Akhirnya disahkan juga bahawa serpihan sebahagian daripada kepak pesawat yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370 yang dilaporkan hilang 515 hari lepas. Lebih setahun.
Keputusan hasil siasatan mengenai serpihan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 2 pagi tadi.
"Sejak kehilangan selama 515 hari lalu, saya dengan berat hati
mengesahkan hasil siasatan pasukan pakar antarabangsa bahawa serpihan
yang ditemui itu milik MH370. Kini kita ada bukti kukuh ia berakhir di
Lautan Hindi.
"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam proses siasatan dan membantu dalam operasi
mencari selama ini dan kepada keluarga serta waris penumpang pesawat,
pengesahan ini walaupun ia sesuatu yang menyedihkan tetapi akhirnya ia
dapat merungkai nasib 239 penumpang dalam pesawat itu," Najib berkata, kerajaan Malaysia bertekad untuk memastikan apakah punca sebenar kehilangan pesawat MH370.
3 ulasan:
Sedih bertambah sedih...
Hanya Allah juga yg maha mengetahui
Anyss ada baca tak speculation bagaimana suffocated dlm kapal sebelum kejadian. Kakak baca macam ye ke? Tapi itu mat salleh punya speculation keatas pilot kita. Wallahualam...
saya tengah mencari teori terbaru brado kapak...
maka invisible lah semua pengulas conspiracy theory hahahaha
Catat Ulasan