Khamis, 28 Januari 2016

Teks Penuh Ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016

Katanya hari ni akan dibentangkan Pengubahsuaian bagi Bajet 2016 yang lalu diadakan Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya. Terdapat 11 Langkah Pengubahsuaian Bajet 2016 yang baru diumumkan PM, antaranya adalah;

1. Mengurangkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus yang dilakukan mulai Mac ini

2. Kerajaan akan memberi pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah, untuk tahun taksiran 2015. Ia memanfaatkan seramai dua juta pembayar cukai;

3. Mengurangkan kos harga barangan keperluan harian rakyat;

Ketika mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 hari ini juga PM mengumumkan pelaksanaan program MyBeras yang mana setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar, akan dibekalkan 20 kilogram beras setiap bulan. Langkah ini diambil sehingga Disember ini bagi mengurangkan bebanan hidup keluarga miskin.

Baguslah macam tu. Nanti tak adalah rakyat Malaysia kebuluran hingga bocor urat perut sedangkan ramai mat Bangla makin lama aku Nampak makin membuncit dah perut mereka. Ini tak ada kaitan dengan semangat perkauman ya…ini contoh semata-mata.

Dalam pindaan ubahsuai Bajet 2016 juga terdapat perkara berikut;

4. Kesemua penjualan rumah berharga RM300,000 ke bawah ditetapkan hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja serta tawaran pakej pembiayaan rumah rakyat berharga RM35,000 ke bawah melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat;

Mmmmmm aku nak komen apa. Tak ada komen apa-apapun sebab rumah yang harga sebegitu memang dah pupus di Bangi ni. Reban ayam pun lagi mahal rasanya. Lagipun, memang tak cukup modal pun nak beli rumah huhuhuhu ada sesape nak derma tak? Aku janji, derma akan dipulangkan kalau lebih!

Nak tengok rakaman video Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016, boleh tengok dalam video di bawah;



 Bagi yang nak menelaah TEKS PENUH ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016 boleh download di link yang aku sertakan pada perkataan teks penuh tu ya...

Namun begitu, untuk hal di bawah ni…aku memang sokong sangatlah;

8. Kerajaan akan lebih berhemat dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan;
Kat pejabat aku ni, tiap kali ada mesyuarat, telan je lah air kosong bawak sendiri dari rumah. Naik bocor usus aku sebab lambat sarapan sebab bila mesyuarat macam ni, memasing suka tunjuk pandai dok gebang je memanjang. Nak buat keputusan kecik pun ambik masa berejam, sedangkan biskut kering pun tak ada nak kunyah. Jadinya, bila kami yang marhaen ni hanya telan liur je dalam mesyuarat berejam tu, janganlah pulak pihak pengurusan tertinggi asyik melencong je ke luar negara pulak. Kang kena sumpah jadi kad kredit baru angpa tau!

9. Tumpu projek pembangunan yang mendahulukan kepentingan rakyat;

Sebagai rakyat yang marhaen, aku sangat mengharapkan hal seperti ini berlaku. Rakyat sepatutnya diutamakan, didahulukan…bukannya dicapatikan. Kemudahan asas kena tingkatkan; jalan raya, sekolah, pengangkutan awam, hospital…tu memang sangat-sangat diperlukan. Orang sakit makin ramai sedangkan hospital tetiba mengecil. Sebelum subuh lagi dah kena serbu beratur nak ambil nombor. Kalaulah setiap kawasan ada hospital, tak adalah sesak sampai perlu seawal tu. Ke memasing nak jumpa doktor hensem, tu pasal sesak? Di Bangi belum ada hospital ya walaupun di Serdang dah ada. Jadinya, silalah bina hospital barang sebijik dua di bangi dengan kaunter pendaftaran sesayup mata memandang luasnya, dengan tempat letak kereta berbelas hektar jaraknya. Tempat letak kereta yang luas itu memang memudahkan pengguna, pada masa yang sama boleh membantu orang-orang yang perlukan rawatan fisioterapi macam aku ni...jalan jauh, sampai je kat bangunan hospital terus sihat huhuhuhu 

Yang utama adalah: tiada berlaku pemberhentian penjawat awam atau pemotongan elaun penjawat awam seperti yang dok kecoh di media sosial dari hujung minggu lepas itu. Alhamdulillah. Kalau ada pun, aku bukanlah antara orang bertuah itu kot walaupun selalu jugak kena ugut cenggitu. Mmmmmm nak buat cemana, orang yang tahap keyakinan dia terlebih aras ni biasanya tak makan dek ugut, tak makan saman orang kata...adoi la!

Yang lain-lain tu korang carilah sendiri. Tak ada kaitan dengan aku, malas sikit nak tulis huhuhuhuhu

Jom sambung kerja…mmmm belum rehat tengah hari lagi ni, nak baring kejab. 

Hishhhhh! Dah nak habis waktu kerja pun aku belum sempat baring lagi ni. Haru betul…sapa kata orang kija gomen tu rileks je kerja dia?




2 ulasan:

norhidana berkata...

hmmmmm tak tau mana yg best... pemberhentian staf kontrak kt jabatan kami dh berlaku... nk jimat duit katanya... sian staf kontrak2 tuh.. benti gitu je

Nursyarifah Syed Putera berkata...

Kalau dah terlalu kejar kemajuan inilah akibatnya.