Memaparkan catatan dengan label PKNS Shah Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKNS Shah Alam. Papar semua catatan

Isnin, 10 Ogos 2009

Panjat Pokok di Shah Alam


Dah lama teringin bersantai di hutan. Satu kali, adik tersebut pasal jambatan gantung kat Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam yang terletak di Shah Alam. Aku pernah pergi dahulu kala masa Hang Jebat tengah rampas kuasa nun dulu. Masa tu aku tingkatan enam. DBP kutip aku jadi anak angkat depa, jadinya ikutlah ke sana sebagai salah satu daripada program yang diaturkan. Masa tu, taman ini baru lagi dibuka dan menjadi kebanggaan satu Malaysia.

Patutnya minggu lepas pergi sana, tetapi tetiba adik ada kursus di Morib pulak. Tunda ke Sabtu lepas (8 hb ogos 2009). Konon-kononnya nak pergi pagi-pagi buta lagi (jam 7 pagi). Pergi ke Pasar Tani Mega di Stadium Shah Alam, beli bekal apa-apa yang patut dan terus ke sana. Itu memanglah rancangan asal. Namun, Jumaat malam tu, walaupun kaki masih lenguh meronda Pameran Pengantin Malaysia 2009 dan Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan Orang Asli 2009, aku paksakan juga mata untuk membaca. Adik pula pergi ke Pasar malam di Serdang. Bila balik, hampir 10 keping VCD, DVD dan entah apa-apa lagi (cetak rompak) dibawa balik. Katanya yang dirampas pihak berwajib. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh dapat. Jadinya, malam tu dia menonton entah sampai jam berapa. Aku hanya mampu bertahan hingga jam satu pagi sahaja. Mata dah tak larat nak buka, apalagi baca ayat-ayat berbelit dalam buku yang kecil pula saiz tulisannya.

Alang-alang dah lewat, kami pun pergi beli sedikit barang keperluan. Jajan dan air mineral je, sebagai bekal. Masa tengah hadap menu untuk sarapan bersekali dengan makan tengahari, seorang rakan telefon minta tolong ambilkan dia. Kami melangkah keluar dari kedai makan tu dengan muka selamba mawas je, terus pergi ambil bekas teman serumah aku tu di Sekolah Jalan Empat, Bandar Baru Bangi (hadiri peperiksaan PTD). Akhirnya kami makan berhampiran situ dengan meriah...dia yang belanja. Fuih...berat badan nak bangun. Macam anak gajah jadinya. Terus terduduk tak boleh angkat ekor lagi.

Selepas hantar dia ke sekolah itu semula (petangnya masih ada 2 kertas peperiksaan perlu dia hadiri), barulah kami terhengeh-hegeh bertolak ke Shah Alam. Jam masa tu dah 1.35 tengahari. Pusing sana sini, lenggok sana sini, kami sampai dalam pukul 2.30 petang. Panas terik bukan main. Fuih...rasa nak berkubang je kat mana-mana lopak air.

Bayaran masuk ke taman ini pula hanya RM3.00 untuk dewasa dan kanak-kanak rasanya RM1 je. Jam 3 kami naik bas kat dalam taman tu. Percuma saja perkhidmatan bas tu. Pusing sana sini dengan lipat mautnya. Kami turun di beberapa buah perhentian dan jalan-jalan kat dalam hutan tu. Bayaran masuk ke tempat-tempat lain (seperti rumah 4 musim) lebih kurang sama je kecuali untuk ikut skytrek Anventure (macam panjat jambatan gantung yang kami idamkan tu).




Jambatan gantung. Yang ni rendah punya.

Burung merak yang pra-san comel. Pandai bergaya lah tu kononnya, tapi tak mau kembangkan ekornya. Nyampah aku!

Taman Haiwan. Kami tak masuk pun..dah tak larat.
Ada juga sawah padi. Aku aku ni memang dah hebat sesangat bergelumang dengan sawah padi sejak lahir, tempat tu tidak menarik minat kami langsung. Rasa macam lucu lah pulak kalau bertanam padi kat tengah bandar kan. Boleh nampak bangunan polis yang tersergam tinggi kat Shah Alam ni.

