Memaparkan catatan dengan label panggilan bank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panggilan bank. Papar semua catatan

Isnin, 15 Januari 2018

Gaduh dengan Pegawai Bank TUTTTTTTTTTT

Dapat panggilan telefon dari sebuah bank…mmmmm macamlah bank boleh telefon sendiri kan huhuhuhu. Masa jawab panggilan tu, mulut penuh cekodok. Jadi, jawab pun main ya ya ya je lah nak kekal Nampak jelita dan sopan.

Maka, dia pun bersungguh-sungguhlah perkenalkan satu produk baru bank berkenaan setelah pujian melambung-lambung berkaitan kesetiaan ambo jadi pelanggan bank dia. Padahal, masa ambo susah sesak nak strukturkan kewangan dahulu, semuanya dia tolak. Nyampah aku! Baru sekarang nak hegeh-hegeh tawar macam-macam sejak aku dah berjaya bebaskan diri minimumkan hutang piutang dalam hidup. Jeles ler tuh!

Setelah 5 minit pung pang pung pang bercakap kenalkan produk baru bank tu, maka dia pun bertanya: boleh saya masukkan nama puan sebagai peserta untuk program ini?

Amboih! Urusan Tarik duit orang boleh buat persetujuan dalam telefon aje. Bulan-bulan nak kena bayar entah sampai aku pencen, satu soalan tu je tanya?

Setelah sebegitu lama bermain dengan politik program macam-macam ditawarkan koperasi, bank atau ahlong (opsssss!), aku mengerti bahawa mereka sebenarnya hanya nak jawapan YA tang tu je, padahal apa yang dia dok pot pet pot pet sekejab tadi, tak ada hitam putih pun. Benda macam ni lah yang adik aku pernah kena. Setiap bulan buat bayaran tapi bila nak buat tuntutan macam-macam hal ngelaknya.

Jadinya, ambo pun mintaklah segala dokumen berkaitan apa yang dia ceritakan seketika tadi tu. Katanya: Kami boleh hantar selepas Puan SETUJU sertainya. Semua dokumen tu puan akan dapat.
Hangin ler ambo….dahlah ganggu aku tengah kunyah cekodok, mintak maklumat pun dalih pulak. Nak mudahhhhhh aje.

Ambo: saya perlu masa nak kaji dulu.
Dia: Puan boleh tengok di website bank kami bla bla bla
Ambo: Jadi tak boleh lah hantar guna surat ke alamat saya seperti dalam system tu?
Dia: Tak dapat. Kami tak ada pemplet.
Ambo:  Awak nak saya ambil produk awak tetapi saya mintak satu perkara tu pun je tak dapat? Boleh yakin ke bila saya ambil nanti, nilai ratus-ratus ribu tu saya boleh dapat? Terima kasihlah ya!
Dia yang nak cari kastemer, kita pulak kena susah payah!

Okeh, aku insaf. Dah mula nak berlagak. Itupun sebab dulu depa berlagak dengan aku kan? 

Mmmmmm macam lah aku ni pelanggan penting simpan ratus juta dalam bank tu, nak berlagak pun.
Serius, aku memang rasa hati dan TERHINA dengan banyak bank ni walaupun ada beberapa pegawai bank yang aku jumpa dulu tu lah yang bantu aku.  Jasa mereka tetap aku kenang walaupun sekarang ni tak dapat dah aku nak kontek mereka. Semoga mereka sentiasa dirahmati selalu.