Memaparkan catatan dengan label keazaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keazaman. Papar semua catatan

Isnin, 26 Disember 2011

Mata Dah Senak, Kepala Dah Wenggg!

Cukup-cukuplah ya dengan tampalan berkaitan SBPA
anda masih ada masa hingga 15 januari tahun depan
untuk buat pilihan opsyen dan fikirkan semasak-masaknya
namun, bagi pilihan bersara umur 60 tahun
perlu buat sebelum 31 Disember  nanti

Ramai dah muak untuk menelaah pekeliling SBPA beratus halaman tu
disebabkan UKM sediakan taklimat tentang hal ini secara terpisah
mengikut kategori kakitangan, dan boleh tengok online juga
makanya (ceeeewah, ayat!), aku akan online sahaja dan ambil tahu
hingga semua peringkat
maklumat kena cukup sebelum buat apa-apa keputusan
kalaupun tak ada pilihan sangat, namun paling tidak
kita tahu implikasinya setiap apa yang kita pilih
kalau kalian rasa bosan seminggu dua ni
sebab blog aku dah jadi tempat tampal pekeliling,
mohon ampun maaflah ya walaupun raya lambat lagi
pertama, sebab aku nak kongsi maklumat dengan semua orang
walaupun bukan semua orang berminat nak tahu
kedua, sebenarnya lebih banyak masa aku
“Tidak berada di sini” jadi entri berkenaan sebenarnya
Entri terancang yang dah aku setkan awal minggu lepas lagi

Minggu hadapan hingga beberapa hari pada awal tahun
entri ini juga akan mengandungi tam[palan berjadual
yang aku sendirpun belum fikir lagi nak letak apa
kerana waktu untuk “Ku tidak di sini” tiba lagi
balik kampong sekejab untuk urusan kerja dan bersambung dengan cuti
bersambung lagi dengan kelam kabut mengejar dunia
yang ada kalanya aku sendiripun tidak pasti untuk apa
hu huh u kedengarannya macam orang tak ada haluan hidup je
hakikatnya, kepala tersangat penuh
hinggakan nak gembira dengan pengumuman perkahwinan
bakal pengantin baru Lisa Surihani dan Yusri Abdul Halim 
bakal menikah 23 Februari 2012 sanding 3 hari kemudian
pun tak sempat
apalagi nak bergosip pasan AC Mizal dapat dato'
errrr si jejaka hensem seMalaya Eizlan Yusof dapat dato' juga kan?
muda-muda lagi dah jadi datuk
aku ni entah bila lah nak jadi dato' jugak
mmmm calon atuk pun belum ada, bercita-cita tinggi pulak
nak kendong cucu ya...mana nak datang tah!

sekarang adalah detik perjuangan paling memenatkan
nak tarik nafaspun rasa sangat penat
namun, aku perlu berjuang juga sampai dapat
tak kira apapun berlaku, aku perlu dapatkan juga
Ohhhhh! Aku tahu aku ni gila, keras kepala dan sedikit sewel
namun, selagi aku kata aku “perlu dapatkan”
maknanya, sama ada aku hidup atau mati selepas itu
aku akan pastikan aku boleh dapat:
kalaupun tak dapat masa hidup, perlu dilunasi hingga dapat
walaupun selepas kematian
Yup!!! Aku tahu…Nampak macam gila sikit
sebenarnya, BANYAK pun kegilaan itu, bukannya sikit
usah tiru perangai aku!

Waktu ini, sekarang, atau hari mendatang ini untuk sekian lama masa
usah terpengaruh dengan kegilaan aku
sebab aku tengah sewel
kesewelan itu kerana aku perlu dapatkan juga
apa yang aku nak hingga benar-benar memilikinya
hanya untuk miliki, jadi aku usaha
dan semua ini hanya penting bagi aku seorang sahaja
bagi orang lain, MUNGKIN tak penting manapun
Ohhhhh, nyata benar aku ni sangat EGO

Usah terlalu fikirkan sangat entri ini kerana
aku sedang migrin teruk ketika tulisnya
maafilah kecelaruan dan keserabutan perasaan yang terisi di dalamnya.
selamat bercuti semua...sempena sambutan Xmas
aku bukan suka sambut xmas, tapi...
aku suka bila cuti
kenapalah cutinya hanya sehari, seminggu tak boleh ke?
hu hu hu
errrr baki cuti tahun lepas aku masih bersisa 23 hari
nanti bawa ke tahun depan
joli katak tak ada banyak cuti macam tu?

