Minggu lepas audit keselamatan, dapat arahan semua kena parking mengundur.
Dalam grup wasap 2 orang je bunyi mengaku tak reti ngundur sebab mata kononnya di hadaan walaupun ada cermin sisi dan cermin pandang belakang.
Maklumlah kereta kita tak canggih tak ada kamera auto ngundur.
Tak adalah ambo tak reti langsung parking ngundur, tapi lambat sikit je,
Lagi pula ada pilihan. Dah tak ada pilihan, dua tiga kali ngundur boleh aje,
LAIN le bila parking tempat tak ada petak khas
Tetiba, pagi ni…
Ambo nengok sendiri usaha parking ngundur maha dahsyat
Hingga perlu turun kereta berkali-kali sebelum masuk petak
Yang masih belum betul-betul masuk pun sebenarnya.
Kesimpulannya: Bukan semua orang sedar dan sanggup mengaku lemahnya diri.
Aku yang ngaku ni pulak dok ingat teruk benarlah tahap OKUnya
Perlu dua tiga kali ngundur, sebab dok banding dengan orang yang berdesup sekali undur je dah cantik.
Seminggu dah berlatih ngundur, alhamdulillah makin mahir
Kalau sebulan, setahun latihannya, sah-sah maha YAKIN nak parking di Paris
Huh uhuhuhu
Mmmmm, jomlah ambik kupi putih
Hari ni nak kena hantar satu lagi fail tapi belum buat apa-apa lagi ni.
4 ulasan:
Apa motifnya kena parking mengundur dik?
Asal aje tak ganggu org lain patutnya tak apalah kot
Cuma jgn nak keluar kalau tak parking ngundur tak boleh erm.. sudah! hihi..
Kakcik ni janganlah nak parking, nak gerakkan kereta ke depan pun dah tak ingat macam mana... :(
Kakzakie: ikot ISO, parking mengundur itu lebih selamat terutama dalam kecemasan, boleh keluar dengan lebih cepat berbanding parking masuk depan. Maksudnya, kereta kita mengadap ke arah jalan keluar, bila berlaku kecemasan, hanya ambil masa beberapa saat sahaja untuk keluar berbanding kena undur dulu untuk keluar.
cara parking ni diamalkan di tempat yang berisiko sebelum ni contohnya Petronas dah lama amalkan. sekarang sedang diserap pelan2 dalam semua badan kerajaan dulu sebelum diamalkan secara awam. kira macam tempat kerja ambo ni antara yang terawal menyahut benda ni.
Kakcik: kalau ambo ada pilihan, ambo pong tak mau memandu sendiri. nak ada pemandu sebelah opssss!
Catat Ulasan