Kami sebenarnya nak pergi panjat pokok kat tengah-tengah hutan dan panjat menara tinjau tu...rupa-rupanya nak pergi ke tempat tu memang kena buat tempahan. Kawasan tu ada had bilangan pengunjung untuk satu-satu masa. Kalau tak buat tempahan, bergantung kepada kekosongan sahaja. Bayaran yang dikenakan adalah RM35 sahaja seorang.

Kat sini juga boleh sewa basikal untuk meneroka kawasan taman pertanian ni. Lupalah pulak nak ambik gambar basikal yang tersusun banyak-banyak tu...

Sebenarnya, banyak aktiviti boleh dibuat kat sini seperti berkhemah, main pinball pun boleh, aktiviti eko-reakreasi (macam yang aku teringin nak buat tu), terdapat rumah penginapan juga, memancing dan macam-macam lagi. Sebab aku belum lagi buat semua benda tu, jadi malaslah nak cerita lebih-lebih. Kalau nak tahu maklumat lanjut lagi tentang Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam ni, korang bolehlah cari maklumat di http://www.tamanpertanianmalaysia.gov.my. Kalau nak buat aktiviti terbang-terbang dan panjat jambatan gantung kat tengah-tengah pokok macam yang aku idamkan tu, buatlah tempahan lebih awal. Dia orang kata boleh tempah secara online juga. Nanti tak lah kecewa macam kami ni.

Agak-agaknyam, lepas raya ni ada peluang tak untuk kami pergi memanjat kat sana? Ada sesiapa nak ikut? Jom kita pergi reramai sergah monyet dan mawas (ada ke mawas kat situ?). Boleh tengok siapa lebih hebat memanjat. Korang ke monyet hu hu hu!

Selasa, 4 Ogos 2009

Pesta Buku Selangor

Ikutkan hati, memanglah letih nak pergi. Jauh pulak tu. Lebih letih bila fikirkan perlu bersendat sardin dalam komuter bila balik nanti. Namun, itulah sebenarnya tempat yang aku boleh dapatkan buku dengan harga diskaun (walaupun taklah banyak sangat untuk buku akademik). Paling utama, aku dapat jumpa banyak penerbit. Bila banyak penerbit, peluang untuk jumpa buku-buku yang aku nak tu lebih tinggi lagi kebarangkaliannya (fulamak...matematiklah pulak dah ayatnya! Macam ler aku ni hebat sangat mengira macam adik Adi Putra tu kan...)

Celik mata je pagi Sabtu, dengan kemalasan tahap dewa, aku paksa juga diri untuk bersiap seadanya. Mata masih lagi mengantuk, seluruh badan masih lagi sengal dan lenguh (masih belum hilang walaupun dah seminggu balik dari KK), aku start jugak kapcai buruk tu. Masa nak check petrol (meter dah lama rosak, kenalah buka dan tengok sendiri banyak mana lagi petrol masih ada...karang mati tak ada petrol aku jugak yang susah), dia punya kusyen tak boleh buka. Jenuh aku godek sana sini, tetap jugak tak mahu buka. Memang dah lama sangat aku tak isi petrol, jadinya memang aku agak petrol dah sampai dasar, tapi...kalau kusyennya tak boleh buka, macam mana nak isi petrol?

Nak ke tak, terpaksalah singgah bengkel walaupun hari dah meninggi benar. Dah alang-alang pergi bengkel, tukar sekalilah tali brek dan tambah skru untuk satu benda tu (aku pun tak tau nak panggil benda aka, tapi kedua-dua krunya memang dah tanggal. Itu tanda-tanda yang skru tu sengaja ditanggalkan. Nak kena kidnaplah tu...apa lagi! Kurang asam punya pencuri!).

Sepuluh setengah baru siap semua dan singgah isi petrol, kemudian ke stesen KTM. Kalau lambat macam ni baru nak terhegeh-hegeh masuk komuter, maknanya berdiri ajelah sampai KL Sentral. Ramalanku memang benar belaka. Masa ke KL Sentral pun dah sendat macam ikan bilis dalam tin sardin, balik nanti dah boleh agak macammana.

Tukar train di KL Sentral dan turun di Shah Alam. Tercangak-cangak cari tempat tunggu bas, tetapi macam tak ada aje. Nak tak nak terpaksa ambil teksi. Teksi kat sini tak guna meter dan perlu tunggu penuh penumpang dulu (taklah sampai tunggu melongo, tapi tunggu dalam seminit dua je. Kalau tak ada penumpang lain lagi datang tanya untuk arah yang sama, teksi jalan juga). Tambang ke PKNS RM4.

