Ahad, 26 Mei 2013

Selamat pengantin Baru Ustaz Azhar Idrus


Pagi ni tersebar di Facebook yang ustaz Trengganu Kita yang glamer ini, Ustaz Azhar Idrus dah kahwin lagi. Isteri ke tiga Ustaz Azhar Idrus tu...


Apa nak komen? Tak payahlah komen apa-apa. Kalau betulpun ustaz Azhar Idrus kahwin isteri ke tiga hari ini, alhamdulillah. Tahniah. Selamat pengantin baru ustaz.




Terang benderang satu dunia tahu tu, tak payah main sorok menyorok sebab ramai suami suka main sorok sorok macam tikus dan kucing bila nak kahwin lagi.


Masa makan beradap pun, ustaz Azhar idrus diapit oleh ketiga-tiga isterinya. Kau ada? 
Sangat kagum dengan ketiga-tiga isteri ustaz azhar idrus ni...bukan macam drama kat TV tu yang akan baling-baling barang, tarik-tarik rambut. 

Semoga bahagia dunia akhirat.

Untuk baca kisah sebenar dari tempat kenduri berkenaan, melihat gambar-gambar semasa majlis nikah dan jamuan, bolehlah baca di blog Enche Yunus Badawi.




Sabtu, 25 Mei 2013

Bila Suami Orang Itu Sudah Tidak Cam Daku Lagi


Bagi yang dah baca entri-entri lama pasal mengapa aku belum kahwin, dan beberapa entri lain lagi berkaitan kahwin…maklumlah sekarang kan musim orang kahwin. Musim cuti sekolah. Memasing dapat undangan hingga tak tahu mana nak pergi…hingga tak sempat kan.

Aku memang tak akan bercinta dengan suami orang, (sila elakkan juga untuk bercinta dengan isteri orang ya…kok ya pun nak bercinta, carilah yang masih solo, jangan dok kalut main sebat je tak kira siapa), walaupun ada jugak suami orang yang mengejar terutama bagi golongan yang beranggapan aku tak akan kahwin kalau tak kahwin dengan dia. Kononnya dia jadi penyelamatlah tu kan.

Pertengahan tahun lepas, aku terima email dari seseorang yang aku kenal juga dia masa belajar dulu. Masa itu, aku memang bersangka baik dengan dia sebab aku kenal isterinya dan 5 anak mereka (waktu itu), dia juga berasal dari Kelantan. Jadi dia gunakan sama negeri sebagai alasan untuk jumpa dan borak-borak.

Setelah beberapa kali batal sebab masa dan tempat yang tak sesuai, maka suatu petang, lebih kurang jam 3 petang, maka berjumpalah kami di satu kedai makan kat Bangi. Disebabkan sebelum itu aku ada beritahu dia “ngeteh ramai-ramai seronok juga,”, mati-mati aku ingat dia datang bersama geng, sekurang-kurangnya dua orang. Sayangnya, dia datang seorang. Alahai!

Rasa seronok nak jumpa orang yang kita kenal yang dah lama tak jumpa dah kurang sedikit. Dia seorang yang agak BERilmu agama, kira waraklah berbanding aku, (pada anggapan akulah!). Jadi aku tak jangka langsung dia akan datang seorang. Aku memang amat jaga pergaulan, kalau dengan perempuan boleh je jumpa dengan sesiapa. Tapi kalau rakan lelaki, aku tak akan jumpa berdua sahaja. Biasanya kawan-kawan aku tahu benda tu, termasuk isteri masing-masing. Sila jumpa aku secara berjemaah ya hu hu hu 

Akhirnya aku tahu jugalah dari mana perkembangan pasal aku dia tahu, orang itupun aku kenal juga (kenal gitu-gitu je…seorang ustaz yang selalu beri ceramah agama. Beristeri dua. Kedua-dua isterinya tinggal serumah). Dia juga selalu pergi dengar tazkirah ustaz ini, malah turut mengajak aku ikut sama. Baguslah kan, tambah ilmu agama. Pada masa itu, aku menolak dengan baik dengan alasan kena pulun buat kerja sekolah sampai habis.Dah siap semua, barulah banyak plan baru dalam hidup aku akan bermula. Banyak sangat benda yang aku nak buat ni...

Lama jugak kami borak, sejam lebih kurang. Bila balik, aku perasan seperti dia tidak mahu orang tahu yang dia datang jumpa aku. Gayanya terendap-hendap macam tikus takutkan kucing. Pada masa itu, hati aku yang jahat ini dibisikkan syaitan yang direjam ini kata aku usah leka dengan dia. Karang aku kena ngap!

Bermula saat itu, dia selalu kirimkan SMS lembut manis wangi siang malam untuk selalu berjumpa. Namun ketika itu, aku selalu sahaja ke Seremban untuk beberapa gerak kerja department dan terpaksa menolaknya. Masa tidak pernah serasi untuk kami jumpa lagi selepas itu untuk acara bersosial dan makan-makan seperti diingininya. Adakala sebab memang aku sibuk. Ada masa yang lain, aku tak ada di bangi. Ada waktunya juga, sebab aku tak ada mood nak jumpa dia. Akhirnya dia menyepi. Senyap. Sunyi.

Nak jadi cerita, aku pernah bertembung dengan dia beberapa kali dalam kawasan kampus, tetapi tiada apa-apa reaksi dari wajahnya. Macam tak kenal. Tak ada tegur sapa seperti kita jumpa orang yang kita kenal. Tak ada basa basi. Kali pertama aku anggap dia tak Nampak, sebab dia juga rabun macam aku. Tapi kalau dah beberapa kali, hingga ada masanya jarak berselisih itu bukanlah jauh sangat…aku tiba-tiba jadi keliru juga.

