Ramai Ibu bapa pening kepala macam mana nak buat untuk tarik minat anak-anak bangun sahur. Cerita anak liat bangun sahur bukan kisah baru, aku dulupun payah nak bangun sahur. Sekarang ni pun, kalau boleh aku tak sanggup pun nak bangun semata-mata untuk makan. Awal benar tu pulak nak makan.
Masa berbuka tak jadi masalah sebab memang perut tengah kenyang...errr tengah kenyang ek?. Letak apa pun depan mata, semuanya taram aje tanpa banyak soal jawab.
Masa aku kecik-kecik dulu, mek ada cara tersendiri untuk tarik kami bangun bersahur. Mek memang tahu juadah kegemaran kami. Jadinya, juadah itulah yang akan disimpan untuk sahur. Kalau dulu, dapat bersahur dengan telur goreng cicah kicap tu pun dah nikmat sangat. Maklumlah, jarang dapat makan telur goreng. Kami ni kan marhaen, mampu makan anak ikan goreng sahaja.
Kadang-kadang, Mek buat ayam percik. Kuah percik akan dibanyakkan. Ayamnya dipotong ketulan kecil dan cukup satu sorang untuk semua orang. Makanya, gigitlah sedikit-sedikit supaya cukup dengan timbunan nasi yang banyak tu.
Bila bulan puasa, tetiba ada telur goreng atau ayam goreng, atau ayam percik, apalagi...memasing tak akan lepaskan peluang untuk bangun walaupun masa suap makanan ke mulut tu, mata masih lagi belum buka huhuh u hu
Bila difikirkan semula, betapa mudahnya anak tekak kami mek uruskan berbanding anak-anak sekarang. Ada ayam goreng pun payah nak bangun. Bayangkan lah kalau hanya bersahur dengan anak ikan goreng sahaja. Mmmmm
Kesimpulannya: bila nak tarik anak-anak bangun sahur, menu sedap tu hanya waktu sahur je. Waktu berbuka ni menu biasa-biasa sahaja. Sampai hati tak buat gitu?
Dua hari lepas, kakak bagi tahu keberkesanan idea ni. Katanya untuk sahur dia masak nasi lemak, nasi arab, nasi tomato bagai...bertambah anak-anak makan. Masa berbuka dia masak nasi putih dengan lauk goreng biasa sahaja.
Kepada sesiapa yang susah nak bagi anak-anak makan sahur, bolehlah cuba idea ni. Untuk keluarga kami agak berjaya, untuk anda tak tahulah. cer cuba try test huh uhu hu
Kesimpulannya: bila nak tarik anak-anak bangun sahur, menu sedap tu hanya waktu sahur je. Waktu berbuka ni menu biasa-biasa sahaja. Sampai hati tak buat gitu?
Dua hari lepas, kakak bagi tahu keberkesanan idea ni. Katanya untuk sahur dia masak nasi lemak, nasi arab, nasi tomato bagai...bertambah anak-anak makan. Masa berbuka dia masak nasi putih dengan lauk goreng biasa sahaja.
Kepada sesiapa yang susah nak bagi anak-anak makan sahur, bolehlah cuba idea ni. Untuk keluarga kami agak berjaya, untuk anda tak tahulah. cer cuba try test huh uhu hu
18 ulasan:
Bagus juga Idea Anyys ni..
Akak nak cubalah..
susah juga nak memujuk mereka makan ni..
bagus jgk idea kamu tuh dik, yelah nk tarik anak2 bersahur mmg agak susah kalu dh beso sekolah menengah tuh senang jgk kot, masing2 dh akhil baligh kan, kalu yg sekolah rendah baru2 nk belajar pose itu yg payah...
zmn akak dulu pun tlr kicap dh sdp sgt dh, kalu ada ayam grg lg syok, tp yelah zmn dulu... tak la sesenang n semewah skrg makanan nyer...
alamak..pukul berapa la pulak nak bangun nak masak tu...hiks. Tapi menarik jugak tu...nak dengan tak jelah
1. Anak2 dah besar jadi tak gaduh lagi....
Tapi masa depa kecik selalu tanya apa nk utk sahur
2. Ada cara utk buat makcik ni bangun tak...selalunya memaksakan diri bangun sahur...no selera to eat,
Kejut mereka awal.
Yg kecik, lepas bangun, suruh mereka layan kartun / main tab.
Yg dah besar sikit, ajak tahajud/ qiam.
Lepas 15-20 min, baru sahur sampai ke waktu imsak.
Mungkin makan sahur akan jadi lebih best, sebab badan, minda, mata dah fully awake.
Kalau macam itulah caranya memang kakak salute dgn kakak anyss buat kat anak-anak dia. Gigih dan rajin. Kalau macam kakak sedangkan berbuka pun beli jadi kalau sahur memang masak nasi, sayur bening dan ayam/ikan/telur goreng ajelah.. Tapi anak-anak kakak perempuan ok sikit nak bangun sahur.
kalau nasi arab bagai .kena bangun pukul 3 pagi lah jawabnya...aduh.. tak mampu nak buka mata jam 3 pg ..huhu
nok gerok kul 6.30am suh mandi gi sekoloh pun susah....
Alhamdulillah anyss..anak2 acik masa kecil dulu senang bangun sahur.sampai dah besar ni pun mudah bangun.cuma acik suka tanya dulu..nanti sahur nak makan apa..biasa awal2 nasi..dah pertengahan dia orang nak makan cereal je..dah hujung2 nak mkn mcm dah raya..acik ikutkan je
cahaya hidupku: cer try...cer try
nurhidana: kannnnn kannn telor goreng tuang kicap pun sodapppp
huhuhu ambo pun payah gak nak bangun pagi utk mkn, tp dah ada gastrik, istiqomah lah bangkit makan soQ
shaliza: siapkan rempah tumis sblm tido, tinggal panaskan sahurnya
makcik kantin: errr errr cer terai sahur dengan ikan pekasam, celur jantung pisang sambal belacan yummmm nyummm nyumm
daddy ziyyad: anak2 kakak 7 orang je...nak handle semua tu mmg cabaran
kakzakie: anak2 ramai, mmg kena buat. kalo tak terjelepek. budak2 tengah naik, bab mkn mmg jentolak buruk. lauk pauk siapkan awal, nanti panaskan je
iryanty: tak adalah bangun awal cenggitu. bahannya siapkan awal. sblm tdo jeranglah nasinya...
eelobor: abe muaz sahur tak? posa tak? cer ada cikgu seksi kat skolah, mesti dia bangun awal teruja gi skolah hew hew hew
acik erna: untungnya!!! tak ramai orang beruntung cenggini.
Catat Ulasan