Di belakang PKNS ada jual buah-buahan tempatan. Sebelum masuk PKNS aku pergi sana dulu. Dah panas nanti, malas pula kan nak pergi. Banyak buah-buah jual kat situ terutamanya cempedak (buah dan yang dah goreng), rambutan, duku dan dokong, rambutan, manggis dan pulasan. Geram bukan main aku nak duduk je makan durian kat situ (meja disediakan). Kalau tak ingat benda alah tu berbau dan boleh menyebabkan satu komuter mabuk dengan baunya, memang aku hadap je. Tengah lapar masa tu. Semalam tak makan malam, pagi tadi pun tak sempat sarapan. Takat 3 biji boleh muat perut aku ni hu hu hu...nasib baik tahap kesabaran aku masih lagi tinggi. Terpaksalah lupakan sahaja buah idaman tu tapi aku beli je cempedak goreng dengan harga RM2 untuk 5 ketul. Oklah tu takat nak isi tembolok aku je kan.
Masuk je PKNS, terus singgah kedai makan. Kira makan tengah hari lah tu, bersekali dengan sarapan pagi tadi dan makan malam yang terlepas pada malam sebelumnya. Aci tak? Langsai sepinggan nasi, aku bantai pulak cempedak goreng tu sampai habis. Langsai semuanya! Urppp....yummy! dah boleh lakukan aktiviti seterusnya.

Pesta buku Selangor. Apa yang ada, samalah macam pesta buku yang lain. Dah tentu lebih meriah dan banyak penerbit serta buku-bukunya berbanding pesta buku kat Bangi tempoh hari. Dah jelajah sana sini, akhirnya jumpa juga tempat yang sepatutnya aku pergi. Kat gerai ini aku mufliskan diri hingga RM380 untuk beli buku-buku yang teramat susah nak jumpa termasuklah belum tentu ada di MPH atau Kinokuniya. Nak tak nak, terpaksa jugak beli sebab lain kali belum tentu lagi aku jumpa. Jumlah itu termasuk juga 2 buah buku yang aku tempah untuk dihantar melalui pos. Harapnya minggu ni dah terima. Minggu ini juga mungkin aku akan mintak adik tu hantar beberapa buah buku yang lain memandangkan syarikat ini import buku dari Indonesia dari penerbit Obor. Aku tak bawa judul buku tersebut sebab ada kat pejabat. Malas nak singgah pejabat semata-mata nak ambil buku tu yang sebenarnya aku tak jangkapun ada.

Kat Dawama (pengegar buku-buku DBP sahaja sebenarnya, bukan Dawama buka sendiri gerai dia) aku habiskan hampir RM100 lagi. Besday Dina aku nak bagi buku je....so terus aku sambar satu buku yang memang boleh bantu Dina tingkatkan tahap menulis dia. Ampun ya Nong Dina, ngak ada munger hu hu hu...mintak je kat Shah Rukh Khan kalau ko nak bunga.
Kat sini aku bertembung dengan pelakon Hisyam Ahmad Tajuddin yang datang beli majalah dan mungkin juga buku. Siapa kata artis hanya tahu lepak je kan hu hu hu. Dah nak balik, tetiba aku teringat pulak anak buah kat kampung yang suka mintak hadiah. Biasanya dia akan mintak aku beli peralatan melukis dan menulis serta buku-buku, dan aku pulak memang tak berkira sangat kalau bab buku ni. Beli lah kat dia buku cerita kanak-kanak yang harganya hanya RM1 je satu. Oklah tu...dia masih di tadika, sesuai baca buku-buku yang ada gambar dan boleh warnakan juga pada masa yang sama. Mesti Syafiq jeles aku hanya beli untuk Ain je. Nak buat macam mana, tak jumpa buku yang sesuai untuk Syafiq lagi. Lain kali aku panjat PKNS Bangi pulak cari untuk dia sebelum balik kampung. Raya nanti nak balik, so...masih ada banyak masa.

