Memaparkan catatan dengan label Taman Pertanian Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Taman Pertanian Malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 10 Ogos 2009

Panjat Pokok di Shah Alam


Dah lama teringin bersantai di hutan. Satu kali, adik tersebut pasal jambatan gantung kat Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam yang terletak di Shah Alam. Aku pernah pergi dahulu kala masa Hang Jebat tengah rampas kuasa nun dulu. Masa tu aku tingkatan enam. DBP kutip aku jadi anak angkat depa, jadinya ikutlah ke sana sebagai salah satu daripada program yang diaturkan. Masa tu, taman ini baru lagi dibuka dan menjadi kebanggaan satu Malaysia.

Patutnya minggu lepas pergi sana, tetapi tetiba adik ada kursus di Morib pulak. Tunda ke Sabtu lepas (8 hb ogos 2009). Konon-kononnya nak pergi pagi-pagi buta lagi (jam 7 pagi). Pergi ke Pasar Tani Mega di Stadium Shah Alam, beli bekal apa-apa yang patut dan terus ke sana. Itu memanglah rancangan asal. Namun, Jumaat malam tu, walaupun kaki masih lenguh meronda Pameran Pengantin Malaysia 2009 dan Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan Orang Asli 2009, aku paksakan juga mata untuk membaca. Adik pula pergi ke Pasar malam di Serdang. Bila balik, hampir 10 keping VCD, DVD dan entah apa-apa lagi (cetak rompak) dibawa balik. Katanya yang dirampas pihak berwajib. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh dapat. Jadinya, malam tu dia menonton entah sampai jam berapa. Aku hanya mampu bertahan hingga jam satu pagi sahaja. Mata dah tak larat nak buka, apalagi baca ayat-ayat berbelit dalam buku yang kecil pula saiz tulisannya.

Alang-alang dah lewat, kami pun pergi beli sedikit barang keperluan. Jajan dan air mineral je, sebagai bekal. Masa tengah hadap menu untuk sarapan bersekali dengan makan tengahari, seorang rakan telefon minta tolong ambilkan dia. Kami melangkah keluar dari kedai makan tu dengan muka selamba mawas je, terus pergi ambil bekas teman serumah aku tu di Sekolah Jalan Empat, Bandar Baru Bangi (hadiri peperiksaan PTD). Akhirnya kami makan berhampiran situ dengan meriah...dia yang belanja. Fuih...berat badan nak bangun. Macam anak gajah jadinya. Terus terduduk tak boleh angkat ekor lagi.

Selepas hantar dia ke sekolah itu semula (petangnya masih ada 2 kertas peperiksaan perlu dia hadiri), barulah kami terhengeh-hegeh bertolak ke Shah Alam. Jam masa tu dah 1.35 tengahari. Pusing sana sini, lenggok sana sini, kami sampai dalam pukul 2.30 petang. Panas terik bukan main. Fuih...rasa nak berkubang je kat mana-mana lopak air.

Bayaran masuk ke taman ini pula hanya RM3.00 untuk dewasa dan kanak-kanak rasanya RM1 je. Jam 3 kami naik bas kat dalam taman tu. Percuma saja perkhidmatan bas tu. Pusing sana sini dengan lipat mautnya. Kami turun di beberapa buah perhentian dan jalan-jalan kat dalam hutan tu. Bayaran masuk ke tempat-tempat lain (seperti rumah 4 musim) lebih kurang sama je kecuali untuk ikut skytrek Anventure (macam panjat jambatan gantung yang kami idamkan tu).




Jambatan gantung. Yang ni rendah punya.

Burung merak yang pra-san comel. Pandai bergaya lah tu kononnya, tapi tak mau kembangkan ekornya. Nyampah aku!

Taman Haiwan. Kami tak masuk pun..dah tak larat.
Ada juga sawah padi. Aku aku ni memang dah hebat sesangat bergelumang dengan sawah padi sejak lahir, tempat tu tidak menarik minat kami langsung. Rasa macam lucu lah pulak kalau bertanam padi kat tengah bandar kan. Boleh nampak bangunan polis yang tersergam tinggi kat Shah Alam ni.

Kami sebenarnya nak pergi panjat pokok kat tengah-tengah hutan dan panjat menara tinjau tu...rupa-rupanya nak pergi ke tempat tu memang kena buat tempahan. Kawasan tu ada had bilangan pengunjung untuk satu-satu masa. Kalau tak buat tempahan, bergantung kepada kekosongan sahaja. Bayaran yang dikenakan adalah RM35 sahaja seorang.

Kat sini juga boleh sewa basikal untuk meneroka kawasan taman pertanian ni. Lupalah pulak nak ambik gambar basikal yang tersusun banyak-banyak tu...

Sebenarnya, banyak aktiviti boleh dibuat kat sini seperti berkhemah, main pinball pun boleh, aktiviti eko-reakreasi (macam yang aku teringin nak buat tu), terdapat rumah penginapan juga, memancing dan macam-macam lagi. Sebab aku belum lagi buat semua benda tu, jadi malaslah nak cerita lebih-lebih. Kalau nak tahu maklumat lanjut lagi tentang Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam ni, korang bolehlah cari maklumat di http://www.tamanpertanianmalaysia.gov.my. Kalau nak buat aktiviti terbang-terbang dan panjat jambatan gantung kat tengah-tengah pokok macam yang aku idamkan tu, buatlah tempahan lebih awal. Dia orang kata boleh tempah secara online juga. Nanti tak lah kecewa macam kami ni.

Agak-agaknyam, lepas raya ni ada peluang tak untuk kami pergi memanjat kat sana? Ada sesiapa nak ikut? Jom kita pergi reramai sergah monyet dan mawas (ada ke mawas kat situ?). Boleh tengok siapa lebih hebat memanjat. Korang ke monyet hu hu hu!