Allah itu maha kuasa. Allah temukan juga kami dalam lif di Hentian Kajang. Juga tiada komunikasi yang berlaku. Kali ini, aku sematkan dalam otak bahawa dia memang dah tak cam aku. Nak tahu kenapa?



Sebab aku dah ambil suplemen makanan tambahan, sebab tu aku dah makin jelita. Sekarang ni pula…aku tengah berusaha keras untuk jadikan 3 Cixty Plus sebagai ramuan rahsia makanan tambahan aku. Sila dapatkan di Sihat Store.

Minggu lepas bagi tau Cik Bintang pasal cerita ni, dia bantai gelak tak henggat. Adoiiii la! 

Pada pendapat kalian, kenapa dia jadi gitu? Apa salahku ya? Cer huraikan... (macam soalan periksa akhir semester pulak ya)






Khamis, 23 Mei 2013

RON97 Dah Turun Harga Mulai Malam Selasa Lepas: Cerita Rakyat Marhaen


Entri ni bukan nak salahkan sesiapa, bukan entri politik, juga bukan entri parti pembangkang. Entri ni hanya wakili hidup aku sebagai rakyat marhaen yang tinggal di sebuah Negara aman makmur dengan indeks jenayah paling rendah. Itu intronya ya!

RON97 dah turun harga di seluruh negara sebanyak 20 sen seliter. Dah jadi RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter sebelum Selasa lepas. Alhamdulillah. Walaupun aku tak gunapun minyak jenis ni. Aku rakyat marhaen yang tak mampu. Lainlah kalau aku menteri atau barisan pemerintah yang baru dapat kenaikan gaji tiga kali ganda. Dengan hidup rakyat marhaen, walaupun RON97 dah turun harga 20 sen, aku masih lagi tidak mampu nak guna.

Menurut menteri yang bijaksana Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran, jadi penurunannya kerana dasar kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat. Situasi penurunan harga minyak disebabkan harga pasaran minyak dunia yang mengalami sedikit penurunan selain dasar apungan harga minyak yang diamalkan oleh kerajaan.

Sebagai rakyat marhaen yang perlukan pembelaan pihak kerajaan yang dipilih secara demokrasi dalam pilihanraya, maka aku sangat berterima kasih dengan kerajaan yang mewakili rakyat marhaen seperti aku ini. Tetiba rasa macam “diri disayangi” pula.

Dulu aku pernah tulis tentang kenaikan harga barang. Bila satu barang itu naik, maka akan disusuli oleh kenaikan barang yang lain. Harga Petrol naik sepuluh sen, semua barang lain mencanak naik dengan alasan kos penghantaran dah naik. Bila harga gula naik lima sen, semua barang makanan dan minuman turut naik bersen sen walaupun kemanisannya tak terasapun. Bila tepung naik harga, maka semua makanan kuih muih roti canai segala pun turut naik harga. Bila ayam naik harga, maka sate pun turutlah naik harganya hinggakan secucuk sate pun dah jadi 70 sen. 

Maka, jadilah rakyat kelas atasan sahaja yang mampu makan sate, makan roti canai atau makan kuih. Golongan marhaen macam aku dah semakin tak mampu untuk menikmati kesedapan roti canai, keenakan sate ataupun merasa kuih muih. Telan ajelah angin yang masih lagi percuma, walaupun dah termasuk juga dengan debu dan partikel halus jerebu.

Dijangka tiada kenaikan harga minyak petrol untuk RON95 dan RON97 dalam masa terdekat ini. Baguslah begitu. Kami rakyat marhaen tak mampu nak hadapi semua perkara yang naiknya melambung-lambung (kecuali gaji yang tak naik-naik, ataupun naik mengikut tahap keprofesional bodeknya). 

Adakala aku terfikir, sepanjang masa hanya berkerja sahajakah kita? Nak kata kaya dengan kerja tonggang terbalik siang malam, jauh benar nak sampai ke tahap itu. Kalau boleh hidup dengan selesapun dah syukur. Setahun mampu balik beberapa kali jumpa ayah bonda, relekskan minda sekali dua bercuti dalam Negara lepaskan lelah dan beli hadiah untuk diri sendiri setahun sekali pun cukuplah. Nyatanya…jauh sekali untuk aku.

Hidup bergaya mewahkah aku? Berjenama hebatkah aku? Bila belek setiap barangan keliling, aku dapati: bajuku dari pasar malam. Tshirt pasar malam itu aku beli dengan harga lima ringgit sahaja. Cukuplah, sekadar pakai di rumah. Barang basah juga jenama pasar malam. Kasut jenama bata. Tudung jenama nilai. Beras jenama econsave. Terlebih jolikah aku?

Sekali harga ayam naik, harga satey juga naik. Bila harga ayam turun semula selepas itu, hingga sekarang harga satey masih lagi tak turun-turun. RON97 dah turun harga, selepas ini, dah tentulah harga barangan akan turun juga kan? Bolehlah aku beli gelang emas, dengar cerita emas di kelantan tengah murah. Ke sama je macam harga satey yang tak reti nak turun tu?

Entri ini bukan tentang ekonomi Negara kita yang stabil itu, tetapi tentang kehidupan aku, seorang rakyat marhaen yang berasal dari negeri paling miskin di Malaysia yang di bawah buminya ada banyak petroleum tetapi dinafikan haknya, dan kini berhadapan dengan kemelut hidup tiap kali berlaku perubahan harga petrol walaupun sesen dua. Gali sendiri belakang rumah, aci tak?