Dah lenguh kaki merayau sana sini, dah lenguh tangan jinjing buku 4 plastik, waktu pun dah lewat...hampir jam 4 juga baru aku cari teksi untuk ke KTM. Tambangnya RM5. Juga tak pakai meter. Pemandu teksi tu bagi tau ada rusuhan di KL, jadinya pandai-pandailah jaga diri, pesan pak cik tu. Masa sampai di stesen Shah Alam, train memang dah ada tapi ada masalah sikit. Lima minit melongo kat situ, train tu akhirnya bertolak juga hingga ke KL Sentral. Walaupun asalnya aku nak turun di Bank Negara untuk mudahkan naik train ke Seremban, tapi train yang kami naik tu alami kerosakan. Semua kena turun KL Sentral. Fulamak...penuh umat! KL Sentral penuh dengan manusia. Tak pastilah sebab memang dia orang dah nak balik ataupun sebab tak nak terlibat dengan kekecohan kat jalan TAR.

Nak tak nak aku naik juga train ke Rawang dan turun di Bank Negara kerana kesesakan tahap gaban di KL Sentral. Ingatkan sempatlah duduk bila naik di Bank Negara. Hampeh! Sampai stesen UKM pun masih lagi berdiri. Sebenarnya sempatlah duduk 2-3 saat, tapi bila seorang mak cik tu memasukkan diri hingga ke hadapan aku, tak tergamak pulak tengok dia menari-nari ikut irama goncangan train. Biar je lah dia duduk, karang kalau dia jatuh, aku pulak yang termalu-malu sebabnya, dengan muka tak malunya biarkan dia berdiri (berapa banyak belit punya ayat daaaa....korang baca ajelah, malas aku nak ubah hu hu hu).

Macam biasalah, kalau dalam mana-mana train memang akan ada pemandangan indah yang boleh dilihat. Kali ni...aku nampak pasangan Islam dari Afrika ni bersama sepasang anak kembar mereka. Perempuan tu gendong anak dia macam kangroo. Bezanya dia gendong kat belakang. Dia jadi perhatian ramailah sebab kelainannya itu, namun tetap tak ada seorang pun yang sudi melenguhkan lutut bagi dia duduk. Malah pasangan kekasih ini, dengan kagumnya dok belek-belek kendongan berisi budak tu. Kemudian tersengih-sengih kagum. Nasib baiklah jantan tu bukan boypren aku. Kalau tak, sahlah dapat makan sup sliper jepun free.

Seorang Apex ensem yang sebenarnya taklah berapa hensempun, tapi apa yang dia buat telah buatkan dia nampak lebih ensem dari mukanya yang tak berapa macho tu ataupun rambut karatnya. Mula-mula dia suruh sorang lagi anak kembar si Afrika tu (yang bersama ayahnya) duduk di atas beg dia. Kemudian dia suruh si Pak We kurang ilmu sivik tu bangun dan bagi perempuan Afrika tengah gendong anak tu duduk. Terpaksalah dengan malu-malu kucing gatal, pak we kurang amalan sivik tu bangun dan beri tempat duduknya. Dah pak we dia bangun, mak we dia yang tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk tu pun bangunlah jugak, terus himpit bersama pak we dia ke tepi pintu. Tak pastilah pulak dia orang memang dah sampai ke destinasi ataupun terjun turun sebab termalu dengan permintaan si Apex tak berapa ensem tu.
Akhirnya tempat kosong itu diisi dek Apex tak berapa ensem itu sambil riba sorang anak kembar yang duduk di atas begnya tadi. Korang bayangkanlah sendiri perbezaan kedua-duanya (Apex tu...sorang cerah) dan sorang lagi gelita (anak kembar Afrika). Tak ubah macam taik cicak lak. Apapun, aku tetiba je jatuh cinta dengan Apex tak berapa ensem tu. Apa taknya, dia tak nampak kekok pun dengan budak Afrika tu, dia juga slamber rock je melayan kerenah budak tu. Budak tu nampak sangat selesa dan senang dengannya. Adoiiii la...tetiba je Apex tak berapa ensem tu dah jadi ensem di mata aku. Nasib baik boleh kawal diri lagi kan, kalau tak...dah kena urat dah Apex tak berapa nak ensem tu dengan aku hu hu hu.
Gambor2nye aku tampal lain kalilah ye...lupa lak nak bawak kabel hu hu hu...