Rabu, 25 Jun 2014

siapa tahu buah aneh ni?

Siapa tahu nama buah ni? Buah aneh ini kelihatan seperti telah dikacukkan dengan dua spesies. Rupanya macam buah manggis, tapi warnanya merah. Bau buahnya manis. Daunnya juga macam daun manggis, tapi kecil sedikit dari daun manggis dan bentuknya lebih memanjang.

masih di dahan...sedang elok masak

Hanya boleh ambik gambar dan tengok sahaja. Walaupun banyak buah masak gugur tapi tak berani nak ambik rasa. Ikut hati memang nak rasa juga macammanalah rasanya buah aneh ini...tapi akal kata kena mintak izin tuannya. Belum ada rezeki nak jumpa tuannya, belum ada rezeki nak merasa.

ada nampak macam manggis tak?

Saiz buah ni taklah besar, lebih kurang buah pinang sahaja. Warnanya masa masak di dahan adalah merah, bila ranum jadi kening keorenan macam buah pinang masak.

dah ranum dan gugur berlambak di tanah

Kami jumpa buah aneh dan istimewa ini di Kompleks Rumah Tumbuhan, UKM. Nun dalam hutan rimba sana. Haaaaaa jangan buat tak tau, tumbuhan pun ada kompleks rumahnya sendiri hu hu huhuhu


10 ulasan:

norhidana berkata...

aah lah tgk dia punya daun tu mmg sebijik mcm manggis, tp naper tak amik gambar tu dr bwh, dia ada tampok mcm manggis jgk ke? nnti dh mintak izin kt tuan nyer sile update ye nama buah ni...

terasa jakun jgk baru pertama kali kenal buah ni

Dr K berkata...

buah markisa kah?

anyss berkata...

Norhidana: bontotnya tak serupa dengan manggis, tetapi bahagian atasnya agak serupa.

anyss berkata...

DD Ziyyad: bukan kot, tapi tak tahulah kalau depa gaungkan manggis & markisa...maka, bolehlah kita namakan buah ni sebagai MANGSA ;)

Yunus Badawi berkata...

Bila cik anyss nak ke Kompleks Rumah Tumbuhan tu lagi? Saya nak ikuttttt

Unknown berkata...

Buah apa ni?/nampak sedap la..banyak tak buah nya..kalau boleh makan agaknya dah habis kot..

anyss berkata...

YB: tak sempat nak pi dah...kena bertapa balik hu huhuhu

anyss berkata...

Diana: itu jadi misteri tu...tak tahu namanya apa. Macam boleh makan sebab baunya manis. banyak gugur ke tanah sebab kawasan tu jarang orang lalu.

Unknown berkata...

buah tampoi.....

Unknown berkata...

buah tampoi..