Jumaat, 5 Disember 2014

Bongkak Dengan Makanan

Bila makan secara buffet, selalu nampak tak sesetengah orang jenis punggah makanan penuh pinggan, cuit cuit dan kais kais sikit, kemudian tinggalkan dan pergi ambil makanan lain pulak. Pernah?

Aku memang hilang respek dengan orang perangai begini. Walaupun namanya buffet, ambillah takat nak makan. Jangan dok kebokbong (tamak) ambil semua banyak-banyak kemudian membazir. Kalau mampu habiskan, ambillah berapa banyak pun, aku tak kesah. Yang aku kesah adalah buang makanan. Buang rezeki.


Aku dah lama dok perati seorang rakan sekerja ni. Gitulah perangai dia. Bila acara buffet musim kena hadiri seminar, bengkel atau sewaktu dengannya, dia akan begitu. Punggah makanan sampai penuh meja. Kuis-kuis sikit sebanyak, kemudian ambil yang lain pula. Padahal yang ditinggalkan di pinggan itu, seorang makan pun boleh kenyang.



Kita mungkin mengetahui hukum hakam tentang banyak perkara, namun…kita barangkali terlupa untuk aplikasikannya dalam hidup.


Silalah jangan membazir. Janganlah buang makanan. Berapa ramai lagi manusia di muka bumi ini kekurangan makanan, sedang kita mentang-mentang dapat merasa buffet sekali sekala tu pun dah bongkak.

Bila berdepan dengan rezeki, biar tak sedap macam manapun, usahlah dihina. Kita tak pernah tahu bahagian makanan manakah yang benar-benar menjadi rizeki kita. Tiap kali nak rasa bongkak dengan makanan, aku akan selalu ingat kata-kata adik ipaQ aku yang hensem tu “Alhamdulillah, ni rezeki yang tertulis untuk kita,”

Fuhhhhhh!!! Bertuah tak aku dapat adik ipaQ sebegitu? Mmmmmm adik aku lagi bertuahlah kannnn!!!

12 ulasan:

Amin A. R berkata...

betul tu kak.. saya pon ramai kawan bangsa macam ni.. makan sikit, tapi pinggan penuh kemain... oh, apa nama makanan yg macam laksa tu kak?

norhidana berkata...

tak suke ngn org pangai gitu, kalu akak lah... amik apa yg nk di mkn je... jgn dek kerana tamak sume nk amik pastu perabisnye membazir je

Kakcik Seroja berkata...

Ada dua tiga kali rasanya kakcik buat catatan tentang ambil makanan dan kemudian membazir...

Alangkah!

eelobor berkata...

hahahaha....daku pun pernah up entri sebegini. make tok ingak kor ore belake doh....

mamawana berkata...

Assalamualaikum,

Hehe.. biasa nampak gitu pd opismate. Dlm hati gggrrrrr... Tapi yg bijak siap bungkuih kuih muih dlm tissu bawak balik opis kalu meeting time lunch. hihihi... utk kwn2 katanya.

makcikkantin berkata...

Jenis mcm ni mmg susah nak ubah perangainya...

anyss berkata...

amin: pasta. kuah spageti sebenarnya tu

anyss berkata...

norhidana: set dlm kepala nanti pi amik lg kalau x cukup

anyss berkata...

kakcik: ambo anti org buang makanan

anyss berkata...

eelobor: kalo makan habis tak apa pulak...kebokbong tp tak habis, rasa nak sekeh je kepala

anyss berkata...

mamawana: kat opis ambo, depa panggil sapa2 kat opis kalau yg dtg mkn tu x ramai banding jumlah kepala yg dibyr tanpa kira status. kalo tak rugi je byr mahal tp x cukup org mkn

anyss berkata...

makcikkantin: setuju. padahal kalo bab bercakap, semua pandai...tang aplikasi, punahhhh!