakap dengan orang yang tengah bercakap ni lah
Aku: Awak salah nombor kot
Dia: Tak ada salah punya, memang dah betul. Ingat ya...jam 3 dah berkumpul
Aku: Hah? (masih blur)
Dia: Jam tiga berkumpul di Stadium Bukit Jalil. Sokong Harimau Malaya ya
Aku: Awak memang salah orang ni
Dia: Tak ada salahnya. Dah betul. Jom pergi sokong Harimau Malaya malam ni. Jangan sokong Singapura
Aku: Errr...
Dia: Lahanatlah kalau sokong Singapura. Ok?

Aduhaiiii. Siapakah orang hensem itu ajak aku tengok bola?
Tiket FREEnya mana?
Kepada semua rakyat Malaysia
marilah sama-sama kita sokong Harimau Malaya
tak kira di mana kita berada

Akhirnya:
Singapura layak ke pusingan ke 3 kelayakan Piala Dunia 2014
setelah mengalahkan Malaysia 6-4 di Bukit Jalil
gol Malaysia kali ini dijaringkan Safee Sali
apapun, tahniah kepada semua penyokong Harimau Malaya
anda memang terbaek!



PSSST: kepada rakan-rakan yang memerluka kerepek, meruku dan Popia Simpul Kasih sempena Aidilfitri nanti, bolehlah buat tempahan segera. Tempahan awal diutamakan bergantung kepada stok. Biasanya minggu kedua puasa dah habis.

Lokasi: sekitar Bandar Baru Bangi, Teras Jernang, Sungai Tangkas, UKM, Sungai Merab, Sungai Ramal, Kajang, Semenyih, Putrajaya, Nilai 3 Dan Nilai.

Tempahan untuk doorgift, cenderahati, kenduri juga diterima. Terdapat diskaun untuk tempahan dalam jumlah yang banyak. keterangan lanjut: kerepekrembow@gmail.com atau boleh tanyakan Cik Rembow di FB Kerepek Rembow.