Apa pengajaran yang penonton boleh dapat? Supaya tak merogol? Supaya tak gaduh? Supaya tak bunuh orang?
Selesa ke ibu bapa tonton drama di TV yang ada adegan gaduh-gaduh, belasah orang, ada kekerasan, ada adegan rogol bersama anak-anak?
Bila anak-anak Tanya; “Mak, kenapa perempuan tu jerit?”, adakah kita sebagai ibu bapa akan jawab “dia kena rogol, nak”.
Maka bertanyalah lagi anak-anak kecil ni “Rogol tu apa?”
Mak atau bapa nak jawab apa?
Bila budak-budak sekarang dok bergaduh bantai orang, dok merogol anak dara orang atau dok bunuh orang, kita nak salahkan siapa? Jangan dok kata TV tak salah bila tayang dengan terperinci bagaimana cara nak rogol perempuan (setakat ni belum ada lagi adegan rogol lelaki), cara bagaimana nak bunuh orang, cara bagaimana nak bantai budak, cara laki bantai bini.
Seni memanglah seni, namun bukankah ada batasnya. Dan…hanya akukah yang kurang daya seni?
4 ulasan:
haah kan, apa nak jawab kalau anak tanya?
susah juga kalau tengok tv dengan budak kecil ni. aaah susah susah bagi je tengok katun, lagi senang. tak de nak rogol sana sini. tak pulak aku tengok Tom rogol Jerry. hahahaha
Itu sbb salah satu daku fotong asterok. Pernah terjadi tuan aiman membelasah puan aisyah gara2 tengok citer ben 10. Adoi.....
tata: katun pun kena hati2 gak...skrg ni dah ada adegan peluk cium dlm katun hu hu hu hu
Pena rozie: daku memang tadak aastruk, sbb tak sempat nak tengok. Tapi dua2 jiran kiri kanan ada astruk, signal tvku sangat lemah, hanya boleh tengok TV3 dan tv9 je...yg lain haram tak nampak huhuhu hu
Catat Ulasan