Selasa, 12 November 2013

Minum Kopi Sambil Belai Kucing Di Cat Café, Korea.


Pengalaman jalan-jalan di Korea aku dah tulis di entri tentang keindahan The Garden Of Morning Calm dan mengenali rakan musafir. Ini entri ke tiga, mungkin ada dua entri lain akan menyusul tetapi dengan kadar yang tidak begitu cepat ya. Ada masa nanti aku kongsikan pengalaman tersebut.

Di Korea, banyak perniagaan ketengahkan jenama seperti Hello Kitty. Kat Malaysia kita boleh tengok ada kafe Upin dan Ipin. Satu lagi konsep kafe mereka adalah bersumberkan binatang kesayangan seperti kucing dan anjing.
 
Kami berpeluang menikmati suasana minum kopi bersama kucing-kucing yang gebu dan comel di Cat Café semasa di Korea tempoh hari. Sebenarnya, kami jumpa kafe ni secara tidak sengaja.

Kami merancang untuk jalan-jalan nikmati suasana beli belah di Myeong-dong asalnya. Tetiba ternampak moskot ni;


Dia Berjaya goda kami hu huhuhu

Myeongdong ni antara kawasan beli belah utama di Seoul dari barang jenis murah hingga kedai jenama antarabangsa, termasuk Lacoste, Polo Ralph Lauren, Forever 21, Bulgari and Louis Vuitton, ataupun produk dihasilkan di Korea terutama kosmatik seperti Nature Republic, Missha, The Face Shop and Skin Food. Kawasan ni kawasan tumpuan orang muda seperti Bukit Bintang tu. Kami yang tak berapa nak muda ni tak berapa kena anginlah untuk jelajah kawasan ni.

Tukar plan saat akhir. Sambil legakan lenguh kaki dek berjalan entah berapa km hari tersebut, makanya kami ambil peluang untuk rehatkan minda seketika sambil minum kopi. Makanya, singgahlah kami seketika di sini;



Konsep mereka sangat mudah. Bayaran 8 ribu won untuk nikmati secawan kopi sambil bermesra dengan kucing-kucing tersebut.

Menarik kan cara mereka meniaga? Bayaran masuk dikenakan dengan segelas minuman. Kemudian bersantailah dengan binatang kesayangan tu berapa lama kita suka.




Berapa lama sangatlah kita boleh melayan kucing tu pun. Lepas hilang lenguh kami teruskan agenda asal menjelajah tempat beli belah bak pasar malam Chow Kit tu, kemudian balik tanpa beli apa-apapun. Fuhhhhhh! Memang bukan kaki shopping kan, gitulah jadinya!


bukan mudah nak skodeng si hensem Korea ni...

Sampai dua aku tampal untuk cuci mata!

Penggemar kucing memang seronok dikelilingi makhluk cantik ni. Aku? Errrrr....geli sebenarnya. Datang sini sebab nak tengok pengalaman baru. Jom layan gambar-gambar kucing yang menarik di Cat Café, Seoul;







macam hensem je...macam kacak je! Macam hensem je!







Masa balik dari Cat Café ni, kami terserempak lagi dengan mascot kucing macam kat atas tu, tetapi terperosok tepi dinding keletihan. Comey sangat! Sayangnya gambar berkenaan tidak dapat dikongsikan kat sini sebab ada orang menyamar jadi kucing betina kat sebelahnya hu hu huhuh u Opssssss! Jangan marah Cik Bintang keh keh keh!

Pengalaman baru untuk kami. Sebenarnya ada juga Dog Café...tapi, haruslah kami tak masuk kan hu hu hu hu





9 ulasan:

Dr K berkata...

8 ribu Won tu = berapa RM ?

ada bau kucing tak dlm cafe tu?

or...ada tak bau tahi kucing/jumpa tahi kucing dalam cafe tu? bahahahaha

or...ada tak terjumpa bulu kucing dlm kopi? hahahahahaha

anyss berkata...

Daddy Ziyyad: 8 ribu won = RM24 utk bayaran masuk dgn percuma 1 cawan kopi. Kopi tu ditutup, kebarangkalian utk masuk bulu kucing agak rendah.

Tak ada bau kucing @ najisnya. Bulu kucing boleh melekat ke pakaian kita kalau kita main tapi sblm keluar depa ada cara utk buang bulu kucing tu.

Secara personal saya tak suka main2 dgn kucing sbb bau & bulunya, tapi kira "bolehlah" utk masuk sini kutip pengalaman sekejab. Lain kali tak masuk dah hu hu hu hu

Unknown berkata...

Baru nak tanya soalan yg sama mcm dr ZZ..
ok kalau takde bau memang takde masalahlah..akak suka juga main2 dgn kucing ni tp bila bab ada bau tu yg tk sanggup

pena rozie berkata...

Kak kerongsang murah tak. Sbb yg cner memang cantik tp x tau berape harge.....

JunAina berkata...

Kalau akak pun mungkin fikir banyak kali, tempat tertutup dengan banyak kucing...rasa macam tak seswai je.

anyss berkata...

kak ida Nyanyi sunyi: bau memang tak ada. tapi sebab saya tak suka dengan bulu kucing, rasa kurang selesa je. kalau peminat kucing, memang boleh lepak berjam2

anyss berkata...

Pena rozie: kerongsang memang lebih murah berbanding di Malaysia. Kilauan dia pun memancar2 berkilauan menggoda hu huhuhu . memang akan terjebak tang kerongsang tu

anyss berkata...

Junaina: bagi penggemar kucing, seswai aje ;)

bagi kita yg tak berapa nak suka bulu ni...sat je la tahan

Unknown berkata...

akak suka kucing tapi bila banyak2 gini jadi takut pulak..hehe..