Isnin, 22 September 2008

Seorang Sahabat yang itu...


Lelah mengejar mentari di Alor Star selama 3 hari bagai mendera fizikal. Diri bagai sudah lunyai berlari ke sana sini, mengisi masa terluang di setiap sela detik menunggu dengan membaca sebuah novel berjudul @ Dimensi Buni karya Ryina Ikhwan. Dalam teksi. Di KLIA sementara menunggu waktu perlepasan. Dalam penerbangan yang mengambil masa 55 minit. Di bilik hotel yang suram sambil memanggil rasa kantuk yang enggan berkunjung biarpun lesu fizikal usah dikira. Dan, setiap detik yang terluang sebenarnya. Hingga akhirnya, novel itu, biarpun agak berat untuk dikhatamkan, berjaya jua dihabiskan sepanjang 3 hari yang lelah itu.

Agak lama tidak mendera fizikal sebegitu, stamina diri nyata benar telah menurun. Kembali ke kamar semula, diri bagai terhenyak dan selesa dalam lembut tilam yang sentiasa kuimpikan biar seberapa selesapun hotel berbintang yang kutumpangi. Perbandingannya memang nyata benar, namun rasanya tetap jua di situ. Kamar itu jua yang kuingat. Yang kurindu.

Kala duduk di kerusi pada pagi Isnin yang redup ini, hati terbuai riang menerima email daripada seseorang. Seorang teman yang sudah terlalu lama sebenarnya tidak bertemu mata. Kami kenal, bertemu dan mula berinteraksi sejak sekolah menengah tinggi dahulu. Setelah itu hanya warkah jadi titipan. Kemudiannya, seiring dengan kecanggihan dunia, email pula sering berbalas biarpun kesibukan diri masing-masing banyak membataskan waktu. Namun, dia tetap seorang sahabat yang tak mungkin terlupakan biarpun sudah punya isteri dan anak-anak, punya kesibukan dengan kerjanya sebagai seorang guru.

Diri amat berterima kasih padanya. Sekalipun dengan ragu-ragu, dia menyapaku lewat email awal tahun lalu. Aku cukup berterima kasih dengan keinginannya untuk menyambung semula hubungan kami yang sentiasa tenggelam timbul itu biarpun sebenarnya dia sangat rendah diri. Tahukah dia yang “nilai” seorang kawan itu lebih daripada segala? Tidakkah dia tahu yang aku terlalu gembira dengan sapaannya itu? Tidakkah dia rasakan yang aku terlalu terharu bila dia muncul semula dalam hidupku?

Apa yang kita ada hari ini, bukannya terusan akan dibawa sepanjang hidup. Jika Allah menghendaki kembali apa yang dipinjamkannya pada kita, sesaat masapun sudah cukup untuk melenyapkan segala-galanya. Lalunya, untuk apa perlu dibanggakan segala perhiasan dunia ini. Sahabat, ini bukannya bererti diri membuang nilai dunia, sekadar menyatakan bahawa semuanya hanya bersifat sementara. Ada kala kita memilikinya, ada masa yang lain kita akan kehilangannya. Lalunya, untuk apa untuk rasa kerdil dengan perbezaan darjat dan kedudukan dunia ini sedangkan kita belum tahu lagi apa yang kita ada di alam sana.

Diri ini tetap diri yang dulu. Sahabatmu yang lama itu. Hati masih lagi sebegitu. Jadinya, abaikanlah perhiasan dunia yang Allah anugerahkan dengan nilai kesementaraan ini. Itu hanya nilai yang diberikan manusia. Itu hanya cara untuk membezakan kedudukan di dunia.

Sahabat, teruskanlah perjuangan. Teruskanlah berusaha. Tingkatkan lagi keazaman. Tetapkanlah hati. Dari lelah yang panjang, pasti akan ada hasilnya. Pasti akan membuahkan nilainya. Percayalah pada diri. Percayalah pada naluri. Bakat yang Allah anugerahkan, usah dipersia. Jalan mungkin masih panjang, namun separuhnya telahpun Berjaya diredah. Kalau hati ikhlas dengan apa yang diperjuangkan, suatu masa nanti, tidak akan sia-sia jua. Dari kejauhan ini, daku hanya mendoakan agar kebaikan jua berada di sisimu. Dari jauh ini, daku tidak pernah lupa menitipkan harapan dan doa. Moga dirimu, moga apa yang diperjuangkan, moga apa yang diidamkan akan dicapai jua nanti. insyaAllah.