Isnin, 17 Ogos 2015

Masyarakat Cina di Kelantan

Ramai orang tak suka negeri Kelantan walaupun masih ramai juga suka datang ke negeri paling miskin ini. Menteri kata Kelantan negeri paling miskin di Malaysia. Katanyalah.

Jika anda kenali Kelantan dan anda tak suka, itu hak anda. Tak kesahlah kan. Yang peliknya, pijak kaki ke negeri Kelantan pun belum pernah tapi tak suka dengan negeri Kelantan. Tak suka dengan orang Kelantan. Tapi suka pulak dengan nasi kerabu. Terpulanglah. Pilihan masing-masing.

Selain Kelantan tu memang negeri asal aku, aku sukakan Kelantan sebab di sana ramai orang-orang Melayu. Perniagaan besar pun banyak kepunyaan orang Melayu, bukan yang kecil je. Tak payah pilih pun memang akan masuk kedai orang Melayu. Banyak. Bukannya kena tuju khas lokasi tertentu baru jumpa kedai Melayu, tapi ada merata tempat. Tiap kali balik kampung dan beli barang, aku tak pernah tawar menawar barang. Biasanya mereka akan beri diskaun sendiri bila aku tak tawar, hingga perangai tak menawar tu buatkan kakak iparku tegur. Katanya, tak reti membeli. Bagi aku…tak payah tawar menawar untuk jana ekonomi tempatan. Tapi, bila keluar dari negeri makmur ni, semangat tawar menawar aku tu mendadak naik huhuhuhu

Bangunan tinggi juga banyak kepunyaan bangsa sendiri. Bangga. Anak-anak Kelantan juga ramai bertebaran seluruh negara dan dunia. Ada yang sedang belajar. Berkerja. Berniaga. Juga bangga walaupun yang jadi mat romeo pun ramai, yang jadi penyamun pun ramai. Dalam setandan kelapa bukan semuanya elok. Adat dunia.

Masyarakat Cina di Kelantan



Yang paling best, aku sukakan semangat penyokong pasukan bola Kelantan. Ramai yang setia walaupun ramai juga yang tahap kesetiaannya tu hanya 50-50 sahaja. Setia masa menang. Namun, mereka semakin matang. Dah tak kalut buat tak tentu hala bila kalah berbanding dulu.

Yang masih perlu diperbaiki juga masih banyak. Biarlah simpan dalam hati. Kita pakat ubah setangga demi setangga. Kalau jadi Bini sultan bolehlah aku ubah drastic skit, ya dak?

Fengsannnnn!!!

3 ulasan:

iryantyismail berkata...

:-)) gomo kelantan gomo..

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik suka pergi Kelantan. Makanan murah dan banyak...hehehe

Kalau Anyss jadi Permaisuri Kelantan, jangan lupa kengkawan ya... :)

eelobor berkata...

generasi saya membesar ketika mana peralihan kuasa politik berlaku di kelantan dan kekal sehingga hari ini. segala jerih-perih hanya mereka yang mengalami sahaja akan mengerti. apapun terima kasih.....